Thursday, November 18, 2010

Perubahan Kerja (Variations of Works)

1. Bermaksud perubahan tentang skop kerja yang di lakukan untuk menyesuaikannya dengan keadaan tapak bina ataupun untuk menampung kekurangan dalam rekabentuk atau apa-apa perubahan yang di perlukan oleh pelanggan.

2. Untuk membuat perubahan kepada kerja yang terkandung di dalam kontrak, arahan P.P di keluarkan dan nilai kerja perubahan di perakukan melalui perkakuan perubahan kerja.

3. Selain daripada memperakukan nilai kerja perubahan yang di laksanakan melalui perakuan perubahan kerja, jumlah harga kontrak hendaklah di laraskan. Untuk itu perakuan pelarasan jumlah harga kontrak hendaklah di keluarkan.

4. Untuk memastikan kontraktor di bayar dalam tempoh masa yang di tetapkan di dalam kontrak, maka penilaian perlulah di lakukan secepat mungkin.

5. Akaun muktamad di sediakan secepat mungkin setelah kontraktor menunaikan obligasinya di bawah kontrak termasuk membaiki kecacatan dan tuntutan kerugian atau perbelanjaan tambahan yang kontraktor layak telah di nilai. Bayaran muktamad kepada kontraktor di buat melalui perakuan muktamad.

http://jkrmlk.gov.my/Alor_Gajah/ubahan.htm

Penyerahan Kerja

1. Setelah perakuan siap kerja di keluarkan, kerajaan akan mengambil kerja tersebut dan kontraktor tidak lagi bertanggungjawab sebarang kerugian dan/atau kerosakan yang di sebabkan oleh atau akibat daripada kerja cacat atau kerja yang tidak mematuhi kontrak. Seberapa segera yang mungkin kerja tersebut hendaklah diserahkan kepada jabatan/kementerian pelanggan.

2. Bagi tujuan penyerahan kerja kepada jabatan/kementerian pelanggan, satu pemeriksaan bersama(oleh jabatan, kementerian pelanggan, P.P, kontraktor dan pihak lain yang terlibat hendaklah di atur dan akhir sekali barulah bangunan tersebut di serahkan. Jabatan/kementerian pelanggan akan di nasihatkan mengenai keperluan penyelenggaraan kerja tersebut termasuk penyelenggaraan pemasangan mekanikal dan elektrikal. Semua dokumen berkaitan di perlukan bagi penyelenggaraan kerja oleh jabatan/kementerian pelanggan, “Lukisan seperti dibina”, manual operasi, perjanjian penyelenggaraan, dan sebagainya hendaklah di serahkan.

3. Perakuan serahan kerja seperti di lampiran hendaklah di gunakan bagi menyerahkan kerja kepada jabatan/kementerian pelanggan.

http://jkrmlk.gov.my/Alor_Gajah/ubahan.htm

Lukisan seperti di bina (As Built Drawing)

1. “Lukisan seperti dibina” hendaklah di jaga dan di kemaskini di sepanjang masa kerja berjalan. Lukisan seperti di bina adalah lukisan yang di buat apabila bangunan yang di bina telah siap berdasarkan kedudukannya yang sebenar di tapak bina. Lukisan ini di gunakan untuk mengenalpasti masalah atau kerja–kerja tambahan yang di perlukan pada sesuatu bangunan yang telah siap di bina berdasarkan keadaan sebenar bangunan yang telah di bina. Lukisan ini hendaklah di siapkan seberapa segera setelah kerja-kerja di siapkan.

2. “Lukisan seperti di bina” hendaklah menunjukan kerja sebagaimana di bina, terutamanya penempatan dan laluan paip–paip perkhidmatan dan kabel-kabel yang tertanam. Satu set “lukisan seperti di bina” mestilah di serahkan kepada jabatan/ kementerian pelanggan untuk rekod dan penyelenggaraan kerja tersebut dan satu set lukisan itu juga hendaklah di hantar kepada cawangan pelanggan yang berkenaan di ibu pejabat JKR untuk rekod dan di mana perlu bagi mengemaskini lukisan-lukisan standard.

http://jkrmlk.gov.my/Alor_Gajah/ubahan.htm

Pendudukan separa

1. Sebelum penyiapan praktikal bagi keseluruhan kerja, kerajaan boleh dan dengan persetujuan kontraktor mengambil milik dan menduduki mana–mana bahagian kerja yang telah siap.

2. Perkara-perkara berikut boleh di gunakan sekiranya terdapat mana–mana bahagian kerja yang telah di ambil milik dan di duduki oleh kerajaan sebelum penyiapan keseluruhan kerja.

a. Satu perakuan pendudukan separa, borang JKR 203 W/82 hendaklah di keluarkan dalam masa 7 hari dari tarikh pemilikan dan pendudukan sebahagian kerja tersebut. Perakuan tersebut hendaklah menyatakan nilai anggaran bagi bahagian kerja yang diambil milik dan di duduki.

b. Tempoh liabilti kecacatan bagi bahagian kerja yang di ambil milik dan di duduki hendaklah bermula dari tarikh kerajaan mengambil milik dan menduduki bahagian kerja tersebut.

c. Ganti rugi tertentu dan di tetapkan yang di nyatakan di dalam kontrak akan di kurangkan mengikut kadar jumlah nilai bahagian yang di ambil milik dan di duduki berbanding dengan jumlah harga kontrak.

d. Peruntukan kontrak mengenai insurans dan pelepasan pelaksanaan adalah tidak berubah.

http://jkrmlk.gov.my/Alor_Gajah/ubahan.htm

Kecacatan

1. Kontraktor hendaklah memperbaiki kecacatan, kekecutan dan kerosakan lain yang mungkin kelihatan pada kerja dalam tempoh tanggungan (liability) kecacatan yang di sebabkan oleh bahan atau mutu kerja yang tidak menepati kontrak dengan perbelanjaan sendiri.

2. Prosedur–prosedur yang perlu di ikuti mengenai kecacatan kerja adalah seperti berikut:-

a. Jabatan atau kementerian pelanggan hendaklah di nasihatkan supaya melaporkan dengan kadar segera apa-apa kecacatan yang kelihatan dalam tempoh tanggungan (liability)kecacatan

b. Setelah menerima laporan mengenai sebarang kecacatan dari jabatan atau kementerian pelanggan, kontraktor hendaklah diarahkan memperbaiki kecacatan tersebut. Kontraktor akan di beri tempoh masa yang munasabah untuk berbuat demikian.

c. Pada tarikh tamat tempoh liability kecacatan, satu pemeriksaan bersama keatas kerja (oleh kontraktor, P.P, jabatan kementerian pelanggan dan pihak lain yang terlibat) hendaklah diadakan. Sekiranya hasil daripada pemeriksaan bersama tersebut menunjukkan tiada lagi kecacatan, perakuan siap membaiki kecacatan iaitu borang JKR 203 Y/82 akan di keluarkan. Sekiranya terdapat kecacatan lagi, satu jadual kecacatan yang telah di kenalpasti hendaklah di sediakan dan di serahkan kepada kontraktor dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh tamat tempoh liability kecacatan. Kontraktor hendaklah membaiki kecacatan tersebut dalam tempoh masa yang berpatutan tetapi tidak lewat daripada tiga bulan dari tarikh penerimaan jadual kecacatan tersebut.

d. Sekiranya kontraktor gagal membaiki kecacatan dalam tempoh masa yang di tetapkan, tindakan segera untuk membaiki kecacatan tersebut hendaklah di ambil dengan cara lain. Kos perbelanjaan yang terlibat di dalam membaiki kecacatan tersebut hendaklah di dapatkan kembali daripada kontraktor dengan cara potongan atau tuntutan daripada bon pelaksanaan atau sebagai suatu wang tuntutan tertentu.

3. Salinan asal Perakuan Siap Membaiki Kecacatan hendaklah di keluarkan kepada kontraktor. Salinan–salinanya hendaklah juga di edarkan kepada semua pihak sepertimana yang tersenarai di dalam perakuan tersebut.

4. Pengeluaran Perakuan Siap Membaiki Kecacatan menandakan tamatnya obligasi kontraktor di bawah kontrak. Liabiliti bank atau syarikat insurans yang menjadi penggerenti bon pelaksanaan hendaklah juga di lepaskan.

http://jkrmlk.gov.my/Alor_Gajah/ubahan.htm

P.D.A, A.T.D.A dan A.C.D.A

P.D.A, A.T.D.A dan A.C.D.A adalah amalan ukur bahan JKR.

1. P.D.A (Preliminaries Detailed Abstract)

Merupakan satu penilaian tentang aktiviti–aktiviti yang perlu di lakukan sebelum memulakan sesuatu projek pembinaan. Ia mungkin di bincangkan oleh kontraktor dan pihak ukur bahan beberapa kali sehingga ia di rasakan sempurna. Dokumen ini berwarna merah.

2 A.T.D.A (As Tendered Detailed Abstract)

Satu penilaian yang di lakukan terhadap keseluruhan tender seperti kos, aktiviti kerja dari permulaan sehingga siap. Dokumen ini berwarna kuning. Pengulangan kerja penyemakkan A.T.D.A pada setiap minggu atau bulan di namakan reverse A.T.D.A.

3. A.C.D.A (As Completed Detailed Abstract)

Penilaian yang di lakukan selepas sesuatu projek pembinaan selesai. Ia merangkumi kerja-kerja tambahan yang tidak terdapat di dalam plan. Penilaian yang terlibat termasuklah kos, pengurusan. Overtime, dokumentasi dan sebagainya. Dokumen ini berwarna hijau.

http://jkrmlk.gov.my/Alor_Gajah/ubahan.htm

Bayaran Pendahaluan

Bayaran Pendahaluan (Advance Payment)
Merupakan wang bayaran pendahaluan yang di bayar kepada kontraktor berjumlah 15% daripada nilai kerja pembina (harga kontrak di tolak wang kos prima dan wang peruntukan sementara), tertakluk kepada nilai maksimum sebanyak RM 5 juta.

Subkontraktor dan pembekal tidak layak menerima wang bayaran pendahaluan ini.

Kontraktor berhak di bayar wang pendahaluan apabila permohonan di luluskan dengan syarat dokumen-dokumen berikut telah di kemukakan:-

1. Surat setuju terima tender yang telah di tandatangani
2. Bon pelaksanaan
3. Polisi insuran yang perlu beserta resit-resit premium yang telah di bayar dan
bukti pendaftarannya
dengan PERKESO.
4. Gerenti bank atau insuran untuk pembayaran pendahaluan.

Bayaran pendahaluan di dapatkan balik oleh kerajaan dengan membuat potongan daripada bayaran interim yang dibayar kepada kontraktor berdasarkan perkiraan berikut:-

RM D = 200 RM A x % RM P
RM B
RM D = Jumlah bayaran yang dipotong dari bayaran interim
RM A = Jumlah Advance Payment yang dibayar
RM B = Jumlah nilai kontrak kerja pembina
RM P =Jumlah kasar nilai kerja pembina yang di laksanakan (termasuk pengesahan jumlah bahan di tapak bina) dalam lebihan 25% RM B.

http://jkrmlk.gov.my/Alor_Gajah/ubahan.htm

Pengumpulan Data Kos

Cara–Cara Pengumpulan Data Kos, Penyelarasan Kos Dan Kadar Harga Bahan-Bahan Binaan

Cara–cara pengumpulan data kos yang berkaitan adalah seperti yang di gariskan di bawah ini:-

1. Bangunan Piawai
Bagi bangunan–bangunan piawai termasuk sekolah, pengumpulan data kos hendaklah di buat bagi setiap jenis bangunan pada setiap kali tender di buat. Cara pengumpulan data kos ini boleh di buat mengikut format mengunakan perisian Microsoft Project.

2. Bangunan Bukan Piawai
Bagi mendapatkan harga median bagi tender harga yang di tawarkan oleh petender, pengumpulan kadar harga yang di tawarkan oleh pretender perlu di buat bagi item-item utama bagi setiap projek yang di tender. Lima(5) sampel perlu di sediakan. Bagi projek di mana terdapat lebih daripada satu bangunan , analisis hendaklah di buat ke atas bangunan yang mempunyai nilai terbesar di dalam projek tersebut. Item–item utama adalah di ertikan sebagai item yang biasa dan banyak digunakan dalam senarai kuantiti dan juga item yang mempunyai nilai kos yang tinggi terhadap tender tersebut.

3. Kerja–kerja Luar Bangunan.

Pengumpulan data kos bagi kerja –kerja luar adalah mengikut format seperti bangunan piawai dan hendaklah di kumpulkan bagi setiap tender yang di buat.

4. Kerja–kerja Kejuruteraan Awam.

Pengumpulan data kos bagi kerja –kerja kejuruteraan awam adalah sama seperti bangunan bukan piawai.

Cara Penggunaan Maklumat Data Kos

1. Semua maklumat data kos yang telah dikumpulkan hendaklah di hantar ke unit penyelidikan kos dan pembangunan(UPKP) cawangan kontrak dan ukur bahan ibu pejabat JKR, Kuala Lumpur sebelum tarikh 15 haribulan pada setiap bulan. Pihak UPKP akan menyelaraskan data–data yang di perolehi dan kemudian akan mengedarkan kembali kepada semua unit untuk kegunaan.

2. Harga median yang di perolehi akan di laras dengan bulletin perangkaan untuk mendapatkan harga semasa.}

Harga Bahan-Bahan Binaan

Merupakan satu senarai yang di keluarkan oleh JKR (cawangan kontrak dan ukur bahan) sebagai rujukan harga bahan–bahan binaan yang di perolehi dari kilang sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Di dalam senarai ini di nyatakan nama bahan binaan beserta dimensinya, unit, nombor siri, jenis dan harga mengikut unitnya. Selain sebagai rujukan, melalui senarai ini juga pihak kontraktor dan pihak ukur bahan dapat membuat angaran kos sesuatu aktiviti di dalam projek pembinaan tersebut.

http://jkrmlk.gov.my/Alor_Gajah/ubahan.htm

Kontraktor Tidak Menyiapkan Kerja

Sekiranya penyiapan kerja telah terlambat dan sebab- sebab kelambatan tidak melayakkan kontraktor mendapat lanjutan masa, kerugian atau ganti rugi yang dialami oleh kerajaan akibat kelambatan kerja tersebut akan di tanggung oleh kontraktor. Kerajaan akan mendapatkan semula ganti rugi tersebut daripada kontraktor dengan mengeluarkan satu surat perakuan kerja tidak siap.

Sekiranya penyiapan kerja telah terlambat dan sebab–sebab kelambatannya melayakkan kontraktor mendapat lanjutan masa, maka satu pertimbangan akan di buat untuk menimbangkan tempoh lanjutan masa yang akan di berikan. Kemudian satu surat perakuan kelambatan dan lanjutan masa akan diberikan. Sekiranya kontraktor masih lagi tidak dapat menyiapkan kerja–kerja tersebut, maka kontraktor itu akan di tamatkan tendernya dan kontraktor lain akan di berikan tender tersebut untuk meneruskan kerja–kerja tersebut sehingga siap.

Penamatan pengambilan kerja kontraktor

Penamatan di lakukan apabila terbukti kontraktor tidak mungkin dapat menyiapakan kerja atau kontraktor merperlihatkan niat untuk enggan menyiapkan kerja atau tidak berupaya menyiapkan kerja tersebut.

Setelah pengambilan kerja kontraktor di tamatkan, kerja-kerja pembinaan hendaklah di serahkan kepada kontraktor lain dan proses penyediaan dokumen –dokumen tender, pelawaan,penerimaan, pembukaan, penilaian dokumen-dokumen kontrak yang lain akan di ulangi. Antara sebab –sebab yang membolehkan penamatan pengambilan kerja kontraktor dilakukan ialah:-

1. Kontraktor melakukan kemungkinan di dalam memenuhi obiligasi seperti:-

i. Mengantungkan perjalanan keseluruhan atau mana-mana bahagian kerja tanpa
sebab yang munasabah.
ii. Gagal meneruskan kerja dengan mengikut aturan
iii. Gagal meneruskan kerja mengikut kontrak dan berulangkali cuai menunaikan
obligasinya.

2. Kontraktor tidak berupaya untuk meneruskan dan menyiapkan kerja seperti:-

i. Kontraktor mengalami kebankrapan.
ii. Menghadapi perintah penggulungan.

Pengesyoran bagi penamatan pengambilan kerja kontraktor mestilah di kemukakan kepada pihak-pihak berkuasa yang berkenaan dengan menberi butir-butir mengenai kontrak dan maklumat lain yang di perlukan.

Pegawai-pegawai yang di beri kuasa untuk menamatkan pengambilan kerja kontraktor adalah seperti,:-

1. Ketua Pengarah JKR Malaysia
2. Timbalan Ketua Pengarah
3. Pengarah JKR setiap Negeri
4. Jurutera Daerah
5. Jurutera Bahagian.

Prosedur-Prosedur Berikutan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor

1. Satu tuntutan mestih di buat terhadap bank atau syarikat insuran yang mengeluarkan bon pelaksanaan dan gerenti insuran wang pendahaluan.

2. Ketua Pengarah Kerja Raya mestilah di maklumkan mengenai tarikh penamatan pengambilan kerja kontraktor, bil tender, sebut harga, dan sebagainya.

3. Kontraktor mestilah di arahkan memberhentikan semua operasinya di tapak bina, meninggalkan semua bangunan sementara, loji perkakas, kelengkapan serta bahan dan item yang tidak dipasang agi. Tapak bina mestilah di kawal 24 jam dan orang yang tidak berkenaan tidak dibenarkan memasukinya.

4. Satu inventori semua bangunan sementara, loji, perkakas, kelengkapan, serta bahan dan item yang tidak di pasang di tapak bina dan rekod kerja yang telah siap mesti di sediakan.

5. Kontraktor mestilah di arahkan untuk mengeluarkan semua bangunan sementara, loji, perkakas, kelengkapan serta bahan dan item yang tidak di pasang lagi yang tidak di perlukan bagi penyiapan baki kerja.

6. Kerja-kerja yang telah disiapkan dan semua bangunan sementara, loji, perkakas, kelengkapan serta bahan dan item yang di tinggalkan di tapak bina mestilah di lindungi daripada kerosakan akibat cuaca.

7. Dokumen-dokumen tender mestilah di sediakan dan tender atau sebutharga di pelawa untuk menyiapkan baki kerja tersebut. Walaubagaimanapun, tender untuk menyiapkan baki kerja lazimnya dipelawa dikalangan kontraktor yang terpilih.

8. Subkontraktor di namakan dan pembekal di namakan mungkin akan di lantik semula kepada kontraktor baru dengan syarat mereka bersetuju meneruskan kerja subkontraktor atau membekal bahan –bahan atau barang-barang dengan jumlah harga subkontrak atau harga yang sama seolah-olah pengambilan kerja kontraktor tidak di tamatkan.

9. Sebaik sahaja kontraktor baru di lantik, satu penilaian terhadap kos kerugian atau kerosakan kepada kerajaan mestilah di buat dan satu tuntutan akan di buat terhadap kontraktor. Tuntutan ini mestilah dibuat terhadap kontraktor tidak lewat dari sembilan bulan dari tarikh penamatan pengambilan kerjanya.

http://jkrmlk.gov.my/Alor_Gajah/ubahan.htm

Bon Pelaksanaan, Insuran Kerja, Insuran Liability Awam, Insuran “Semua Risiko Kontraktor (CAR)”, dan Perkeso

1. Bon Pelaksanaan
Bon pelaksanan merupakan satu bentuk kewangan yang perlu di sediakan oleh kontraktor sebagai jaminan kepada kontrak. Jumlah nilai bon pelaksanaan ialah 5% dari harga kontrak. Ia boleh di sediakan dalam bentuk tunai, deposit perbendaharaan, draf bank,gerenti insuran atau bank yang diluluskan. Hanya gerenti yang di luluskan oleh bank atau syarikat insurans yang di luluskan oleh kerajaan sahaja diterima. Untuk menentukan gerenti bank atau insuran yang dikemukakan oleh kontraktor itu sah, pengesahan mesti di buat dengan bank atau syarikat insurans dengan menggunakan borang standard seperti di lampiran.

2. Insuran Kerja
kontraktor adalah dikehendaki menginsuranskan kerja terhadap kerugian dan kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran , petir, letupan, rebut, taufan, banjir, tanah runtuh, tangki air pecah atau melimpah, radas atau paip, kapal udara dan alat –alat udara lain atau artikel yang gugur dari kapal udara, rusuhan dan kekacauan awam. Insuran tersebut hendaklah di laksanakan dengan pihak syarikat insurans yang diluluskan atas nama bersama kerajaan dan kontraktor. Jumlah yang perlu di insurankan ialah jumlah harga kontrak sepenuhnya dan di tambah sebrang amaun yang dinyatakan dalam lampiran kepada syarat-syarat kontrak atau di tempat lain di dalam dokumen kontrak. Insuran tersebut hendaklah meliputi keseluruhan tempoh siap kerja.

3.Insuran Liability Awam
Kontraktor di kehendaki menginsurankan liability yang berbangkit di sisi “ Comon law” terhadap kecederaan diri, kematian seseorang atau kecedaraan dan kerosakan harta benda yang berbangkit dari atas dalam masa pelaksanaan kerja. Insuran ini hendaklah dilaksanakan atau di senggarakan atas nama bersama kerajaan dan kontraktor. Insuran tersebut hendaklah meliputi keseluruhan tempoh siap kerja termasuk tempoh liabiliti kecacatan dan di tambah tiga bulan empat belas hari. Walaupun had liability yang hendak di insurankan susah hendak di anggarkan, panduan mengenai had liabiliti yang di insurankan berdasarkan nilai kontrak untuk kerja dengan faktor risiko biasa adalah seperti berikut:-
HARGA KONTRAK HADLIABILITI SETIAP KEMALANGAN UNTUK BILANGAN KEMALANGAN YANG TIDAK TERBATAS
Tidak melebihi RM 25,000 RM 10.000
RM 25,001 RM 50,000 RM 25,000
RM 50,001 RM 150,000 RM 50,000
RM 50,001 RM 250,000 RM 75,000
RM 250,001 RM 500,000 RM 100,000
RM 500,000 RM 1 Juta RM 150,000
Melebihi RM 1 Juta RM 200,000

Untuk kerja dengan risiko luar biasa seperti kerja kepada bangunan yang bersambung atau kerja terowong dan seumpanya, had liabiliti yang di nyatakan di atas hendaklah di naikkan kepada amaun yang lebih munasabah.

4.Insurans “Semua Risiko Kontraktor(CAR)”.

Insurans “Semua Risiko Kontraktor (CAR)” boleh diterima sebagai ganti kepada insuran liability awam dan insuran kerja dengan syarat ianya menepati kehendak –kehendak yang sama.

PERKESO

Kontraktor hendaklah mendaftar dengan PERKESO dan membayar caruman kepadanya dan /atau menginsurankan terhadap liabilitinya untuk membayar pampasan di bawah ordinan pampasan kerja,1952. Selain daripada mengemukakan bukti pendaftarannya sebagai majikan dengan PERKESO (dengan menegemukakan nombor pendaftaran beliau), kontraktor juga mesti mendapat insuran pampasan pekerja. Insuran tersebut hendaklah meliputi keseluruhan tempoh siap kerja termasuk liabiliti kecacatan di tambah 3 bulan dan 14 hari. Jumlah amaun yang hendak di insurankan ialah jumlah gaji pekerja yang tidak layak di lindungi di bawah skim PERKESO.

http://jkrmlk.gov.my/Alor_Gajah/ubahan.htm

DOKUMEN TENDER / KONTRAK

Penyediaan Dokumen Tender

i. Semua kontrak hendaklah berdasarkan senarai kuantiti ( kecuali ketua
pengarah kerja raya memutuskannya)

ii. Ia mempunyai kebaikan-kebaikan yang tersendiri seperti berikut:-

a. Senarai kuantiti membolehkan petender-petender meletakkan harga
berdasarkan kuantiti kerja yang sama yang hendak di laksanakan.

b. Penggunaan sumber industri binaan dan Negara adalah lebih
optimum. Kos membuat tender akan turun dan dalam jangka
panjang harga tender juga akan menjadi lebih rendah.

Contoh Dokumen

Tender / Kontrak

Keperluan Asas Dokumen Tender.

Dokumen tender mestilah memenuhi keperluan asa seperti berikut:-

i. Peruntukan-peruntukan dalam dokumen tender mestilah menjadi asas bagi satu
kontrak yang boleh di laksanakan, kontraktor itu tidak boleh di kehendaki
melaksanakan sesuatu yang mustahil.

ii. Peruntukan di dalam dokumen tender mestilah mengambarkan perolehan mengikut
tatacara yang diluluskan oleh kerajaan dan mestilah merangkumi dasar–dasar
kerajaan yang terbaru.

iii. Kerja yang di tentukan mestilah memenuhi kehendak –kehendak daripada segi
standard rekabentuk dan pembinaan.


Penyedian Dokumen tender dan dokumen meja tender.

Dokumen Tender.

Dokumen tender yang di keluarkan kepada petender hendaklah mengandungi perkara-perkara seperti berikut:-

a. Kontrak berdasarkan senarai kuantiti
i . surat pelawaan menender kepada pretender
ii. senarai semakan mengemukakan tender
iii. borang tender JKR 203B-Pin 2/2002
iv. borang maklumat mengenai pendaftaran pretender sebagai kontraktor kerajaan dan
organisasi kontraktor. Butir –butir kerja kontrak yang telah di siapkan dan
yang sedang dilaksanakan.
v. Spesifikasi
vi. Senarai kuantiti
vii Lukisan-lukisan

b. Kontrak berdasarkan lukisan dan spesifikasi

i. surat pelawaan
ii senarai semakan mengemukakan tender
iii. borang tender JKR 203C- Pin 2/2002
iv. borang maklumat mengenai pendaftaran pretender sebagai kontraktor kerajaan dan
organisasi kontraktor. Butir –butir kerja kontrak yang telah di siapkan dan
yang sedang dilaksanakan
v spesifikasi
vi. ringkasan tender
vii. jadual kadar harga
viii. lukisan-lukisan

Dokumen Meja Tender.

Dokumen meja tender mengandungi dokumen tender dan dokumen lain mengikut susunan iaitu:-

a. Kontrak berdasarkan senarai kuantiti

i. surat pelawaan menender kepada petender
ii. senarai semakan mengemukakan tender
iii. perkara-perkara perjanjian dan syarat-syarat serta lampiran-lampiran berkembar
(JKR 203A – sem 10/83)
iv. borang tender JKR 203B – Pin 2/2002
v borang maklumat mengenai pendaftaran petender
vi. surat setuju terima JKR 203D – sem 4/2002
vii borang gerenti bank dan insuran untuk bon pelaksanaan
viii. borang gerenti bank dan insuran untuk pendahaluan
ix. spesifikasi
x senarai kuantiti
xi. lukisan –lukisan

b. Kontrak berdasarkan lukisan dan spesifikasi

i surat pelawaan menender kepada petender
ii. senarai semakan mengemukakan tender
iii. perkara –perkara perjanjian dan syarat-syarat kontrak, serta lampiran berkembar
(JKR 203A – sem 10/83)
iv. borang tender JKR 203C – Pin 2/2002
v borang maklumat mengenai pendaftaran petender
vi. borang maklumat mengenai pendaftaran petender
vii borang gerenti bank dan insuran untuk bon pelaksanaan
viii. borang gerenti bank dan insuran untuk pendahaluan
ix. spesifikasi
x ringkasan tender
xi. jadual kadar harga
xii. lukisan –lukisan

Kelayakan kontraktor–kontraktor Untuk Mentender

i. kontraktor mestilah mendaftar dengan pusat khidmat kontraktor
ii kontraktor mendaftar di bawah kelas yang berbeza mengikut keupayaan mereka
iii. kontraktor –kontraktor kejuruteraan mekanikal yang berdaftar dalam kelas yang
lebih tinggi dari kelas terbawah di benarkan mentender. Walaubagaimanapun kerja-
kerja yang kurang dari RM 50,000.00, sebut harga akan di pelawa di kalangan
kontraktor bumiputera sahaja. Sebut harga di buka kepada kerja-kerja yang
melibatkan kos RM 200,000.00 kebawah, manakala tender untuk kos RM 200,000.00
keatas.

Pengelasan kontraktor–kontraktor untuk kerja-kerja binaan dan civil.

Pengelasan kontraktor telah di kelaskan mengikut had kewangan dan dinyatakan seperti berikut.

Kelas Had Kewangan

A RM 10,000,000 keatas
B RM 5,000,001 RM 10,000,000
C RM 2,000,001 RM 5,000,000
D RM 500,001 RM 2,000,000
E RM 200,001 RM 500,000
F RM 200,000 ke bawah

Pengeluaran dokumen tender.

1. Dokumen tender di keluarkan oleh ibu pejabat JKR oleh Bahagian Kontrak,
Penyelengaraan dan Bumiputera, Kementerian Kerja Raya, dan peringkat negeri oleh
Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan dan pejabat negeri.

2. Sebelum pengeluaran dokumen tender, pegawai yang mengeluarkan hendaklah:-

i. Memastikan wakil kontraktor menunjukan bukti bahawa mereka di beri kuasa untuk menerima dokumen tender.
ii. Tender di hadkan kepada kontraktor bumiputera dan memastikan kontraktor mengemukakan surat perakuan taraf bumiputera.
iii. Perakuan taraf bumiputera hendaklah di semak untuk memastikan tarikh pendaftaran adalah masih sah, belum di batal atau kontraktor tidak digantung dari memasuki tender.
iv. Memastikan bahawa pentender telah menghadiri sesi penerangan.

3. Pegawai hendaklah mencatat nama, alamat, kelas pendaftaran dan taraf kontraktor dan tarikh yang ditentukan untuk penerimaan tender ke atas borang tender,dan menandatanganinya

4. Bayaran – bayaran yang diterima untuk dokumen tender hendaklah di masukkan kepada hasil, manakala wang cagaran lukisan di masukkan kepada akaun simpanan untuk dipulangkan kepada petender-petender nanti.

Setuju Terima Tender

1. Setelah kelulusan di terima daripada lembaga tender/jawatan kuasa khas dan kelulusan daripada perbendaharaan , pengeluaran surat setujuterima di keluarkan melalui borang JKR 203D – pindaan 4/2002. tender adalah terhad kepada kontraktor bumiputera, borang JKR 203D – pindaan 4/2002 hendaklah di sertakan dengan satu surat yang mengariskan syarat-syarat setuju terima tender tersebut.

2. Sebelum surat setuju terima di keluarkan, pengesahan hendaklah dibuat dengan jabatan/kementerian pelanggan mengenai peruntukan.

3. Surat setuju terima tender hendaklah ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa. Kuasa bagi menandatangani surat setuju terima adalah sama dengan kuasa untuk menandatangani kontrak bagi pihak kerajaan.

4. Setelah ditandatangani , ia hendaklah di hantar kepada pretender yang berjaya melalui pos berdaftar. Salinan surat ini hendaklah juga di hantar kepada pihak –pihak yang di senaraikan di dalam surat setuju terima tender borang JKR 203D – Pindaan 4/2002 iaitu:-

i. Perkeso
ii. Juruukur bahan yang terlibat
iii. Jabatan hasil dalam negeri

Nombor Kontrak

1. Perkara yang pertama di lakukan bila surat setuju terima tender di keluarkan ialah memohon nombor kontrak

2. Pendaftaran di uruskan oleh dua bahagian iaitu di jabatan kerja raya di ibu pejabat oleh bahagian enyenggaraan kontrak dan bumiputera, dan di peringkat negeri oleh pejabat negeri.

3. Satu system seragam untuk menomborkan kontrak telah di tetapkan seperti berikut:-

i. ibu pejabat JKR/PER/IP/CAWANGAN/NOMBOR SIRI/TAHUN dimana cawangan ialah nama singkatan untuk cawangan di ibu pejabat JKR.
ii. peringkat negeri JKR/PER/NEGERI/NOMBOR/TAHUN di mana NEGERI alah singkatan untuk negeri

4. Permohonan mendapatkan nombor kontrak adalah dengan menggunakan borang “Permohonan
Untuk Mendapatkan Nombor Kontrak”.

Tempoh Sah Sesuatu Tender

Sesuatu tender hendaklah dinilaikan dan pengesyoran di buat kepada lembaga tender atau jawatankuasa khas. Kelulusan di perolehi dan setuju terima dibuat dalam tempoh sah tender (kebiasaannya ialah 60 hari sebagaimana ditetapkan di dalam dokumen tender) Bagi mengelakkan tempoh sah sesutau tender di lanjutkan, tender hendaklah dinilai dan pengesyoran kepada lembaga tender di buat dalam tempoh 30 hari dari tarikh yang ditetapkan dalam penyerahan tender. Sekiranya tempoh sah sesuatu tender terpaksa di lanjutkan atas sebab–sebab yang tak dapat di elakkan , persetujuan pretender yang disyorkan hendaklah di perolehi sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tempoh sah tarikh luput.

http://jkrmlk.gov.my/Alor_Gajah/ubahan.htm

Cara Bayaran Terhadap Tender, Sebut Harga, Dan Lantikan Terus

Cara Bayaran Terhadap Tender, Sebut Harga, Dan Lantikan Terus

1. Tender
Tender merupakan kontrak yang bernilai RM 200,000.00 ke atas. Cara bayaran terhadap tender ialah apabila ia bernilai lebih daripada RM 50,000, maka kontraktor akan di bayar secara berperingkat-peringkat.

2. Sebut Harga.
Merupakan kontrak yang bernilai RM 200,000 ke bawah, ia merupakan projek yang kecil berbanding dengan tender. Cara bayaran sebut harga juga sama dengan cara bayaran tender iaitu untuk projek yang melebihi RM 50,000 maka kontraktor akan di bayar secara berperingkat.

3. Lantikan Terus
Lantikan terus merupakan satu sara yang di gunakan untuk menyiapkan sesuatu kerja pembinaan jika ia berada di dalam situasi kecemasan, contohnya kesuntukan masa dan melibatkan masalah yang perlu di atasi dengan segera. Kontraktor akan terus dilantik untuk membuat dan menyiapkan projek tersebut tanpa mengikut prosedur biasa iaitu melalui pembukaan tender atau sebut harga. Cara bayaran lantikan terus juga masih sama dengan cara bayaran kepada tender dan sebut harga.

Nota: Had kewangan di atas akan sentiasa di review dari semasa ke semasa. Sila dapatkan yang terkini.

Akaun Muktamad

1. Akuan muktamad ialah akaun yang di sediakan untuk menunjukkan pembayaran-pembayaran yang telah di buat termasuk membaiki kecacatan, tuntutan kerugian, atau perbelanjaan tambahan kepada kontraktor.

2. Akaun muktamad mestilah di sediakan secepat mungkin setelah kontraktor menunaikan obligasinya di bawah kontrak.

Peraturan Dan Prosedur:-

a. Akaun muktamad mestilah disediakan dan perakuan muktamad di sediakan dan di keluarkan tidak lewat dari 3 bulan selepas tamat tempoh tanggungan (liability) kecacatan atau 3 bulan selepas di keluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan, mengikut mana yang terkemudian.

b. Nilai kerja muktamad yang dilaksanakan dan bahan-bahan atau barang –barang yang di bekal oleh subkontraktor dan pembekal di namakan dan pemegang serahak, hendaklah di nyatakan secara berasingan dengan menggunakn lampiran A1, A2 dan A3 kepada Perakuan muktamad.

c. Akuan muktamad mestilah mengambil kira perkara-perkara berikut:-

i. Semua pelarasan jumlah harga kontrak untuk perubahan tuntutan kontraktor dan
pelarasan–pelarasan lain.

ii. Bayaran yang telah di bayar kepada kontraktor, subkontraktor dan pembekal di
namakan dan pemegang serah hak
iii. Potongan dari wang yang akan di bayar kepada kontraktor, khususnya kos
membaiki kecacatan di mana kontraktor gagal membaiki kecacatan dan amaun
kesusutan nilai kerja oleh sebab adanya kecacatan tersebut.

Pelarasan (Adjustment)Jumlah Harga Kontrak

Perakuan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak telah di perkenalkan untuk tujuan pelarasan jumlah harga kontrak. Jumlah harga kontrak mestilah di laraskan bagi mengambil kira sebarang tambahan atau kekurangan daripada jumlah harga kontrak.

Perkara-perkara yang menyebabkan jumlah harga kontrak perlu di laraskan adalah seperti berikut:-

a. Perubahan kepada kontrak

b. Tuntutan oleh kontraktor untuk kerugian dan/atau perbelanjaan tambahan.

c. Kos berkaitan dengan ujian kerja atau bahan binaan dan pendedahan kerja untuk
pemeriksaan.

d. Fee dan caj untuk sambungan tetap kepada pembetung awam, bekalan air, dan
elektrik tetap dan sambungan untuk pemindahan pembentungan dan bekalan air dan
elektrik.

e. Pengukuran semula kerja yang di ukur sementara di dalam senarai kuantiti.

f. Pelarasan wang kos prima dan wang peruntukan sementara.

g. Pelarasan bagi turun naik harga bahan-bahan binaan dan sebagainya.

Peraturan dan prosedur yang perlu di patuhi dalam penyedian Perakuan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak adalah seperti berikut:-

a. Satu perakuan pelarasan jumlah harga kontrak mestilah di sediakan dan di
keluarkan apabila jumlah harga kontrak perlu di laraskan. Ia meliputi perubahan
kerja.

b. Semua butir di dalam perakuan mestilah di isi dengan betul

c. Tarikh perakuan adalah tarikh P.P menandatangani perakuan tersebut.

d. Huraian mengenai pelarasan hendaklah jelas dan tepat.nombor rujukan perakuan

perubahan kerja mestilah di nyatakan.

e. Butir-butir pengiraan bagi pelarasan tersebut mestilah di lampirkan kecuali bagi
pelarasan yang disebabkan oleh kerja perubahan.

Perakuan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak mestilah di tandatngani oleh P.P dan salinan asal hendaklah di keluarkan kepada kontraktor. Salinan lain akan di edarkan kepada semua pihak yang tersenarai dalam perakuan termasuk pihak-pihak berikut:-

a. Akauntan kanan perbendaharaan atau badan berkuasa pembayaran lain.

b. Juruukur bahan dan pihak-pihak lain yang terlibat.

http://jkrmlk.gov.my/Alor_Gajah/ubahan.htm

Bayaran Interim

Merupakan bayaran yang di bayar kepada kontraktor dan dibuat mengikut prestasi pembinaan (nilai kerja di laksanakan). Bayaran interim di buat dengan menolak harga asal kontrak.

Contohnya:-

Bayaran Interim No 1.
Harga kontrak = RM 1,915,000.00
Nilai Kerja Dilaksanakan = RM 157,108.61
Bayaran Interim Pertama = RM 157,108.61

Bayaran kepada subkontraktor = RM 141,390.00
Kredit akaun deposit wang jaminan pelaksanaan
(10% dari bayaran di syorkan sehingga 5% harga kontrak) = RM 15,710.00
Jumlah RM 157,100.00

Bayaran Interim No.2
Nilai Kerja di laksanakan = RM 336,523.64
- Kurangkan Bayaran interim = RM 141,390.00
Yang terdahulu No.1
Nilai bersih kerja semasa = RM 195,133.64

Bayaran interim merupakan bayaran kepada nilai kerja yang di laksanakan oleh kontraktor. Nilai kerja ini mestilah termasuk “kerja awalan” atau “ Perkara-perkara Am”. Untuk tujuan penilaian interim, item bagi “kerja awalan” atau “ perkara-perkara am” mestilah di kategorikan sama ada ianya perlu di bayar secara progresif semasa pelaksanaan kerja atau di bayar selepas siap kerja. Jika harga yang di letakkan oleh kontraktor untuk perlindungan insuran di dapati lebih tinggi daripada amaun premium sebenar yang di bayar. Amaun premium sebenar hendaklah di bayar di dalam penilaian yang pertama dan bakinya di bayar secara progresif semasa kerja di laksanakan.

Nilai kerja yang di laksanakan oleh kontraktor mestilah mengambil kira bukan sahaja kerja yang termasuk di dalam kontrak tetapi mestilah juga mengambil kira kerja perubahan yang di laksanakan. Syarat-syarat untuk membolehkan perakuan interim pertama di keluarkan, dan bayaran di buat walaupun dokumen kontrak masih belum di tandatangani.

a. Kontraktor mestilah telah mengembalikan surat setuju terima yang di tandatangani
dan di saksikan.
Menyerahkan bon pelaksanaan dan segala polisi insurans yang wajib.

b. Perakuan interim dan baucher bayaran mestilah disertakan bersama salinan dokumen
berikut yang diakui sah :-

i. Surat setuju terima
ii. Bon pelaksanaan
iii. Polisi insuran yang wajib (Nota liputan tidak di terima)
iv. Kelulusan lembaga tender dan kelulusan perbendaharaan. Jumlah harga
kontrak melebihi 10 juta.

http://jkrmlk.gov.my/Alor_Gajah/ubahan.htm

Thursday, November 4, 2010

Sektor pembinaan dicemari rasuah

KUALA LUMPUR 14 Sept. 2005 - Industri pembinaan negara begitu mudah dibelenggu rasuah yang perlu ditangani dengan kesungguhan politik, menurut beberapa tokoh dalam industri itu pada satu forum di sini.

Sepanjang forum dua hari itu mengenai ``Integriti dalam Sektor Pembinaan'' yang diadakan di Institut Integriti Malaysia (MII) yang berakhir semalam, para penceramah mendedahkan keadaan yang menyedihkan mengenai rasuah dan birokrasi di dalam sektor itu yang telah menjejaskan perniagaan bernilai berbilion ringgit.

``Sogokan berlaku di pelbagai peringkat dalam industri ini dari pemberian lesen, tender, rundingan, kelulusan projek atau daripada menerima hingga siapnya sesuatu projek itu,'' kata Presiden Persatuan Kontraktor Melayu, Datuk Roslan Awang Chik.

``Jika kita berpegang kepada prinsip kita, kita tidak akan mendapat projek itu,'' katanya sambil menjelaskan ini membuatkan sektor pembinaan dilihat korup.

Penceramah lain pada forum berkenaan berkata industri itu begitu dibelenggu rasuah kerana terlalu ramai yang terlibat dalam keseluruhan rantaian kerja.

``Akan sentiasa ada pemberi dan penerima - kontraktor dan pembuat keputusan, kontraktor dan perunding, dan kontraktor dengan pembekal,'' kata Roslan.

Bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Shafee Yahaya yang juga anggota MII berkata kerajaan patut bertindak segera untuk membendung gejala rasuah yang semakin membesar dalam sektor itu.

``Ia berpunca daripada kegagalan dalam sistem penyampaian. Peserta industri merana disebabkan kerenah birokrasi.

``Negeri-negeri, kementerian dan kerajaan patut memberikan keutamaan (menangani masalah ini). Kesungguhan politik adalah yang paling utama diperlukan dalam kebanyakan kes,'' katanya.

Forum berkenaan juga diberitahu bahawa industri itu penuh dengan masalah kelewatan dalam meluluskan projek, projek yang tidak siap, mutu kerja yang rendah, kos berlebihan dan pembayaran lewat kepada kontraktor yang sama ada wujud kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan rasuah.

Para peserta industri turut mengakui bahawa tahap integriti agak rendah.

Transparency International dalam laporan terbarunya menyifatkan rasuah dalam sektor pembinaan sudah mencapai satu tahap yang menyedihkan sambil menekankan bahawa tidak ada tempat di mana rasuah telah begitu berakar umbi berbanding dengan sektor pembinaan.

Para penceramah mempersoalkan bahawa rasuah meningkatkan kos serta merendahkan kualiti pembangunan dan proses pemberian kontrak yang korup akan membuatkan negara membangun dibebani dengan infrastruktur yang rendah standardnya dan hutang yang berlebihan.

``Hasilnya mencerminkan integriti keseluruhan industri,'' kata Prof. Dr. Khairuddin Abdul Rashid dari Universiti Islam Antarabangsa sambil menegaskan sektor itu sudah terlalu lama dicemari dengan amalan yang tidak beretika.

``Keseluruhan rantaian pemerolehan perlu disiasat dan para pembuat keputusan serta peserta industri patut memperbetulkan kelemahan ini. Sebahagian besar risiko (perniagaan) telah ditolak kepada kontraktor, agihan risiko itu perlu diawasi,'' katanya.

Memandangkan amalan tidak beretika ini telah mencemarkan imej sektor itu, kerajaan mencadangkan satu kod etika - yang kemungkinan akan dilaksanakan tahun depan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu yang merasmikan forum itu anjuran bersama MII dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan, berkata ketelusan yang diperbaiki boleh memberikan kesan yang penting terhadap sistem pemerolehan dan tender sektor awam.

``Kami juga menyedari kos tambahan terhadap perniagaan dan ekonomi yang timbul daripada kurangnya ketelusan.

``Dengan mempunyai proses yang cekap dan telus akan mengurangkan ketidaktentuan serta mengehadkan peluang bagi rasuah dan sogokan,'' katanya. – Bernama

Sep 15 2005.
http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t43697.html http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm