Thursday, June 18, 2009

Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Runtuh



KUALA TERENGGANU, 2 Jun (Bernama) -- Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di sini, hampir musnah apabila kira-kira 60 peratus struktur bahagian bumbungnya runtuh pagi ini.

Kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 9.30 pagi itu, melibatkan bahagian hadapan, kiri dan kanan bumbung stadium berkenaan.

Tinjauan Bernama setakat tengah hari ini, mendapati kerja membersih kawasan berkenaan sedang dijalankan dan tiada kemalangan jiwa dilapor.

Bagaimanapun, beberapa motosikal dan sebuah kereta ditimpa serpihan bumbung stadium yang runtuh itu.

Beberapa anggota bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dilihat memasuki bahagian bangunan yang runtuh itu bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said turut meninjau tempat kejadian pagi ini dan beliau dijangka mengadakan sidang akhbar di pejabatnya pada pukul 4 petang ini.

Menurut beberapa saksi, runtuhan dipercayai bermula pada bahagian tengah stadium yang menempatkan bilik tetamu kehormat (VIP) dan tempat duduk utama termasuk pentas diraja.

Asmadi Hashim berkata ketika kejadian, beliau berada di rumahnya yang terletak kira-kira 400 meter dari stadium berkenaan.

"Saya mendengar satu letupan kuat dan menyangka ia adalah enjin kapal terbang kerana Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) terletak berhampiran stadium itu," katanya.

Sementara itu, dua pekerja yang sedang memasang tiang lampu di sekitar stadium berkenaan terkejut selepas mendengar letupan berkenaan.

Mohd Zaidi Ahmad yang bekerja hanya kira-kira 300 meter dari tempat kejadian itu, kemudian bergegas bagi memastikan tiada yang terkorban.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM270 juta dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lepas.

Stadium berkenaan menjadi mercu tanda Terengganu dan gelanggang bagi beberapa acara utama pada Sukan Malaysia (Sukma) 2008 dan perlawanan bola sepak Liga Super.
-- BERNAMA.

Peristiwa runtuhan bumbung stadium

Pada 2 Jun 2009, pukul jam 7.30 pagi waktu Malaysia, bumbung utama stadium ini runtuh mengakibatkan sebuah kereta kancil milik Hanafiah Osman, (27) dan empat buah motosikal milik rakannya tertimbus. Ketika itu dia bersama empat rakannya sedang menjalankan kerja-kerja memasang lampu. Runtuhan itu membabitkan bumbung sepanjang 80 meter daripada keseluruhan 134 meter meliputi kawasan tempat duduk berbumbung termasuk pentas DiRaja.Runtuhan dipercayai bermula pada bahagian tengah stadium yang menempatkan bilik tetamu kehormat (VIP) dan tempat duduk utama termasuk pentas diraja. 17 pekerja di Pusat Boling Si Diman dan dua pengawal keselamatan berjaya menyelamatkan diri.

Kejadian ini berpunca daripada struktur bumbungnya yang tidak stabil. Projek pembinaan stadium tersebut dijalankan di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR). Difahamkan, kerosakan ini telah dikenalpasti lebih awal, tetapi didiamkan oleh JKR. Bumbung utama stadium ini dibina oleh kontraktor asing dari Korea Selatan semasa Menteri Besar Terengganu Idris Jusoh lagi, kemungkinan semasa pembinaannya tiada kontraktor tempatan yang layak dan berkemampuan untuk membinanya. Perkara yang sama juga didedahkan oleh Menteri Besar Trengganu, Datuk Ahmad Said pada 3 Jun 2009. Dalam masa yang sama, masalah ini bertambah rumit apabila Timbalan Pengarah Kerja Raya negeri, Ir. Ghazali Hashim berkata bahawa bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang runtuh semalam tidak mendapat Sijil Siap Kerja yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Stadium_Sultan_Mizan_Zainal_Abidin

Mutakhir: Khabarnya pihak Dato Bandaraya Kuala Terengganu telah pun mengeluarkan Sijil Siap Kerja.

Ulasan: Many disasters have other than natural roots. The interplay of humans and machines sometimes results in accidents. Faulty design and/or engineering, unsafe building practices, and ignorance of safety procedures all cause many unnecessary injuries, deaths and loss of capital invested. This happens through human error, human carelessness and indifference (lax building practices). Selamat menyiasat dengan teliti supaya tangan yang bertanggungjawab akan di hukum.