Friday, March 6, 2009

Teliti semula bina jambatan Labuan-Sabah - PM

LABUAN 5 Mac - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) meneliti semula cadangan pembinaan jambatan menghubungkan pulau ini dengan Sabah supaya ia diberi keutamaan.
Perdana Menteri berkata, kerajaan memberi perhatian cadangan jambatan yang dianggarkan sepanjang 17 kilometer dengan kos kira-kira RM550 juta itu dan telah tertangguh sejak 1997.
Katanya, pembinaan jambatan itu bukan sahaja penting bagi kemudahan penduduk di sini malah akan merancakkan lagi pembangunan di pulau bebas cukai itu…

Ulasan: Asalkan tender di awad kepada kontraktor yang benar-benar layak melaksanakan kerja. Selalunya tidak banyak masalah pasca kontrak sekiranya Lembaga Tender mengikut laporan tender yang di sediakan oleh juruukur bahan berdaftar. Terima kasih Juruukur Bahan kerana membuat keputusan yang adil.

Punca: http://malaysia-baru.blogspot.com/