Thursday, November 18, 2010

Bon Pelaksanaan, Insuran Kerja, Insuran Liability Awam, Insuran “Semua Risiko Kontraktor (CAR)”, dan Perkeso

1. Bon Pelaksanaan
Bon pelaksanan merupakan satu bentuk kewangan yang perlu di sediakan oleh kontraktor sebagai jaminan kepada kontrak. Jumlah nilai bon pelaksanaan ialah 5% dari harga kontrak. Ia boleh di sediakan dalam bentuk tunai, deposit perbendaharaan, draf bank,gerenti insuran atau bank yang diluluskan. Hanya gerenti yang di luluskan oleh bank atau syarikat insurans yang di luluskan oleh kerajaan sahaja diterima. Untuk menentukan gerenti bank atau insuran yang dikemukakan oleh kontraktor itu sah, pengesahan mesti di buat dengan bank atau syarikat insurans dengan menggunakan borang standard seperti di lampiran.

2. Insuran Kerja
kontraktor adalah dikehendaki menginsuranskan kerja terhadap kerugian dan kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran , petir, letupan, rebut, taufan, banjir, tanah runtuh, tangki air pecah atau melimpah, radas atau paip, kapal udara dan alat –alat udara lain atau artikel yang gugur dari kapal udara, rusuhan dan kekacauan awam. Insuran tersebut hendaklah di laksanakan dengan pihak syarikat insurans yang diluluskan atas nama bersama kerajaan dan kontraktor. Jumlah yang perlu di insurankan ialah jumlah harga kontrak sepenuhnya dan di tambah sebrang amaun yang dinyatakan dalam lampiran kepada syarat-syarat kontrak atau di tempat lain di dalam dokumen kontrak. Insuran tersebut hendaklah meliputi keseluruhan tempoh siap kerja.

3.Insuran Liability Awam
Kontraktor di kehendaki menginsurankan liability yang berbangkit di sisi “ Comon law” terhadap kecederaan diri, kematian seseorang atau kecedaraan dan kerosakan harta benda yang berbangkit dari atas dalam masa pelaksanaan kerja. Insuran ini hendaklah dilaksanakan atau di senggarakan atas nama bersama kerajaan dan kontraktor. Insuran tersebut hendaklah meliputi keseluruhan tempoh siap kerja termasuk tempoh liabiliti kecacatan dan di tambah tiga bulan empat belas hari. Walaupun had liability yang hendak di insurankan susah hendak di anggarkan, panduan mengenai had liabiliti yang di insurankan berdasarkan nilai kontrak untuk kerja dengan faktor risiko biasa adalah seperti berikut:-
HARGA KONTRAK HADLIABILITI SETIAP KEMALANGAN UNTUK BILANGAN KEMALANGAN YANG TIDAK TERBATAS
Tidak melebihi RM 25,000 RM 10.000
RM 25,001 RM 50,000 RM 25,000
RM 50,001 RM 150,000 RM 50,000
RM 50,001 RM 250,000 RM 75,000
RM 250,001 RM 500,000 RM 100,000
RM 500,000 RM 1 Juta RM 150,000
Melebihi RM 1 Juta RM 200,000

Untuk kerja dengan risiko luar biasa seperti kerja kepada bangunan yang bersambung atau kerja terowong dan seumpanya, had liabiliti yang di nyatakan di atas hendaklah di naikkan kepada amaun yang lebih munasabah.

4.Insurans “Semua Risiko Kontraktor(CAR)”.

Insurans “Semua Risiko Kontraktor (CAR)” boleh diterima sebagai ganti kepada insuran liability awam dan insuran kerja dengan syarat ianya menepati kehendak –kehendak yang sama.

PERKESO

Kontraktor hendaklah mendaftar dengan PERKESO dan membayar caruman kepadanya dan /atau menginsurankan terhadap liabilitinya untuk membayar pampasan di bawah ordinan pampasan kerja,1952. Selain daripada mengemukakan bukti pendaftarannya sebagai majikan dengan PERKESO (dengan menegemukakan nombor pendaftaran beliau), kontraktor juga mesti mendapat insuran pampasan pekerja. Insuran tersebut hendaklah meliputi keseluruhan tempoh siap kerja termasuk liabiliti kecacatan di tambah 3 bulan dan 14 hari. Jumlah amaun yang hendak di insurankan ialah jumlah gaji pekerja yang tidak layak di lindungi di bawah skim PERKESO.

http://jkrmlk.gov.my/Alor_Gajah/ubahan.htm

No comments: