Wednesday, October 12, 2011

Design Guarantee Bond

Merujuk kepada Klausa 22.2 Borang JKR 203 / 2007 ada menyatakan untuk setiap projek yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mengkehendaki supaya pihak kontraktor menyediakan Design Guarantee Bond yang bernilai 5% daripada nilai kontrak yang mempunyai 'design'.

Bon Jaminan Rekabentuk (Design Guarantee Bond) boleh disediakan oleh pihak bank atau syarikat insuran. Bon Jaminan Rekabentuk ini perlu disediakan sebaik sahaja Sijil Perakuan Siap Kerja atau Certificate Of Practical Completion (CPC) dikeluarkan. Tempoh bon ini perlu sah sehingga tempoh 5 tahun dari tarikh CPC dikeluarkan.

Sekiranya, pihak kontraktor gagal menyediakan Bon Jaminan Rekabentuk ini, pihak kerajaan berhak menuntut melalui Bon Pelaksanaan yang telah disediakan ketika awal projek bermula.

http://borak-qs.blogspot.com/2011/09/design-guarantee-bond.html

No comments: