Wednesday, July 25, 2007

Etika dan Kelakuan Profesional Juruukur Bahan

Pengenalan
Semua ahli ikhtisas (profesional) adalah tertakluk kepada sebilangan peraturan kelakuan ikhtisas, yang mesti dipatuhi setiap masa.

Tujuan
Untuk menjaga kewibawaan profesion supaya dihormati masyarakat dan mempastikan ahli profesion memberi manfaat kepada masyarakat.

Etika dan Kelakuan JUB Berdaftar
Kaedah-Kaedah JUB (Pindaan 1995), yang terdapat dalam Akta JUB 1967, menyenaraikan secara terperinci etika dan kelakuan seseorang Juruukur Bahan Berdaftar

· KELAKUAN
Setiap masa mempertahankan maruah, pendirian dan reputasi profesion ukur bahan.
Tidak berkelakuan atau lakukan perbuatan yang tidak diingini atau mengaibkan pada pendapat Lembaga.

· KEPENTINGAN AWAM
Sepanjang bekerja, mengambilkira sepenuhnya kepentingan awam.

· MELAKSANAKAN TUGAS
Penuh kejujuran.

Tidak menerima bayaran/imbuhan selain daripada majikan/klien terhadap perkhidmatan yang diberikan.

Tidak boleh menerima atau menawarkan apa-apa komisyen haram pada pandangan Lembaga.

Tanpa izin Lembaga, perunding ukur bahan tidak boleh menjadi pengarah, pemegang saham yang substantial dalam atau agen mana-mana firma atau syarikat pembinaan.

Mesti maklumkan klien secara bertulis bahwa dia adalah pengarah, pemegang saham yang substantial dalam atau agen firma atau syarikat pembinaan yang dia berurusan bagi pihak klien.

· MENJEJASKAN REPUTASI JUB LAIN
Tidak boleh menjatuhkan atau menjejaskan reputasi, peluang atau perniagaan juruukur bahan (JUB) lain

· MENGIKLAN DAN MENSOLISIT
Tidak boleh
o Merayu atau mensolisit pekerjaan professional.
o Memberi hadiah atau balasan kerana memperkenalkan pekerjaan profesionalnya.
o Mengiklan perkhidmatannya, tanpa izin Lembaga.

· KEADILAN
Melaksanakan tugas secara saksama (impartial).

· CAMPURTANGAN ATAU AMBIL ALIH AMALAN ORANG LAIN
Dalam amalan persendirian, tidak boleh
o Ambil tempat JUB lain.
o Campurtangan dalam mengkaji semula kerja ukur bahan seorang JUB lain.
o Mengambilalih kerja ukur bahan dari JUB lain untuk majikan yang sama kecuali:
             Dapat izin dari JUB tersebut
             Dimaklumkan oleh klien bahawa khidmat JUB itu telah ditamatkan.

· DUA PERANAN
Tidak boleh memainkan peranan sebagai perunding bagi pihak klien dan kontraktor untuk projek yang sama tanpa arahan klien.

Tindakan
Selepas memberi peluang orang kena tuduh (OKT) membentangkan kesnya, Lembaga Juruukur Bahan Malaysia boleh mengenakan tindakan berikut:
· Menggantung (tidak melebihi 6 bulan) untuk tujuan siasatan, atau
· Membatalkan pendaftaran seseorang JUB yang berkenaan.
JUB Berdaftar yang dibatalkan pendaftarannya boleh merayu kepada Lembaga untuk didaftarkan semula.

Penutup
Bayangkan sekiranya JUB Berdaftar berlumba-lumba melanggar etika dan kelakuan yang dibenarkan. Apa akan terjadi pada kewibawaan profesion dan ketenteraman dalam menjalankan amalan profesional?
Pastikan kita menjadi bukan sekadar terpelajar (educated) tetapi juga terdidik dalam tindakan harian (well-behaved and well-mannered).

Etika dan kelakuan profesional sebenarnya bukanlah sukar untuk diikuti terutama oleh orang yang berpegang kepada ajaran agama.

Akhirnya : Hiduplah sebagai orang yang beretika (berpendidikan dan beretika).

No comments: