Friday, October 14, 2011

Kontrak baik pulih Parlimen secara runding terus?

Mahfuz persoal kontrak baik pulih parlimen secara runding terus

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan langkah Kementerian Kerja Raya menganugerahkan secara terus kontrak membaik pulih Parlimen kepada sebuah syarikat tanpa melalui proses tender terbuka.

Syarikat yang dimaksudkan itu adalah TRC Corporation, sebuah syarikat sama yang dianugerahkan kontrak membina istana berharga RM11 juta milik bekas
Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang terletak di Jalan Mahameru.

Menurut Mahfuz, beliau mempersoalkan mengapa tidak ada sebut harga dikeluarkan kepada syarikat berkenaan, yang juga dikatakan kontraktor yang pembinaan pengkalan kapal selam di Sabah yang bernilai RM400 juta

“Surat setuju (dari Kementerian) dikeluarkan tanpa penelitian kos.

“Kita tidak mahu pembaikpulihan (bangunan parlimen) dibuat tanpa penelitian kos,” terang Mahfuz kepada KeadilanDaily.com di lobi Parlimen.

November tahun lepas, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor mengumumkan bangunan Parlimen yang sudah berusia hampir lima dekad akan melalui pengubahsuaian struktural secara menyeluruh bagi menyelesaikan masalah kerosakan yang sering berlaku sebelum ini.

Oleh itu, dewan persidangan Parlimen dipindahkan buat sementara waktu ke dewan serbaguna berdekatan Parlimen.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10051

Ulasan: Padahal JKR sudah berpengalaman dan sudah ada panduan mengenai penggunaan kontrak terbuka dan secara terus. Kalau tak berhati wang rakyat akan dicuri melalui kontraktor kroni melalui pelaksanaan projek awam. Sila lihat kes seumpama ini dalam Laporan Audit Negara. Apa khabar PSRM? Masihkah bertenaga melawan rasuah dan penyelewangan dalam negara kita?

No comments: