Monday, March 4, 2013

Senarai penyelewengan BN/UMNO

March 5, 2013 SENARAI PENYELEWENGAN UMNO BN. BACA DAN SEBARKAN. Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion ringgit wang milik rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan UMNO/BN. 1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion. Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing. 2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta. Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion) Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002. Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011 RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1). Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) – Rujuk di atas. 3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion. Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun. Pautan : Sime Darby kerugian RM1.6 bilion, CEO diarah bercuti : http://www.malaysiakini.com/news/131713 4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion. MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan. 5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta. 6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta. Pautan: Pos Malaysia Rugi RM546 Juta : Menteri Perlu Tanggungjawab 7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion. Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta) Pautan: Isu pembelian Eurocopter : http://ms.wikipedia.org/wiki/Isu_pembelian_Eurocopter 8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta. 9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta 10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion. 11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta. 12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta. 13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta. 14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta. 15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta. 16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta. 17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta. 18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta. 19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta. 20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyak RM1.8 billion. 21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion. 22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion. 23. Dua skandal Bank Bumiputra pada awal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion. 24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion) 25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an. 26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion). 27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham. 28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta. 29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) – sama seperti No. 19? 30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007) 31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). 32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun. 33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan. Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk ‘mengendali secara atas-angin’ pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI. 34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2. 35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion. 36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih ‘Customs, Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan. 37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia. 38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta. 39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara. 40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma. 41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal. 42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja. 43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya. 44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11) 45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion. 46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion. 47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta. 48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta. 49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta. 50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyak RM8.3 juta. 51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta. 52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit. 53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit. 54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui. Bagi menampung penggunaan bahan petroleum dalam negara, Petronas terpaksa membeli daripada pembekal luar dengan kadar semasa dan mengakibatkan Rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga mengikut pergerakan harga minyak dunia. Sepatutnya, tanpa perjanjian dagangan hadapan, Petronas memperoleh keuntungan yang besar mengikut harga pasaran semasa. Dengan keuntungan ini, Petronas dapat berkongsi harga bahan petroleum yang murah untuk kegunaan Rakyat. Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini – Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas. 55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*) 56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*) 57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*) 58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*) 59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*) 60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*) (*) – yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama. 61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta. 62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP). 63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Rosmah — kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar? 64. Satu laman web 1 pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta. 65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta. 66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion. 67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion. 68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!! 69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100 untuk sehari semalam. 70. “Lawatan Sambil Belajar” ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76. 71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata Negara’nya. 72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari. 73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta. 74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000 sebulan. 75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun. http://jomkitabaca.wordpress.com/2013/03/03/sambil-ikuti-perkembangan-lahad-datu-dan-sempoorna-jangan-lupa-75-penyelewengan-bn-umno/

Wednesday, February 20, 2013

BN oh BN: Kos bina satu bilik darjah RM1juta di Malaysia

Kos bina satu bilik darjah RM1juta di Malaysia Mak ai. Bilik darjah apa yang berharga 1 juta sekelas? 12 juta untuk bina 12 kelas di sekolah? Gila punya mahal. Tokey balak pun boleh senget tengok kos bilik darjah begini. Dah tak payah fikir2 negara mana ke apa ke.. sebab benda neh berlaku di Malaysia... Dahsyat tak? Tak la dahsyat sangat.. lebih teruk dari ini pernah berlaku. Wakaka. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terbukti jauh lebih efisien dan cekap dalam pengurusan kewangan apabila mampu membina sekolah yang mempunyai 24 bilik darjah serta kelengkapan dewan dan makmal pada kos RM4.9 juta. Ia berbeza apabila Kerajaan Umno-BN membina sekolah yang mempunyai hanya 12 bilik darjah dengan kos didakwa berjumlah kira-kira RM12 juta. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, pembinaan SJK(T) Ladang Midlands di sini yang dibina dengan kos RM4.9 juta itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 15 April lalu. Selama 50 tahun para pelajar di situ terpaksa belajar di dalam bilik darjah berdinding papan dan lantai simen retak dan menanti bantuan untuk mendapatkan bangunan baru bagi keselesaan pembelajaran. Pembinaan sekolah tersebut yang boleh menempatkan kira-kira 2,000 pelajar tidak menggunakan satu sen pun peruntukan daripada Kerajaan Pusat. “SJK(T) Ladang Midlands itu boleh dianggap yang terbaik dan termoden di negara ini malahan mungkin di dunia dengan dewan yang besar dan makmal yang canggih dengan RM4.9juta. “Berbanding dengan Sekolah Rendah yang hendak dibina di U10 Shah Alam ini yang ada 12 bilik darjah tetapi kosnya adalah RM12 juta yang bermakna setiap darjah itu kosnya adalah RM1juta,” kata Khalid ketika dihubungi TVSelangor. Ujar beliau lagi, kos pembinaan yang menelan kos RM12 juta itu dianggap tidak munasabah dan memerlukan penjelasan lanjut pihak berkenaan ekoran kos pembinaannya yang jauh lebih tinggi. “Ianya membuktikan ketidakcekapan dan ketidaktelusan serta kemungkinan projek pembinaan sekolah di U-10 itu diberi secara rundingan terus dan sebagainya. “Yang jelas kosnya lebih lima kali ganda itu dan terlalu tinggi akan merugikan rakyat,” kata Khalid. http://sozcyili.blogspot.com/2013/02/kos-bina-satu-bilik-darjah-rm1juta-di.html

Tuesday, February 12, 2013

Komisi/Komisyen dari supplier/pembekal, bolehkah?

Tajuk alternatif: Komisi/Komisyen dari supplier/pembekal, bolehkah? Tajuk asal: Komisi dari supplier, boleh? Taufik Hamim – Khamis, 13 Safar 1434 H / 27 Disember 2012 15:00 WIB Diasuh Oleh Ust. Taufik Hamim Effendi, Lc., MA Pertanyaan: بسم الله الرحمن الرحيم السّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Terima kasih atas waktunya ustadz.. Saya mau tanya terkait profesi ana sebagai purchasing di sebuah perusahaan. Ana sering mendapat tawaran komisi berbentuk uang/wang ataupun barang cendera mata sebagai balas budi atas pembelian yg ana lakukan terhadap supplier tersebut. Ana masih ragu apa hukum nya. Mohon penjelasannya. جَزَاك اللهُ خَيْرًا MU di Malang Jawaban: السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Saudara MU di Malang dan netters eramuslim yang dirahmati Allah SWT di mana pun anda berada. Permasalahan yang diutarakan di atas bisa jadi sering terjadi dalam transaksi jual beli atau project antara perusahaan tempat kita bekerja dengan pihak supplier. Tawaran hadiah, cinderamata atau apa pun namanya biasanya dilakukan sebelum transaksi berlangsung atau sebelum project tersebut goal. Tawaran ini sangat rentan akan mempengaruhi pengambil keputusan atau ‘meluluhkan’ pengambil keputusan, supplier mana yang akan dijadikan mitra atau project mana yang akan digoalkan. Bila pihak yang berwenang di perusahaan mengambil keputusan karena pengaruh tawaran hadiah atau cinderamata tersebut, ini sudah mengindikasikan bahwa cinderamata tersebut adalah bentuk suap atau risywah yang diharamkan oleh Islam. Perbedaan hadiah dan suap Hadiah adalah suatu pemberian untuk memuliakan seseorang karena rasa cinta, persahabatan, kebaikan, keilmuan, keshalihan orang yang diberi hadiah tersebut. Sedangkan suap (risywah)@rasuah (istilah di Malaysia) adalah segala upaya pemberian untuk mewujudkan kebathilan atau membatalkan sebuah kebenaran. Atau segala jenis upaya yang berkonotasi keburukan, pemberinya berterus terang atau pun tidak, maksud dan tujuannya untuk jangka pendekan atau pun untuk jangka panjang. Banyak hadits Rasulullah SAW yang melarang prilaku risywah, diantaranya hadits Abdullah bin Amr, beliau berkata: “لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الراشي والمرتشي”. “Rasulullah SAW melaknat orang yang menyuap dan yang menerima suap. (HR. At-Tirmidzi) Dari Tsauban, beliau berkata: “لعن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم الراشي والمرتشي والرائش يعني الذي يمشي بينهما”. “Rasulullah melaknat orang yang menyuap dan yang menerima suap serta orang yang menjadi perantara, yaitu orang yang berjalan di antara keduanya (HR. Ahmad) Barang siapa yang memberi hadiah kepada orang lain untuk mengerjakan sesuatu dalam hal yang tidak diperbolehkan maka hukumnya haram karena termasuk risywah @rasuah yang dilaknat, yang menerima dan yang memberikannya mendapat laknat dari Rasulullah SAW. Ibnu Taimiyah rahimahullah menyebutkan bahwa Ulama berkata: “Barang siapa yang memberi hadiah kepada Waliyul Amri (pejabat) agar dia dapat melakukan bersamanya suatu yang tidak diperbolehkan maka hukumunya haram bagi pemberi hadiah dan yang diberi hadiah, dan ini termasuk risywah (suap)@rasuah”. Namun jika memberikan hadiah untuk mencegah suatu kezhaliman atau untuk mendapatkan haknya, maka hukumnya haram bagi yang menerima dan yang memberikannya tidak berdosa karena untuk mencegah kejahatan orang tersebut serta mengambil yang manjadi hak pemberi ‘hadiah’ tersebut. Jadi, untuk kasus yang dihadapi oleh saudara MU, kalau tidak ada unsur manipulasi dan menjegal supplier lain maka tidak masalah, kalau sebaliknya tidak boleh selain tindakan anda yang keliru juga haram menerima cinderamata tersebut, baik berupa uang atau lainnya. Jika tidak ada ‘main’ mata boleh diambil Namun bila anda sebagai seorang karyawan dan sudah melakukan tugas anda sesuai prosedur yang ditetapkan oleh perusahaan, tidak ada upaya ‘main’ mata antara anda dan pihak supplier, tidak melunturkan sikap anda dalam berlaku adil sesuai prosedur, sudah ada SOP dalam transaksi antara pihak perusahaan dan pihak supplier maka hadiah tersebut insya Allah halal dan boleh anda ambil. Atau lebih amannya anda bisa serahkan cenderamata tersebut kepada pihak perusahaan tempat anda bekerja. Namun bila ada syarat dan isyarat tertentu dari pihak supplier agar anda bisa memuluskan dan menggoalkan sebuah transaksi maka ini termasuk risywah (suap) yang dilarang oleh Islam sebagaimana kami jelaskan di atas. Karenanya, siapa pun anda yang pernah melakukan praktek suap menyuap di segala bidang, tidak hanya dalam hal jual beli seperti dalam permasalah di atas, segeralah bertaubat kepada Allah yang Maha Pengampun dan Maha Pemberi taubat. Berazam untuk tidak kembali melakukannya di masa yang akan datang dan terus berusaha memperbaiki diri dengan ketaatan dan amal shalih. Demikian semoga Allah SWT memberikan rezeki yang halalan thayyiban dan menjauhkan kita dari harta yang kotor, haram dan jauh dari keberkahan. Amin. Allahu a’lam bishshawab. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته Taufik Hamim Effendi, Lc., MA Bila ingin bertanya silahkan kirimkan email ke ustadztaufik@gmail.com http://www.eramuslim.com/ustadz-menjawab/komisi-dari-supplier-boleh.htm#.URs4OB2opLc

Thursday, January 10, 2013

Tender terbuka jimatkan wang rakyat RM102.2 juta

Tender terbuka jimatkan wang rakyat RM102.2 juta Harakahdaily, 10 Jan 2013 SHAH ALAM: Amalan tender terbuka bagi projek-projek kerajaan negeri yang dipratikkan kerajaan Selangor sejak 2008 telah berjaya melahirkan kontraktor Bumiputera yang kompetitif dan berkualiti. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini sekali gus menolak tohmahan sesetengah pihak yang mendakwa amalan tender terbuka akan menyusahkan kontraktor Bumiputera mendapat projek kerana perlu bersaing dengan kontraktor bukan Bumiputera. Beliau berkata, tender terbuka dapat memastikan kontraktor yang terpilih berkelayakan dan berkemampuan menyiapkan sesuatu projek dalam tempoh yang ditetapkan berbanding amalan pemberian kontrak secara runding terus yang dipratikkan kerajaan negeri Barisan Nasional sebelum ini yang terdedah kepada penyelewengan. “Tender terbuka membuktikan bahawa amalan yang dipratikkan kerajaan negeri ini betul kerana kita mendapat harga yang rendah tetapi berkualiti. Justeru, tidak betul dakwaan bahawa kontraktor Bumiputera sukar mendapat projek kerajaan menerusi menerusi tender terbuka,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Jejantas Pejalan Kaki di Persiaran Kewajipan yang menghubungkan SS13 dengan SS14, Subang Jaya, hari ini. Jejantas itu disiapkan oleh kontraktor Bumiputera, Aminsa Bina Sdn Bhd. Projek pembinaan dimulakan pada 27 Dis 2011 dan siap sepenuhnya 24 Dis 2012 dengan kos sebanyak RM1.35 juta menggunakan peruntukkan negeri yang disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor di bawah program meningkatkan keselamatan jalan-jalan negeri. Menteri Besar berkata, beliau berbangga dengan kontraktor Bumiputera itu yang berjaya menyiapkan jejantas berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan dengan kos munasabah. Kerajaan Selangor berjaya menjimatkan RM102.2 juta menerusi tender terbuka melibatkan 63 projek sepanjang 2012. Ini menepati konsep ‘value for money’ yang diterapkan dalam pentadbiran dan pengurusan kewangan negeri. Sementara itu, ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, pembinaan jejantas itu telah dijanjikan oleh Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2008 tetapi tidak dilaksanakan dengan alasan tiada peruntukkan. “Saya pernah membawa cadangan pembinaan jejantas ini kepada pihak yang berkenaan tetapi alasan diberi ialah tiada peruntukkan dan pembinaannya hanya janji peribadi bekas seorang menteri kabinet,” katanya. Jejantas ini akan diselenggara JKR Negeri Selangor dan akan dipasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk keselamatan pengguna. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/15852--tender-terbuka-jimatkan-wang-rakyat-rm1022-juta Ulasan: Artikel ini mungkin berguna kepada juruukur bahan (QS) dalam melatih kontraktor Bumiputra supaya pandai menguruskan projek. Bukan hanya pandai jual projek.

