Monday, July 30, 2007

PENGGUNAAN INSURANS ISLAM OLEH KONTRAKTOR DALAM PROJEK PEMBINAAN - PELUANG PEMASARAN

Suhaila bte Sulaiman, Mohd Hanizun Hanafi, Norizan Mansor,
Wan Yusoff Wan Mahmood, Dr Razali Adul Hamid
Jabatan Ukur Bahan
Universtiti Teknologi Malaysia, Skudai

Abstrak

Kertas kerja ini berdasarkan dua kajian yang telah dijalankan yang bertujuan melihat sejauhmana penggunaan insurans Islam oleh kontraktor pembinaan yang telah lama diperkenalkan dan diamalkan di Malaysia. Kelebihan sistem ini dari segi konsep berbanding system insuran konvensional sediada di Malaysia dibincangkan terlebih dahulu. Cadangan telah diberikan bagaimana untuk meningkatkan penggunaan system ini dalam industri pembinaan.

Kata kunci : Takaful, insurans, pemasaran.

1.0 Pengenalan

Kerugian yang mungkin dialami oleh sesebuah kontraktor sewaktu melaksanakan sesuatu projek pembinaan dapat dikurangkan dengan mengambil polisi insurans. Sistem insurans Islam yang menyediakan perlindungan-perlindungan insurans secara yang diizinkan oleh perundangan Islam, diwujudkan di Malaysia ekoran minat umat Islam untuk mengamalkan ajaran dan peraturan Islam sepenuhnya dalam kehidupan mereka selepas melihat dan merasai sendiri kelemahan sistem insurans konvensional sediada, bermula dengan penubuhan Syarikat Takaful Malaysia Sdn Bhd pada tahun 1984 diikuti dengan penubuhan syarikat insurans Islam kedua iaitu Syarikat MNI Takaful Sdn Bhd pada 1993. Bank Rakyat sedang dalam proses memohon lesen untuk mengendalikan syarikat insurans Islam ketiga diMalaysia (Utusan Malaysia, 16 Oktober 2001). Insurans Islam lebih dikenali sebagai Takaful.

2.0 Objektif Kajian

Untuk mengenalpasti tahap penggunaan insurans Islam yang diperkenalkan dan diamalkan di Malaysia, oleh kontraktor pembinaan. Kajian tertumpu kepada kontraktor kerja kejuruteraan awam dan bangunan di Negeri Johor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam kelas seperti berikut:

a) Kontraktor dalam sebarang kelas
b) Kontraktor Kelas ‘F’ sahaja

3.0 Kajian Literatur

Didalam kerja pembinaan, kebiasaannya risiko dan kecederaan yang mungkin berlaku merupakan perkara yang berulang seperti kematian, kecederaan dan kerosakan kepada kerja yang dilaksanakan serta kerosakan kepada harta benda orang awam. Akibat daripada kekerapan berlakunya risiko ditapak bina menyebabkan kontraktor perlu mengambil perlindungan insurans untuk melindungi dirinya daripada menanggung sendiri kerugian yang besar (Laporan Ketua Pengarah Insurans, 1997). Segala bentuk risiko tersebut akan ditanggung oleh pihak kontraktor sehingga meliputi tempoh liabiliti kecacatan (Hickson, 1987). Sekiranya projek tersebut tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan, tambahan tempoh keatas tempoh perlindungan insurans juga perlulah dilakukan.

Bagi mengurangkan penanggungan risiko pihak kontraktor, pihak klien mensyaratkan supaya perlindungan insurans hendaklah diperolehi sebelum kerja dilaksanakan ditapak bina. Jenis-jenis insuran yang biasanya diperlukan oleh pihak kontraktor dalam melaksanakan kerja kontraknya ialah Insurans Pampasan Pekerja, Insurans Liabiliti Awam, dan Insurans Semua Risiko Kontraktor yang meliputi Insurans Kerja serta Insurans Liabiliti Awam.

Syarat yang menghendaki kontraktor menyediakan perlindungan insurans terdapat dalam Borang Kontrak Setara JKR 203 dan 203A (semakan 10/83) yang digunakan untuk kontrak kerajaan iaitu dalam Klausa 33 untuk Insurans Liabiliti Awam, Klausa 34 untuk Insurans Pampasan Pekerja dan dan Klausa 36 untuk Insurans Kerja. Borang Kontrak Setara PAM yang digunakan untuk projek swasta di Malaysia pula meletakkan keperluan insurans dalam Klausa 19(1)(a) untuk Insurans Pampasan Pekerja, Klausa 19(b) untuk Liabiliti Awam dan Klausa 20 untuk Insurans Kerja.

Pengambilan insurans dapat membantu pihak kontraktor dalam pelaksanaan projek kerana tidak terlalu dibebani dengan risiko yang boleh berlaku ditapak bina. Insurans Pampasan pekerja dapat memberikan perlindungan kepada pekerjanya sekiranya berlaku risiko yang mebabitkan pekerja. Insurans juga dapat membantu melindungi modal kerana pihak kontraktor tidak perlu membekukan modalnya semata-mata untuk menghadapi kemungkinan berlakunya risiko.

Insurans Islam (lebih di kenali dengan nama unik, Takaful) diwujudkan sebagai alternatif tanpa keraguan setelah dijalankan kajian menyeluruh oleh pakar perundangan Islam yang mendapati terdapat keraguan dalam pengurusan Insurans konvensional dari segi hukum Islam.

Terdapat beberapa perbezaan asas diantara insuran Islam dengan insuran konvensional.
a) Konsep kerjasama atau saling membantu
Dalam insurans Islam, peserta merelakan sebahagian daripada sumbangan takaful (premium dalam insuran konvensional) dikumpulkan kedalam akaun khas untuk membantu kalangan peserta yang ditimpa malapetaka. Syarikat takaful tidak menjadi penjamin atau pemikul risiko seperti amalan dalam insurans konvensional tetapi sebagai pengurus atau pemegang amanah dana bagi pihak semua peserta takaful. Risiko tidak berpindah kepada syarikat takaful seperti amalan insurans konvensional tetapi peserta bersama-sama bersetuju membantu melalui dana yang diwujudkan bersama.

b) Bebas riba’ (usury or interest free)
Dalam sistem takaful, Lembaga Pengawasan Syariah (Islamic Monitoring Panel) yang dianggotai oleh pakar-pakar perundangan dan muamalat Islam disamping Lembaga Pengarah Syarikat Takaful berperanan mengawal operasi syarikat secara keseluruhan supaya tidak bercanggah dengan hukum Islam. Setiap pelaburan syarikat diperincikan supaya selaras dengan kehendak muamalat Islam. Antaranya ialah tidak terlibat dengan kegiatan yang berunsur riba’ kerana diharamkan secara de facto oleh peraturan Islam.

Dalam sistem konvensional, kegiatan riba’ wujud pada setiap peringkat bermula dengan pengiraan premium hinggalah kepada pembayaran gantirugi (Afzalur-Rahman, 1991). Sebahagian besar pendapatan syarikat insurans konvensional ialah dividen dari dana (terkumpul daripada premium pemegang polisi) yang dilabur dalam pelaburan yang mengamalkan riba’ (interest).

c) Bebas dari unsur maisir
Maisir merujuk kepada semua bentuk mengaut kekayaan dengan kaedah peluang (chances atau probability) seperti loteri, tikam ekor, bertaruh atau berjudi. Dalam sistem konvensional syarikat insurans berperanan sebagai ‘bank pertaruhan’ yang menerima premium dari pemegang polisi dan membuat bayaran gantirugi sekiranya berlaku kerugian atau kemalangan keatas pemegang polisi.

Dalam sistem takaful, unsur maisir tidak wujud kerana pelaksanaannya adalah berteraskan kepada konsep menolong peserta lain yang terkena musibah (tabarru’). Sistem insurans Islam juga mengamalkan pembahagian keuntungan dan kerugian bersama (profit and loss sharing, al Mudharabah) diantara peserta dan syarikat takaful. Peserta akan memperolehi keuntungan daripada operasi syarikat takaful setelah ditolak segala tuntutan para peserta yang mengalami kemalangan.

d) Pengagihan keuntungan

Dalam sistem Islam, pihak syarikat sebagai pengusaha yang melaburkan dana dari sebahagian besar sumbangan peserta takaful akan membahagikan keuntungan kepada peserta dan syarikat berdasarkan nisbah yang dipersetujui . Hal ini tidak berlaku dalam sistem konvensional kerana keuntungan yang diperolehi dari operasi syarikat dianggap hak mutlak syarikat.

Perjalanan perniagaan insurans konvensional tertakluk kepada Akta Insurans 1963 (Akta 89). Sistem insurans Islam pula dikawal oleh Akta Takaful 1984 dan Akta Takaful (Pindaan) 1985.

4.0 Metodologi kajian

Kajian dijalankan dalam dua peringkat
a) Meliputi kontraktor kelas F
b) Meliputi kontraktor berbagai kelas.

Kajian (a) adalah berdasarkan 26 borang soalselidik yang dikembalikan oleh responden yang dikenalpasti secara rambang daripada keseluruhan 80 soalselidik yang dihantar secara pos.
Kajian (b) adalah berdasarkan 21 borang soalselidik yang dipulangkan oleh responden yang dikenalpasti secara rambang daripada 60 yang dihantar.
Analisis adalah menggunakan kaedah statistik kekerapan.

5.0 Penemuan


Kajian (a) mendapati

· Tahap penggunaan
Didapati peratusan responden yang pernah menggunakan insurans Islam ialah 35% dan tidak pernah menggunakannya 65%.

· Sebab utama penggunaan
Didapati sebab utama penggunaan ialah kesedaran terhadap unsur-unsur yang ditegah syarak sebanyak 46% diikuti kehendak klien 23%, berpuas hati dengan layanan 16% dan mudah diperolehi 15%.

· Sebab-sebab tidak menggunakan insurans Islam
Bagi responden (65%) yang tidak pernah menggunakan insurans Islam, sebab-sebabnya ialah seperti ditunjukkan dalam Rajah 3. Sebab-sebabnya ialah kurang pendedahan : 33%, sukar diperolehi : 33%, kehendak klien : 15% dan lain-lain (kurang kenalan, tiada wakil insurans berdekatan, bayaran premium mahal dan biasa dengan insurans konvensional) : 19%

· Bila mula menggunakan
Didapati majoriti 78% menggunakannya mulai 1993-1996 dan 22% menggunakannya mulai 1989-1992.

Kajian (b) mendapati

· Tahap penggunaan semua responden
Pernah menggunakan: 52%
Tidak pernah menggunakan : 48%

· Taburan Pengguna
Kelas F : 78%, Kelas B : 5%, Kelas BX : 5%, Kelas C : 5%, Kelas A, D, E : 0%

· Bila mula menggunakan
Mulai 1986-1988 : 11%
Mulai 1989-1991 : 11%
Mulai 1992-1994 : 11%
Mulai 1995-1998 : 67%

· Sebab utama penggunaan
Pilihan sendiri : 91%
Kehendak klien : 9%

· Penginsurans pilihan kontraktor
Syarikat Takaful Malaysia Bhd : 36%
Syarikat MNI Takaful Sdn Bhd : 55%

6.0 Limitasi penemuan

Oleh kerana kajian hanya menggunakan responden yang bilangannya tidak besar penemuan yang didapati hanya terhad kepada kepada kajian ini.

7.0 Kesimpulan


Walaupun secara keseluruhan tahap penggunaan insurans Islam mencapai 52% dikalangan semua kelas kontraktor, majoriti pengguna adalah dikalangan kontraktor kelas rendah. Dikalangan kelas terendah (kelas F) pun, majoriti masih belum menggunakannya. Sebab utama penggunaan insurans Islam ialah kesedaran sendiri terhadap unsur-unsur yang ditegah oleh agama dalam urusan perniagaan dan kehendak klien. Alasan utama tidak menggunakannya ialah kurang pendedahan, sukar diperolehi dan kehendak klien. Syarikat MNI Takaful Sdn Bhd lebih popular dikalangan kontraktor diikuti dengan Syarikat Takaful Malaysia Bhd. Penemuan ini boleh dimanfaatkan oleh syarikat insurans Islam sebagai peluang memasarkan produk mereka dikalangan kontraktor pembinaan. Program penerangan yang tersusun, menarik, agresif dan bersungguh-sungguh kepada masyarakat amnya (contohnya kempen ‘Minggu Perbankan Islam dan Takaful’ (Utusan Malaysia, 23 Oktober 2001, ms 25)) dan kepada syarikat kontraktor kelas tinggi serta klien khasnya akan dapat memberikan pendedahan dan kefahaman mengenai sistem Takaful. Matlamat usaha ini mestilah untuk mengekalkan hubungan dengan pelanggan sedia ada dan menarik pelanggan baru untuk mencuba dan kekal dengan produk yang setanding lagi halal serta mudah diperolehi oleh pelanggan. Syarikat insurans Islam wajar secara berterusan, dalam lingkungan yang diizinkan peraturan Islam, menilai dan membaiki kelemahan sendiri dan mencontohi kekuatan syarikat lain dalam memasarkan produk mereka. Persaingan harus dilihat bukan sekadar sesama syarikat insurans Islam tetapi juga syarikat insurans konvensional yang lebih terkedepan.

8.0 Rujukan

1. Afzalur-Rahman ( 1991). Doktrin Ekonomi Islam – Jilid IV. Kuala Lumpur : DBP. ms 22.
2. Hickson, R.J (1987). Construction Insurance. Bristol : J.W. Arrowsmith Ltd. pp1
3. Mohamad Muslehuddin (1988). Insurans dan Hukum Islam. Kuala Lumpur : DBP.
4. Mohd Fadzli Yusof (1996). Takaful : Sistem Insurans Islam. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors.
5. Utusan Malaysia , 16 Oktober 2001
6. Akta Insuran 1963
7. Akta Takaful 1984
8. Akta Takaful (Pindaan) 1985
9. Utusan Malaysia, 23 Oktober 2001

Thursday, July 26, 2007

TUNTUTAN KONTRAKTOR DALAM KERJA PEMBINAAN

1.0 PENGENALAN

Tindakan satu pihak yang berkontrak boleh mendatangkan kerugian kepada pihak yang lain. Pihak yang mengalami kerugian mempunyai hak atau peluang menuntut gantian kerugian.

2.0 TAKRIF

Hak kontraktor menuntut apa-apa kerugian langsung dan/atau perbelanjaan langsung yang ditanggung oleh kontraktor akibat dari sesuatu peristiwa tertentu yang mana kontraktor tidak akan dibayar ganti di bawah mana-mana peruntukan lain mengikut kontrak.

3.0 JENIS TUNTUTAN

a) Tuntutan Kontrak (Contractual).
b) Tuntutan Luar Kontrak (Extra-Contractual).
c) Tuntutan Belas Kasihan (Ex-Gratia).

4.0 KEBAIKAN PERUNTUKAN TUNTUTAN DI DALAM KONTRAK

a) Merendahkan harga tawaran, risiko berlaku sesuatu yang boleh merugikan kontraktor tidak perlu dimasukkan ke dalam tawaran.

b) Mengganti bayar kerugian dan/atau perbelanjaan yang ditanggung oleh kontraktor sebagai akibat langsung dari sesuatu peristiwa tertentu dan yang mana dia tidak akan diganti bayar di bawah mana-mana peruntukan;

c) Menyediakan satu cara yang mudah untuk menyelesaikan masalah tuntutan kewangan kontraktor.

d) Mempastikan kontraktor tidak mengalami masalah aliran wang tunai disebabkan sesuatu peristiwa tertentu yang telah secara matan menjejaskan kemajuan teratur kontraktor; dan

e) Menyelamatkan kontraktor dari terpaksa mengemukakan permohonan di mahkamah.

5.0 SYARAT-SYARAT

Syarat-syarat utama untuk membolehkan kontraktor membuat tuntutan kerugian langsung dan/atau perbelanjaan ialah:

a) Permohonan hendaklah dibuat mengikut masa yang telah ditentukan di dalam kontraktor.

b) Sebab-sebab kerugian atau perbelanjaan yang tertanggung itu mestilah seperti yang dinyatakan di dalam kontraktor yang dikenali sebagai "peristiwa tertentu" (specified events);

c) Kontraktor mesti mengemukakan bukti-bukti kerugian/perbelanjaan yang ditanggung; dan

d) Kerugian dan/atau perbelanjaan itu tidak akan diganti bayar di bawah mana-mana peruntukan lain di dalam kontrak.

FASAL 44 JKR 203A (Semakan 10/83)

1.0 PENGENALAN

Peruntukan berkaitan dengan KPL di dalam borang kontrak setara Jabatan Kerja Raya Malaysia, iaitu, Borang 203A (Semakan 10/83) (JKR) terdapat di bawah Fasal 44. Fasal ini memperuntukkan:

Fasal 44

Jika kemajuan kerja yang teatur atau mana-mana bahagiannya telah terjejas secara material oleh sebab-sebab sebagiamana dinyatakan di bawah Fasal 43(c), (f) atau (i) Syarat-syarat ini (dan bukannya oleh sebab-sebab yang lain) dan Kontraktor telah menanggung kerugian secara langsung dan/atau perbelanjaan yang dia tidak akan diganti bayar melalui pembayaran yang dibuat di bawah mana-mana peruntukan lain dalam Kontrak ini, maka Kontraktor hendalah dalam tempuh satu (1) bulan selepas berlakunya kejadian atau hal keadaan itu memberi notis secara bertulis kepada P.P. tentang maksudnya untuk ;menuntut kerugian secara langsung dan/atau perbelanjaan, bersama-sama dengan satu jumlah anggaran bagi kerugian secara langsung dan/atau perbelanjaan itu, tertakluk sentiasa kepada Fasal 48 Syarat-syarat ini.

2.0 ANALISIS

a. PROSEDUR

i. Notis untuk membuat tuntutan (Fasal 44) : Kontraktor hendalah mengemukakan notis bertulis kepada Pegawai Penguasa (P.P.) dalam tempuh satu bulan selepas berlakunya "peristiwa tertentu".

ii. Permohonan Sebenar (Fasal 48) : Tuntutan sebenar untuk mendapat kerugian atau perbelanjaan di bawah JKR 203A dibuat mengikut prosidur yang diperihalkan di bawah Fasal 48.

b. SYARAT-SYARAT

Kerugian atau perbelanjaan yang dituntut itu mestilah merupakan akibat langsung dari sesuatu "peristiwa tertentu" yang telah menjejaskan kemajuan kerja yang teratur dan kerugian atau perbelanjaan itu tidak akan dibayar di bawah mana-mana peruntukan lain dalam kontrak.

c. PENILAIAN

Apabila permohonan di bawah fasal 48(a) ini diterima, P.P. hendaklah meneliti permohonan itu dan membuat penilaiannya atau pun mengarahkan tugas ini dibuat oleh juruukur bahan.

d. PEMBAYARAN

Setelah P.P. selesai membuat penilaiannya, jumlah yang dinilai itu akan dimasukkan ke dalam perakuan muktamad, dan tertakluk kepada syarat yang diperuntukkan di bawah fasal 48(d):

"Tiada apa-apa bayaran ...... kepada kontraktor di bawah Perakuan Muktamad boleh dibuat sehingga kontraktor telah: (i) membuat Akuan Statutori, atau (ii) Ketua Pengarah Buruh membuat perakuan bahawa semua tanggungjawab kontraktor kepada buruhnya, termasuk buruh sub-kontraktor telah dilaksanakan."

e. PERISTIWA BERKAITAN

Sebab-sebab yang membolehkan kontraktor menuntut KLP ini dikenali dengan "peristiwa tertentu" (specified events) di bawah Borang Kontrak 203A, disenaraikan di dalam fasal 44 seperti berikut:

i) Arahan P.P. (di bawah Fasal 5(a));

ii) Pertikaian dengan tuan punya berjiran (Fasal 43 (c));

iii) Kontraktor lewat terima arahan, lukisan, aras dll. (Fasal 43(f).; dan

iv) Kelambatan oleh artisan, tukang atau orang-orang lain (Fasal 43(i)).

FASAL 24 PAM

1. PENGENALAN

Peruntukan berkaitan dengan KLP di dalam borang kontrak setara Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) terdapat di bawah Fasal 24. Fasal ini memperuntukan:

24(1)

Jika permohonan bertulis di buat kepadanya oleh Kontraktor, Arkitek berpendapat bahawa Kontraktor terlibat dengan kerugian dan/atau perbelanjaan secara langsung di mana dia tidak akan diganti bayar melalui pembayaran yang dibuat di bawah mana-mana peruntukan lain dalam kontrak ini disebabkan oleh kemajuan kerja yang teratur atau mana-mana bahagiannya telah terjejas secara material kerana:

a. Kontraktor tidak menerima mengikut masa arahan-arahan, lukisan-lukisan, perincian atau aras yang perlu dari Arkitek yang mana permohonan khusus secara bertulis telah dikemaukakan kepadanya pada satu tarikh yang mengambil kira Tarikh Penyiapan yang tercatit dalam Appendiks kepada Syarat-Syarat ini atau mana-mana lanjutan masa ditetapkan mengikut Fasal 23 atau Fasal 32(1)(c) Syarat-Syarat ini tidaklah terlalu awal atau pun terlalu suntuk kepada tarikh perkara-perkara tersebut diperuntukan; atau

b. Pendedahan untuk pemeriksaan mana-mana kerja yang tertutup atau ujian ke atas bahan atau barang mengikut Fasal 6(3) Syarat-Syarat ini (termasuk kerja membaiki akibat dari pendedahan atau ujian itu) kecuali jika pemeriksaan atau ujian itu menunjukkan bahawa kerja, bahan atau barang tersebut tidak mengikut kehendak kontrak; atau

c. Apa-apa percanggahan atau perbezaan antara lukisan dan/atau senarai kuantiti; atau

d. Kelewatan oleh artisan, tukang-tukang atau orang-orang lain yang ditugaskan oleh Majikan untuk menjalankan kerja yang tidak merupakan sebahagian daripada kontrak ini; atau

e. Arahan Arkitek yang dikeluarkan berkaitan dengan penangguhan mana-mana bahagian kerja yang perlu dilaksanakan di bawah peruntukan Kontrak ini; dan jika permohonan itu dibuat dalam jangka masa yang munasabah apabila menjadi jelas bahawa kemajuan kerja atau mana-mana bahagiannya telah terjejas, Arkitek hendaklah, sama ada secara sendirinya, menentukan atau mengarahkan Juru Ukur Bahan menentukan kerugian dan/atau perbelanjaan berkenaan. Apa-apa amaun yang ditentukan sedemikian dari masa kesemasa hendaklah dicampurkan kepada Jumlah Kontrak, dan jika Pengakuan Interim dikeluarkan selepas tarikh penentuan apa-apa amaun sedemikian hendaklah dicampurkan kepada amaun yang akan dibayar dalam Pengakuan itu.

24(2)

Peruntukan di bawah Syarat ini adalah tanpa prajudis kepada apa-apa remedi lain yang ada kepada Kontraktor.

2. ANALISIS

Dari peruntukan di atas, bolehlah dianalisiskan seperti berikut:

a. Notis

Masa : Fasal 24 menghendaki kontraktor mengemukakan notis tuntutannya kepada arkitek secara bertulis apabila didapati atau dijangkakan bahawa kemajuan kerja teratur telah atau akan terjejas secara material.

Maklumat: antara maklumat-maklumat yang perlu disertakan bersama-sama dengan notis tersebut, termasuklah:

a. maklumat lengkap dan terperinci berkaitan dengan peristiwa dan keadaan yang berlaku;

b. masa dan tempuh masa peristiwa/keadaan itu berlarutan;

c. aktiviti-aktiviti yang terjejas; dan

d. bagaimana aktiviti boleh terjejas

e. maklumat-maklumat berkaitan dengan kos seperti:

i. buruh & loji.
ii. bahan-bahan.
iii. overheads.
iv. keuntungan.

Format : fasal 24 tidak pula menerangkan format tertentu notis tersebut. Oleh itu, kontraktor bebas untuk membentuk formatnya sendiri asalkan perkara-perkara penting yang dikehendaki disertakan.

b. Syarat-Syarat

Bagi membolehkan peruntukan ini beroperasi kerugian ata perbelanjaan itu mestilah akibat dari satu atau lebih dari peristiwa tertentu, yang menyebabkan kemajuan kerja teratur terjejas yang mana kontraktor itu tidak akan di bayar di bawah mana-mana peruntukan lain di dalam kontrak.

Fasal 24 tidak mensyaratkan bahawa penyiapan kerja mesti terjejas. Kontraktor masih boleh mengemukakan tuntutan jika peristiwa tertentu itu menjajaskan sesuatu aktiviti tertentu, walau pun pada keseluruhannya penyiapan kontrak itu tidak tergendala.

c. Penilaian

Apabila arkitek berpuas hati dengan notis yang dikemukakan sebagai sah dan betul, tugas arkitek seterusnya ialah menentukan jumlah kerugian atau perbelanjaan yang terlibat.

d. Pembayaran

mengikut fasal 24(1) pembayaran tuntutan KLP mestilah dicampur dengan jumlah kontrak, iaitu, dimasukkan ke dalam perakuan interim.

e. Peristiwa Tertentu

Sebab-sebab yang membolehkan kontraktor menuntut KLP ini dikenali dengan "peristiwa tertentu" (specified events) di bawa kontrak PAM, disenaraikan di dalam fasal 24(1) seperti berikut:

* Lewat terima arahan dll., [Fasal 24(a)];

* Pendedahan untuk pemeriksaan/ujian [Fasal 24(b)];

* Percanggahan/perbezaan antara lukisan dan senarai kuantiti [Fasal 24(c)];

* Kelewatan oleh artisan, tukang atau orang-orang lain [Fasal 24(d)]; dan

* Penangguhan kerja [Fasal 24(e)].

HEADS OF CLAIM

Antara "heads of claim" yang boleh dipohon oleh kontraktor termasuklah:

1. Pertambahan kos "preliminaries" (Tanggungan Tapak).
2. Tanggungan Ibu Pejabat.
3. Kehilangan keuntungan.
4. Kehilangan produktiviti atau kerja yang tidak ekonomi.
5. Pertambahan kos kerana inflasi.
6. Faedah dan caj kewangan.
7. Kos menyediakan tuntutan.

1. Pertambahan kos "preliminaries" (Tanggungan Tapak)

Kelewatan biasanya akan menyebabkan pertambahan kos-kos. Oleh itu, kontraktor boleh diganti bayar di bawah KLP.

Perkara-perkara yang diambil kira dalam menilai amaun pertambahan ini ialah:

* Amaun dalam senarai kuantiti.
* Tempuh kelewatan.
* Tempuh kontrak.
* Bahagian amaun yang terlibat.

Sepatutnya, cara penilaian yang lebih baik ialah dengan mengira kos tambahan sebenar kerana dalam praktis kos untuk setiap item dalam senarai "preliminaries" biasanya hanyalah dalam bentuk anggaran kasar sahaja. Oleh itu, kos tambahan sebenarnya seelok-eloknya diperolehi, direkodkan dan dibuktikan. Amaun yang "proportionate" mungkin tidak menggambarkan kos sebenar.

2. Tanggungan Ibu Pejabat

Tanggungan ibu pejabat bermaksud kos mengurus perniagaan kontraktor secara umum, berbeza dengan kos mengurus tapak bina sesuatu projek tertentu.

Pada kebiasaannya, kos tanggungan ibu pejabat sasngat jarang dituntut kerana fakta ini sangat sukar untuk diberikan secara langsung dengan satu-satu projek atau pun satu-satu peristiwa tertentu.

3. Kehilangan Keuntungan

Tuntutan kehilangan keuntungan tidak bergantung kepada fakta bahawa kontrak itu merupakan satu kontrak yang sebenarnya menguntungkan. Oleh kerana kontrak itu bukan satu kontrak yang menguntungkan, ini tidak bermakna kontraktor tidakb berhak menuntut kehilangan keuntungan.

Pertambahan kos "overheads" dan kehilangan keuntungan boleh dikira dengan menggunakan formula berikut:-

a. Formula Hudson.
b. Formula Emden.

a. Formula Hudson

OVERHEADS/PROFIT PERCENTAGE  X  CONTRACT SUM  X    PERIOD OF DELAY
                                                                                                          -------------------------------
                                                                                                            CONTRACT PERIOD

 

4. Kos Buruh/Produktiviti

Kos buruh atau produktiviti dibuat berdasarkan kos dan perkiraan yang sebenarnya ujud pada tempuh satu-satu kerja kerugian disebabkan oleh peristiwa tertentu.

5. Pertambahan Kos Kerana Inflasi

Merujuk kepada fasal 53 (JKR), kesahihan pengiraannya mungkin boleh dicabar di mahkamah. Rekod kenaikan kos bahan dan buruh perlu disimpan. s

6. Caj Kewangan dikira berdasarkan jumlah tuntutan yang terlibat didarab dengan kadar semasa caj kewangan (sebaik-baiknya oleh bank pihak kontraktor atau bank-bank yang biasa) bagi tempuh kerugian dialami.

7. Kos Menyediakan Tuntutan

Pada masa sekarang pengurusan membuat tuntutan kewangan kontraktor telah menjadi satu "industri" di mana perkhidmatan "claim consultant" digunakan untuk membantu kontraktor mengemukakan tuntutan.

STRATEGI

1. Beban Membukti

Beban membukti sesuatu kerugian atau perbelanjaan itu terletak di atas bahu pihak yang membuat tuntutan, iaitu, kontraktor. Perkara utama yang mesti diperhatikan oleh seseorang kontraktor di sepanjang masa pembinaan dilaksanakan ialah penyimpanan rekod yang baik.

2. Rekod-Rekod Utama

Antar rekod-rekod utama yang perlu disediakan dengan tepat dan teliti oleh kontraktor untuk disertakan bersama-sama dengan permohonan tuntutannya (notis), termasuklah:

a. Surat menyurat antara Kontraktor Perunding, Klien dan Pengawas yang terlibat.
b. Minit Mesyuarat (yang dipengerusikan oleh PP sahaja).
c. Laporan Kerja (Works Record Sheets).
d. Laporan Buruh dan Loji/Penilaian Produktivi.
e. Laporan Bahan-Bahan (diterima dan digunakan).
f. Buku Harian Tapak (Site Diary).
g. Arahan Tapak (Site Instructions).
h. Arahan Perubahan (Variation Orders).
i. Rekod Kerja Harian (Daily Works Records).
j. Jadual Kerja.
k. Gambar Kemajuan (Progress Photographs).
l. Lukisan-Lukisan Kontrak & Kerja.
m. Bil-bil Berkaitan Dengan Pertambahan Perbelanjaan.
n. Rekod Cuaca Harian.
o. Detail Aras Tapak.

3. Format Tuntutan

a. Pengenalan.
b. Butir-butir Tuntutan.
c. Perincian Tuntutan/Kos.
d. Penutup.
e. Lampiran bahan bukti.

a. Pengenalan
Memberi maklumat penting dengan projek

b. Butir-Butir Tuntutan
Nyatakan peristiwa tertentu yang mengakibatkan tuntutan KPL dan fasal kontrak yang membenarkan tuntutan KPL di buat.

c. Perincian Tuntutan dan Kos
Senarai ini mestilah menghubungkaitkan peristiwa tertentu, akibat dan kos (kerugian/perbelanjaan bolehlah dikira berdasarkan kepada pecahan berikut (di mana berkaitan):-

i. Tanggungan Tapak

* Penyeliaan - Gaji.
- Bonus.
- Caruman KWSP.
- Caruman Perkeso.
- Kos Produktiviti.

* Lanjutan Pengurusan.
* Pejabat Tapak dan Kuarters.
* Peralatan dan Perkakas/Susut Nilai.
* Kemudahan Kebajikan Tapak.
* Pengangkutan Tapak.
* Premium Insuran/Takaful.
* Lain-lain butiran seperti elektrik, air dan telefon.

ii. Penambahan Kos

* Kos buruh, bahan dan peralatan (sekiranya tidak dituntutan di bawah arahan perubahan kerja).

* Peningkatan kos/inflasi (sekiranya kontrak memperuntukkan fasal berkaitan dengan perubahan harga).

iii. Kehilangan Produktiviti

Kehilangan produktiviti boleh dituntut sekiranya terdapat rekod atau bukti yang menunjukkan kehilangan produktiviti berkenaan dan ianya berkait rapat secara langsung dengan peristiwa yang membawa kepada tuntutan KPL.

iv. Tanggungan Ibu Pejabat

* Kos terlibat seperti gaji kakitangan, bil, sewa, litografi dan seumpamanya yang dialami oleh ibu pejabat.

* Pengiraan berdasarkan jumlah "turnover" bagi syarikat pada tahun/masa tersebut merupakan kaedah yang biasa digunakan.

v. Kehilangan Keuntungan

Kehilangan keuntungan biasanya dibuat apabila penamatan dibuat oleh pihak kontraktor (atas sebab pecah kontrak di pihak majikan) atau pun jumlah perubahan pengurangan ke atas kontrak asal yang besar.

vi. Faedah dan Caj Kewangan

* Berdasarkan bukti yang dapat ditunjukkan bahawa faedah dan caj kewangan tersebut terlibat, iaitu, dari tarikh peristiwa tertentu sehingga ke tarikh tuntutan dibuat.

vii. Kos Penyediaan Tuntutan

Keseluruhan kos penyediaan tuntutan boleh dituntut. Rujuk kes JAMES LONGLEY & CO. LTD. v. SOUTH WEST THAMES REGIONAL HEALTH AUTHORITY (1983).

d. Penutup
Nyatakan fasal kontrak di mana tuntutan dibuat dan jumlah keseluruhan tuntutan.

e. Lampiran

* Sertakan semua bahan bukti berdasarkan susunan peristiwa berkaitan.
* Sediakan "fly sheet" bagi setiap peristiwa tertentu/item KLP.
* Bahan bukti yang dikemukakan biasanya salinan sahaja. Bahan bukti asal perlu disimpan oleh pihak kontraktor.

PENUTUP

Kejayaan satu-satu tuntutan, biasanya banyak bergantung kepada aspek berikut:

1. Keupayaan untuk menyimpan semua rekod yang terlibat bagi dijadikan bahan bukti tuntutan;

2. Kecekapan kontraktor mematuhi prosidur kontrak terutama di dalam penyediaan surat-menyurat berkaitan penerimaan arahan dan niat mengemukakan tuntutan;

3. Kebolehan kontraktor untuk berhujah dan menerangkan dengan logik kaitan di antara peristiwa tertentu dengan kerugian langsung dan/atau perbelanjaan yang dialami; dan

4. Kebolehan kontraktor untuk mengadakan komunikasi/hubungan yang baik dengan majikan (terutama bagi kes "ex-gratia claims"), perkara ini amat sukar.

Wednesday, July 25, 2007

TOTAL QUALITY MANAGEMENT IN QUANTITY SURVEYING EDUCATION

Prepared by: Norizan bin Mansor, Assoc. Prof Wan Yusoff Wan Mahmood, Ismail Haron and
Assoc Prof Zakaria Mohd Yusof
Department of Quantity Surveying, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

Abstract
Higher education has an important and seemingly increasing role in Malaysian society. This phenomenon can be seen from ever increasing proportion of the youth entering higher education yearly. At the same time there seems to be an increasing need for further education among people already in workforce. The situation has resulted the available government's higher learning institutions not being able to provide adequate places. A more open system of education has been adopted by the government acts as catalyst for present remarkable growth of private higher learning institutions offering various level of Quantity Surveying courses with variety of arrangement The phenomenon has given rise to increased public concern with respect to the quality of graduates produced by the institutions involved. The approach of TQM can be adapted in Quantity Surveying Education in the effort to produce quality graduates and enhancing the profession as a whole. The paper discusses the present senario of Quantity Surveying Education in Malaysia, approach in implementing TQM and educational process involved.

Keywords
Total Quality Management, Quantity Surveying, Education

1.0 INTRODUCTION

Total Quality Management and continous improvement philosophies have at last become the focus of construction industry in Malaysia. Based on this development, it cannot be over emphasised the need to address the quality management in construction education.

Quantity Surveying Education as a subsystem is no exception in this respect. As such the institutions that produce quantity surveying graduates must take part to enhance education quality in their organisations.

This paper will address the current scenario of the Quantity Surveying Education in Malaysia and discuss the process and quality management framework for quantity surveying education.

2.0 WHAT IS TOTAL QUALITY MANAGEMENT

Total Quality Management (TQM) as given in ISO (1994) is the management approach of an organisation, centred on quality, based on the participation of all its members and aiming a long term success through customers satisfaction and benefits to all members of the organisation and society.

Based on the above definition, TQM can be seen as a structured system for creating organisation-wide participation in planning and implementing a continous improvement process (Oblinger, 1995). The process of improvement begins with building a clear understanding of the organisation's mission, customers, values and vision (Sylwester and Harris, 1991).

3.0 ROLES OF TQM IN QUANTITY SURVEYING EDUCATION

As there is always 'improvement potential' and that TQM is a way to address such matters, what can be achieved with such an approach? According to Lindquist (1997) there seems to be some common ways in which TQM has been approached:

a) Teaching of TQM
TQM can be introduced in the curricula, which could be motivated by the use of TQM in business. Such element could be particularly beneficial for students who are likely to become employees in organisations where TQM have been adopted.

b) TQM in Organisational Development
Administrative functions in Quantity Surveying Education are not much different from the business counterparts or elsewhere in the public sector. Therefore, it is logical that there are a number of cases where TQM has been used as a framework for improvements in administrative area.

c) TQM in Teaching and Learning
There are basically three ways in which teaching and learning could be enhanced as a result of adopting a TQM approach
i) Reduction of the amount of non-productive time and resources spent by
lecturers.
ii) The effectiveness of teaching could be enhanced by addressing issues such as customers needs thoroughly than what is common.
iii) An explicit TQM approach in teaching could stimulate students to embrace a self reflective attitude which is an integral element in continous improvement and consequently a core aspect of TQM

4.0 THE CURRENT SENARIO OF QUANTITY SURVEYING EDUCATION IN MALAYSIA

Higher education has an important and seemingly increasing role in Malaysian society. This phenomenon can be seen from ever increasing proportion of the youth entering higher education yearly. At the same time there seems to be an increasing need for further education among people already in workforce. In short, having an academic degree has become a pre-requisite for many occupations.

The situation has resulted the available government's higher learning institutions (UTM, UM, UITM, and UIA) not being able to provide adequate places. As such the government has endorsed a more open system of education. The move acts as catalyst for present remarkable growth of private higher learning institutions in the country.

Many of these private learning institutions are offering the quantity surveying courses either at certificate, diploma or degree level through full time or part-time study. Most of the courses are carried out via twinning or franchising arrangement.

The phenomenon has given rise to increased public concern with respect to the quality of graduates produced by the institutions involved.

To restore the public confidence in the quality of Quantity Surveyors in Malaysia, the Board of Quantity Surveyors Malaysia (LJUBM), has decided to take an immediate action by establishing Quantity Surveying Education Council (QSEC) and Quantity Surveying Accreditation Council (QSAC). The QSEC will establish criteria and standards required for Quantity Surveying courses both locally and in foreign institutions for the needs of the Quantity Surveying education in Malaysia. The Council will also recommend to the LJUBM any topping-up requirement or special scheme for non-accredited courses or non-recognised qualifications. The QSAC will, on the other hand accredit all Quantity Surveying courses for recognition by the LJUBM.

It is envisaged if the institutions of higher learning, both public and private, are willing to establish Quality Management System in their organisations, it will serve as a check and balance or self-correction for the Quantity Surveying Education offered by them. Course curriculum will be monitored and evaluated on a continous basis, including regular evaluation of student feedback. This will in turn make it easier for the LJUBM in executing its tasks.

5.0 QUALITY IN QUANTITY SURVEYING EDUCATION

The success of an institution producing Quantity Surveying graduates depends upon the quality of education provided and delivered.

The Quality of Education is defined as the totality of the learning experience, which enables students to effectively achieve worthwhile learning objective, including the achievement of appropriate academic standards (Tannock and Burge, 1994).

According to Tannock and Burge (1994), the first aspect for the Quality of Education is the academic standard, i.e. the result of the education process. This can be seen in term of students' competencies in going through the course and successfully completing the education programme. This academic standard depends on the collective judgements of the academic and professional community in Quantity Surveying. The second aspect is the learning objective which comprises three main areas, namely knowledge, understanding, skill and abilities.

In term of knowledge, students must possess the right and sufficient body of knowledge, representing Quantity Surveying fundamentals as described in the detail syllabus documentation.

In term of understanding, students must possess understanding regarding aims, principles and fundamentals of Quantity Surveying within the setting of industry and society. Students will then be able to appreciate the place of each element of knowledge , assimilating future developments as they arise within appropriate context, and solving problems although not directly related to the knowledge acquired.

In term of skills and abilities, students must possess the following abilities
· A range of appropriate and effective study and presentation skills

· The ability to utilize a range of Quantity Surveying and other knowledge as described in the detailed syllabus documentation

· The ability to work effectively both individually and as a team member

6.0 EDUCATIONAL PROCESS IN QUANTITY SURVEYING EDUCATION

According to Oblinger (1995) to be able to put the concept of TQM to work, one should first understand about process and system. A process is a set of closely related steps and activities required to perform a well-defined task. Planning a course syllabus is a process. On the other hand, a system is a collection of processes designed to reach some overall objective such as long range planning, recruiting and developing a faculty. If quality improvement is to occur, everyone must have a clear understanding of processes and systems. One technique is by constructing a flow diagram (see Figure 1).

     
               Figure 1 : Quantity Surveying Educational System

Cox (1996) views the above figure as follows:

Raw Materials (Inputs)
The raw materials (i.e. students) that are placed into the value adding process of education come from an array of sources. For instance, the secondary schools provide a large majority of students entering or taking Quantity Surveying education. These students require some additional value-adding attention before they are considered finished products of the institution. Such attention include the development of social skills and providing an environment that will nurture the maturing students through conscientious advising and mentoring.

The other raw material providers, the polytechnics or colleges provide their own value-added process to the students. The products of their educational system become either a finished product or an enhanced input into another educational system.

Value Adding Process
The educational process itself is the value adding process. Through teaching and learning students increase their knowledge, as well as their ability to learn, which in turn adds a potential value to the construction industry.

The Product
The product is a person with potential to contribute to an organisation or society immediately upon graduation. Following an education, a person should posses the required attributes, be able to accept a role within an organisational system and make a measurable contribution to their overall performance.

The Customer
It is very difficult to grasp the concept of an educational system without identifying the customer and clearly defining their expectations and needs.

There are many customers and end-users of the product of higher education. The main customer is the corporate or government. They are actually the one paying for the products. As such institutions normally appoint advisory committee from the industry so that it best meets their needs and to ensure the students hired are able to contribute directly to their organisation's performance.

Performance Measurement
A quality is not complete without some form of evaluation that will lead to continous improvement. The performance of the education system can come in many areas such as grade point average, cost per student hour, graduate employment rate, refereed publications by the faculty and students, research funding, student completion rates, demand for course measured through application and enrolment figure etc. This leads to such other measures as accreditation activities by governing authorities (LAN), registration board (LJUBM) and professional institution (ISM) as well as innovative delivery system and ideas.

In any case, it is up to the developers of the system to continously define the key performance indicator for their system. This must be done in conjunction with the design, development, and enhancement of an effective performance measurement system that will promote continous improvement.

7.0 STRATEGIES FOR IMPLEMENTING TQM IN QUANTITY SURVEYING EDUCATION

Cox (1996) considers there are various strategies for implementing TQM, some of which are

· Top Management Commitment
Implementing TQM is a never ending process that must be constantly and genuinely supported by the leadership of the organisation. This means that to accomplish the effort at the respective level of a university structure, the program dean, department head, or course director must take proactive role in ensuring that the followers understand the changes and are motivated to make the transformation to total quality.

· Provide Direct Access to Customers
Direct access to both internal and external customers allows for timely and accurate responses to customers' needs and expectations. No matter the identity of our customers, there must be a direct link from the customers to the value adding process through advisory councils, surveys, interviews, etc. This is in line with the maxim that satisfied customers are an organisation's best marketing department.

· Involvement Promotes Acceptance
Based on the idea that participation increases ownership, commitment and loyalty of everyone involved, quality leaders must develop, support and facilitate the team effort to ensure success.

· Scope of Implementation
It must be remembered that the scope of quality implementation should not exceed the level of control or influence of those leading the implementation. In addition, limit the scope to those processes that need the most improvement, but do not attempt something that is perceived as impossible.

· Develop a Plan
As implementing TQM will involve organisational change, there must be a formalized plan that will provide a road map for successful implementation of TQM in the organisation.

· Embrace Technology
Change is enhanced through technology. In fact many times technology is the catalyst for change. With respect to quality movement in education, technology is the leading component for new directions being faced today. Some of these include distance learning, CD-Rom, virtual reality classrooms, internet and integrated information technology that give students and faculty access to virtually everything in real time.

· Lead by Example
Remember this : Do not do as I say, do as I do. In order to truly lead the changes to total quality, top level persons must genuinely show their support and dedication through own action. Do not ever expect others to do anything that you are not willing to do.

8.0 CONCLUSION

The present era of globalisation of education, has forced the higher education institutions to provide a quality Quantity Surveying education. Implementing TQM in the individual institution is the first step towards that. It enables the institution to increase its efficiency, attract more quality students and increase the quality of graduates produced to the benefit of the organisation and nation or even the world at large.

Apart from these benefits, the existence of comprehensive and well planned system will make the institution ever ready for the accreditation by both local and even foreign regulatory bodies.

9.0 REFERENCES

ISO (1994). Quality management and Quality Assurance - Vocabulary, Report Number : ISP 8402, International Organisation for Standardisaton, Geneva.

Loder, C (1992). Quality Assurance and Accountability in Higher Education. London : Kogan Page.

Lundquist, R (1997). Quality in Higher Education - Approaches to Its management and Improvement, Licentiate Thesis 1997 : 46, Department of Business Administration and Social Sciences, Lulea University of Technology, Sweden.

Oblinger, D.G (1995). Total Quality Management in Higher Education – A Continous Improvement Process. International Business Machines, May.

Peters, J (1996). ISO 9000 as a Global Educational Accreditation Structure. IEQA Conference Proceeding.

Cox, R.F (1996). Addressing the Paradox of Implementing TQM in Construction Education. CIB W89 Beijing International Conference Proceedings.

Sylwester, D.L and Harris, J.W (1991). Quality Improvement in Higher Education – an Overview. Research Report RR 91-14, Center for Assessment Research and Development, Knoxville.

Tannock, J.D.T and Burge, S.E (1994). A Practical Approach to Implementing Quality Management in Higher Education, EPC Occasional Paper No. 7.

Etika dan Kelakuan Profesional Juruukur Bahan

Pengenalan
Semua ahli ikhtisas (profesional) adalah tertakluk kepada sebilangan peraturan kelakuan ikhtisas, yang mesti dipatuhi setiap masa.

Tujuan
Untuk menjaga kewibawaan profesion supaya dihormati masyarakat dan mempastikan ahli profesion memberi manfaat kepada masyarakat.

Etika dan Kelakuan JUB Berdaftar
Kaedah-Kaedah JUB (Pindaan 1995), yang terdapat dalam Akta JUB 1967, menyenaraikan secara terperinci etika dan kelakuan seseorang Juruukur Bahan Berdaftar

· KELAKUAN
Setiap masa mempertahankan maruah, pendirian dan reputasi profesion ukur bahan.
Tidak berkelakuan atau lakukan perbuatan yang tidak diingini atau mengaibkan pada pendapat Lembaga.

· KEPENTINGAN AWAM
Sepanjang bekerja, mengambilkira sepenuhnya kepentingan awam.

· MELAKSANAKAN TUGAS
Penuh kejujuran.

Tidak menerima bayaran/imbuhan selain daripada majikan/klien terhadap perkhidmatan yang diberikan.

Tidak boleh menerima atau menawarkan apa-apa komisyen haram pada pandangan Lembaga.

Tanpa izin Lembaga, perunding ukur bahan tidak boleh menjadi pengarah, pemegang saham yang substantial dalam atau agen mana-mana firma atau syarikat pembinaan.

Mesti maklumkan klien secara bertulis bahwa dia adalah pengarah, pemegang saham yang substantial dalam atau agen firma atau syarikat pembinaan yang dia berurusan bagi pihak klien.

· MENJEJASKAN REPUTASI JUB LAIN
Tidak boleh menjatuhkan atau menjejaskan reputasi, peluang atau perniagaan juruukur bahan (JUB) lain

· MENGIKLAN DAN MENSOLISIT
Tidak boleh
o Merayu atau mensolisit pekerjaan professional.
o Memberi hadiah atau balasan kerana memperkenalkan pekerjaan profesionalnya.
o Mengiklan perkhidmatannya, tanpa izin Lembaga.

· KEADILAN
Melaksanakan tugas secara saksama (impartial).

· CAMPURTANGAN ATAU AMBIL ALIH AMALAN ORANG LAIN
Dalam amalan persendirian, tidak boleh
o Ambil tempat JUB lain.
o Campurtangan dalam mengkaji semula kerja ukur bahan seorang JUB lain.
o Mengambilalih kerja ukur bahan dari JUB lain untuk majikan yang sama kecuali:
             Dapat izin dari JUB tersebut
             Dimaklumkan oleh klien bahawa khidmat JUB itu telah ditamatkan.

· DUA PERANAN
Tidak boleh memainkan peranan sebagai perunding bagi pihak klien dan kontraktor untuk projek yang sama tanpa arahan klien.

Tindakan
Selepas memberi peluang orang kena tuduh (OKT) membentangkan kesnya, Lembaga Juruukur Bahan Malaysia boleh mengenakan tindakan berikut:
· Menggantung (tidak melebihi 6 bulan) untuk tujuan siasatan, atau
· Membatalkan pendaftaran seseorang JUB yang berkenaan.
JUB Berdaftar yang dibatalkan pendaftarannya boleh merayu kepada Lembaga untuk didaftarkan semula.

Penutup
Bayangkan sekiranya JUB Berdaftar berlumba-lumba melanggar etika dan kelakuan yang dibenarkan. Apa akan terjadi pada kewibawaan profesion dan ketenteraman dalam menjalankan amalan profesional?
Pastikan kita menjadi bukan sekadar terpelajar (educated) tetapi juga terdidik dalam tindakan harian (well-behaved and well-mannered).

Etika dan kelakuan profesional sebenarnya bukanlah sukar untuk diikuti terutama oleh orang yang berpegang kepada ajaran agama.

Akhirnya : Hiduplah sebagai orang yang beretika (berpendidikan dan beretika).

Wednesday, July 4, 2007

PELAN KERJA UNTUK PROJEK BINAAN

Susunan: Fadzilah Morni, Mazlina Ibrahim, Chew Yoek Chin, Norizan Mansor.

Kadang-kadang di sebut juga Pelan Kerja Kumpulan Rekabentuk.
Di ubahsuai dari RIBA Outpline Plan of Work.









Punca: RIBA Outpline Plan of Work, http://www.a4a.sk/RIBA-outline.htm