Monday, January 7, 2013

Kenangan Rekod Penyelewengan Sewaktu BN Memerintah Memerintah

Bailout: 3. Sime Darby RM964 million. 4. Paya Indah Westland RM88 million. 5. Pos Malaysia (Transmile) RM230 million lost. 46. Two bailouts of Malaysia Airline System RM7.9 billion. At a time when MAS is incurring losses every year, RM1.55 million used to buy three paintings to decorate its Chairman’s (Munir) office. Expanding on No.11 47. Putra transport system bailout which cost RM4.486 billion. 48. STAR-LRT bailout costing RM3.256 billion. 49. National Sewerage System bailout costing RM192.54 million. 50. Seremban-Port Dickson Highway bailout costing RM142 million. 51. Kuching Prison bailout costing RM135 million. 52. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bailout costing RM8.3 million. 53. Le Tour de Langkawi bailout costing RM3.5 Million. Damages and Repairs: 7. Terengganu Stadium collapse RM292 million. 8. MRR2 repair cost RM70 million. 14. MATRADE repairs RM120 million. 17. Compensation for killing crooked bridge RM257 million. 37. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion "Crooked Scenic Half-Bridge". 38. RM1.3 billion has been wasted building the white elephant Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation of the Malaysia-Singapore Scenic Bridge. 39. RM100 million on renovation of Parliament building which leaks. Bad Investments/Decisions: 13. London’s white elephant sports complex RM70 million. 16. InventQ irrecoverable debt RM228 million. 18. Loss in selling Augusta RM 510 million. 28. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million (RM348 million) 23. The Maminco attempt to corner the World Tin Market in the 1980s is believed to have cost some US$500 million (RM1.6 billion). 24. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia RM30 billion in the 1990s. 30. For the past 10 years since Philharmonic Orchestra.was established, this orchestra has swallowed a total of RM500 million. Hiring a Kwai-Lo CEO with a salary of more than RM1 million per annum! 40. National Astronaut (actually tourist) Programme – RM40 million. 41. National Service Training Programme – yearly an estimate of RM 500 million. 42. Eye of Malaysia - RM30 million and another RM5.7 million of free tickets. 67. Monsoon Cup RM800 million per year. 26. Use of RM10 billion public funds in the Valuecap Sdn Bhd operation to shore up the stock market. Supplier, PO system and Claims: 12. Overpayment by Sport Ministry RM8.4 million. 32. The government has spent a total of RM3.2 billion in teaching Maths and Science in English over the past five years. Of the amount, the government paid a whopping RM2.21 billion for the purchase of information and computer technology (ICT) equipment which it is unable to give a breakdown. Government paid more than RM6,000 per notebook vs per market price of less than RM3,000 through some new consortiums that was setup just to transact the notebook deal. There was no Maths & Science Content for the teachers and the notebooks are all with the teachers' children now. 43. RM2.4 million on indelible ink. 57. RM5,700 for a car jack worth only RM50. 58. Government-owned vehicle consumed a tank of petrol worth RM113 within a few minutes. 59 A pole platform that cost RM990 was bought for RM30,000. 60. A thumb drive that cost RM90 was bought for RM480. 61. A cabinet that cost RM1,500 was bought for RM13,500. 62. A flashlight that cost RM35 was bought for RM143. Payments: 44. Samy Vellu announced in September 2006 that the government paid compensation amounting to RM38.5 billion to 20 highway companies. RM380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from the toll hike in 2008 alone. 63. Expenses for 1Malaysia campaign paid to APCO? 64. RM17 billion subsidy to IPP. 70. Billions of ringgit toll concessions that disadvantage the government and taxpayers”. Others: 9. Maybank overpaid BII RM4 billion. 19. Worth of APs given out in a year RM1.8 billion. 29. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu RM7.4 billion from 2004 – 2007. Ulasan: Rupa2nya 56 tahun BN menggunakan kemenangannya memerintah utk menyedut dan menyelewengkan khazanah negara (baca sebagai wang rakyat) seperti disenaraikan di atas. Ini sebahagian dari yang ditulis dalam internet. Kalaulah SPRM masih berwibawa seperti sewajarnya telah lebih baik. Enough is Enough. Tak cukupkan 56 tahun menghabiskan wang rakyat wahai BN? Bawa-bawalah bertaubat.

Tuesday, January 1, 2013

Radioaktif Lynas: Akhirnya Kerajaan BN Akui Berbahaya

Radioaktif Lynas: Akhirnya Kerajaan BN Akui Berbahaya JUMAAT, 02 DISEMBER 2011 02:59 Setelah berbulan-bulan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berdolak-dalih mempertahankan projek Lynas yang menghasilkan radioaktif merbahaya di Gebeng, Pahang, akhirnya kementerian itu mengajui projek tersebut tidak begitu selamat kepada alam sekitar. Demikian ditegaskan oleh ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang menyambut baik kenyataan Setiausaha MITI Datuk Rebecca Sta Maria yang menyatakan bahawa Lynas mesti mematuhi peraturan sebelum lesen pra-operasi boleh dikeluarkan ke atas LAMP sewaktu beliau melawat kilang itu di Gebeng 30 November lalu. “Menteri MOSTI sudah pun mengaku di Dewan Rakyat, sewaktu sessi penggulungan peringkat jawatankuasa bajet bahawa sisa WLP berkadar radioaktiviti 6Bq/g (laporan IAEA ms 13) dari kilang LAMP diklasifikasikan sebagai sisa buangan radioaktif. “Ini bertentangan dengan kenyataan mereka sebelum ini yang bertegas mengelirukan rakyat mengatakan bahawa sisa dari LAMP adalah selamat, boleh ditabur di merata-rata tempat di samping merupakan sisa industri yang hanya mengandungi NORM (Normal occuring radioactive material) “Pengakuan Menteri Kementerian Sains dan Inovasi (MOSTI) jelas menunjukkan bagaimana pihak kerajaan selama ini hanya menjadi jurucakap Lynas dan menggunakan maklumat dari Lynas semata-mata. Malah Fact Sheet mengenai Lynas keluaran MITI juga merupakan input dari Lynas,” katanya dalam satu kenyataan media. Fuziah juga merujuk kepada laporan National Toxic Network Australia mengenai bahaya kebocoran radioaktif yang didedahkan oleh kerajaan negara itu yang dikatakan menyamai kadar radioaktif di Lynas sekiranya kilang itu beroperasi kelak. “Selepas terbitnya laporan National Toxic Network Australia berkenaan berlakunya kebocoran sisa radioaktif di Concentration Plant Lynas di Mt Weld, Australia baru-baru ini, saya ingin menegaskan bahawa kedudukan LAMP di Gebeng nanti dijangka akan membawa bahaya yang jauh lebih tinggi (hingga mengakibatkan malapetaka),” katanya. Tambah Fuziah, radioaktif yang dikeluarkan Lynas memang jauh lebih besar daripada kadar dibenarkan antarabangsa yang sesuai bagi manusia tinggal berhampiran dengannya. Oleh itu tidak sepatutnya kilang Lynas didirikan berdekatan dengan penempatan penduduk. Kadarnya seperti berikut: 1) Radioaktiviti sisa Lynas concentration plant di Mt Weld ialah dikadar 1.8 Bq|g sedangkan radioaktiviti sisa WLP solid di LAMP ialah pada kadar 6 Bq|g. Kadar maksimum yang diterima antarabangsa ialah 1Bq|g di mana Malaysia juga menerima pakai standard antarabangsa ini. 2) Di dalam jarak 30 kilometer radius di Lynas concentration plant di Mt Weld, tiada wujud penduduk sedangkan dalam 30km radius di Gebeng ada terdapat 700,000 penduduk. 3) Dalam jarak 25 km radius di Lynas Concentration Plant di Mt Weld, tiada terdapat air bawah tanah sedangkan di Gebeng, kedudukan LAMP ialah di atas tanah gambut yang paras airnya lebih tinggi dari kadar paras air biasa dan sungai Balok berkedudukan di sebelah Gebeng. LAMP juga terletak dalam 5km dari laut China Selatan, bersebelahan pusat peranginan Cherating yang menjadi tumpuan destinasi pelancongan. Di samping itu laut China Selatan juga merupakan sumber hasil ekonomi tempatan di mana industri perikanan juga merupakan sumber ekonomi utama. Kata Fuziah, dengan segala fakta itu kebocoran di LAMP akan meninggalkan impak yang cukup menghancurkan alam sekitar serta ekonomi di samping kesihatan penduduk. Tiada industri yang 100% bebas kemalangan dan LAMP tidak terkecuali. “Selama ini Lynas berselindung di sebalik kementerian MOSTI dan MITI dan tidak bersikap bertanggungjawab. Menteri di kedua kementerian sebelum ini hanya menekankan aspek radiasi luaran, mengikut rentak dan telunjuk Lynas. Malah aspek radiasi dalaman juga tidak dapat dijawab oleh Menteri sebelum ini. Saya tegaskan bahawa LAMP tidak wajar berada di Gebeng kerana situasi di Gebeng tidak akan boleh menepati dan mematuhi segala aspek keselamatan mengikut piawaian antarabangsa,” tegasnya. Ulasan: Kita faham untuk menolak projek pembinaan sebesar Lynas di Gebeng adalah sukar. Tetapi wajar diukur dari sudut keselamatan warga setempat kerana kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat.

Empangan Paya Peda pecah, bina semula guna duit rakyat

ISNIN, 31 DISEMBER 2012 00:41 Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu, Azan Ismail mendakwa, tindakan Menteri Besar (MB) Terengganu, Ahmad Said mengarahkan empangan Paya Peda di Besut dipecahkan bertujuan melindungi kontraktor yang merupakan kroni Umno-BN. "Sebenarnya empangan itu pecah dengan sendiri kerana dibina tidak mengikut spesifikasi. "Jadi MB umumkan empangan terpaksa dipecahkan. Bermakna kontraktor tidak perlu mengeluarkan belanja untuk bina semula dengan duit dia. Tapi guna peruntukan kerajaan yang merupakan wang rakyat," katanya kepada Suara Keadilan. Kontrak pembinaan empangan Paya Peda dianugerah kepada Jaks Resources Berhad JV Pembinaan Sujaman Sdn Bhd oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia pada 19 November 2009. Antara ahli Lembaga Pengarah Jaks Resources ialah Law Hieng Ding, bekas Menteri Sains Teknologi dan Alam Sekitar kerajaan Barisan Nasional dari tahun 1990 hingga 2004. Dakwa Azan lagi, antara pemegang kepentingan syarikat kontraktor pembinaan empangan Paya Peda, ialah Razali Merican Naina Merican, adik kepada Ketua Penerangan Pemuda Umno, Reezal Naina Merican. Menurut catatan CIDB, kos pembinaan ialah RM167 juta, namun lapoan media menyebut Ahmad Said mengumumkan semula bahawa kosnya meningkat kepada RM333 juta. Empangan seluas 77 kilometer persegi terletak 1.5 kilometer di Hulu Angga Barrage atau 17 kilometer dari Bandar Jertih. Berikutan tindakan memecah empangan 24 Disember lalu, banjir melanda daerah Besut dengan lebih 2,000 penduduk terpaksa dipindahkan. http://www.suarapakatandaily.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1643:empangan-paya-peda-pecah-bina-semula-guna-duit-rakyat&catid=105:berita-kanan&Itemid=509 Ulasan: Kebiasaannya juruukur bahan akan membuat penilaian terhadap pentender-pentender yang memasuki sesuatu tender berdasarkan keupayaan teknikal serta keupayaan kewangannya. Selalunya masalah berlaku bila ada campurtangan politik yang mengorbankan keupayaan teknikal serta keupayaan kewangan dan pentender yang berjaya diawadkan projek ialah kroni pihak yang berkuasa. Juruukur bahan tidak masalah untuk mengawadkan projek kepada kontraktor kroni sesuatu pihak tetapi yang terbukti hebat dan berupaya dalam melaksanakan sesuatu projek.