Tuesday, January 1, 2013

Radioaktif Lynas: Akhirnya Kerajaan BN Akui Berbahaya

Radioaktif Lynas: Akhirnya Kerajaan BN Akui Berbahaya JUMAAT, 02 DISEMBER 2011 02:59 Setelah berbulan-bulan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berdolak-dalih mempertahankan projek Lynas yang menghasilkan radioaktif merbahaya di Gebeng, Pahang, akhirnya kementerian itu mengajui projek tersebut tidak begitu selamat kepada alam sekitar. Demikian ditegaskan oleh ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang menyambut baik kenyataan Setiausaha MITI Datuk Rebecca Sta Maria yang menyatakan bahawa Lynas mesti mematuhi peraturan sebelum lesen pra-operasi boleh dikeluarkan ke atas LAMP sewaktu beliau melawat kilang itu di Gebeng 30 November lalu. “Menteri MOSTI sudah pun mengaku di Dewan Rakyat, sewaktu sessi penggulungan peringkat jawatankuasa bajet bahawa sisa WLP berkadar radioaktiviti 6Bq/g (laporan IAEA ms 13) dari kilang LAMP diklasifikasikan sebagai sisa buangan radioaktif. “Ini bertentangan dengan kenyataan mereka sebelum ini yang bertegas mengelirukan rakyat mengatakan bahawa sisa dari LAMP adalah selamat, boleh ditabur di merata-rata tempat di samping merupakan sisa industri yang hanya mengandungi NORM (Normal occuring radioactive material) “Pengakuan Menteri Kementerian Sains dan Inovasi (MOSTI) jelas menunjukkan bagaimana pihak kerajaan selama ini hanya menjadi jurucakap Lynas dan menggunakan maklumat dari Lynas semata-mata. Malah Fact Sheet mengenai Lynas keluaran MITI juga merupakan input dari Lynas,” katanya dalam satu kenyataan media. Fuziah juga merujuk kepada laporan National Toxic Network Australia mengenai bahaya kebocoran radioaktif yang didedahkan oleh kerajaan negara itu yang dikatakan menyamai kadar radioaktif di Lynas sekiranya kilang itu beroperasi kelak. “Selepas terbitnya laporan National Toxic Network Australia berkenaan berlakunya kebocoran sisa radioaktif di Concentration Plant Lynas di Mt Weld, Australia baru-baru ini, saya ingin menegaskan bahawa kedudukan LAMP di Gebeng nanti dijangka akan membawa bahaya yang jauh lebih tinggi (hingga mengakibatkan malapetaka),” katanya. Tambah Fuziah, radioaktif yang dikeluarkan Lynas memang jauh lebih besar daripada kadar dibenarkan antarabangsa yang sesuai bagi manusia tinggal berhampiran dengannya. Oleh itu tidak sepatutnya kilang Lynas didirikan berdekatan dengan penempatan penduduk. Kadarnya seperti berikut: 1) Radioaktiviti sisa Lynas concentration plant di Mt Weld ialah dikadar 1.8 Bq|g sedangkan radioaktiviti sisa WLP solid di LAMP ialah pada kadar 6 Bq|g. Kadar maksimum yang diterima antarabangsa ialah 1Bq|g di mana Malaysia juga menerima pakai standard antarabangsa ini. 2) Di dalam jarak 30 kilometer radius di Lynas concentration plant di Mt Weld, tiada wujud penduduk sedangkan dalam 30km radius di Gebeng ada terdapat 700,000 penduduk. 3) Dalam jarak 25 km radius di Lynas Concentration Plant di Mt Weld, tiada terdapat air bawah tanah sedangkan di Gebeng, kedudukan LAMP ialah di atas tanah gambut yang paras airnya lebih tinggi dari kadar paras air biasa dan sungai Balok berkedudukan di sebelah Gebeng. LAMP juga terletak dalam 5km dari laut China Selatan, bersebelahan pusat peranginan Cherating yang menjadi tumpuan destinasi pelancongan. Di samping itu laut China Selatan juga merupakan sumber hasil ekonomi tempatan di mana industri perikanan juga merupakan sumber ekonomi utama. Kata Fuziah, dengan segala fakta itu kebocoran di LAMP akan meninggalkan impak yang cukup menghancurkan alam sekitar serta ekonomi di samping kesihatan penduduk. Tiada industri yang 100% bebas kemalangan dan LAMP tidak terkecuali. “Selama ini Lynas berselindung di sebalik kementerian MOSTI dan MITI dan tidak bersikap bertanggungjawab. Menteri di kedua kementerian sebelum ini hanya menekankan aspek radiasi luaran, mengikut rentak dan telunjuk Lynas. Malah aspek radiasi dalaman juga tidak dapat dijawab oleh Menteri sebelum ini. Saya tegaskan bahawa LAMP tidak wajar berada di Gebeng kerana situasi di Gebeng tidak akan boleh menepati dan mematuhi segala aspek keselamatan mengikut piawaian antarabangsa,” tegasnya. Ulasan: Kita faham untuk menolak projek pembinaan sebesar Lynas di Gebeng adalah sukar. Tetapi wajar diukur dari sudut keselamatan warga setempat kerana kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat.

Empangan Paya Peda pecah, bina semula guna duit rakyat

ISNIN, 31 DISEMBER 2012 00:41 Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu, Azan Ismail mendakwa, tindakan Menteri Besar (MB) Terengganu, Ahmad Said mengarahkan empangan Paya Peda di Besut dipecahkan bertujuan melindungi kontraktor yang merupakan kroni Umno-BN. "Sebenarnya empangan itu pecah dengan sendiri kerana dibina tidak mengikut spesifikasi. "Jadi MB umumkan empangan terpaksa dipecahkan. Bermakna kontraktor tidak perlu mengeluarkan belanja untuk bina semula dengan duit dia. Tapi guna peruntukan kerajaan yang merupakan wang rakyat," katanya kepada Suara Keadilan. Kontrak pembinaan empangan Paya Peda dianugerah kepada Jaks Resources Berhad JV Pembinaan Sujaman Sdn Bhd oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia pada 19 November 2009. Antara ahli Lembaga Pengarah Jaks Resources ialah Law Hieng Ding, bekas Menteri Sains Teknologi dan Alam Sekitar kerajaan Barisan Nasional dari tahun 1990 hingga 2004. Dakwa Azan lagi, antara pemegang kepentingan syarikat kontraktor pembinaan empangan Paya Peda, ialah Razali Merican Naina Merican, adik kepada Ketua Penerangan Pemuda Umno, Reezal Naina Merican. Menurut catatan CIDB, kos pembinaan ialah RM167 juta, namun lapoan media menyebut Ahmad Said mengumumkan semula bahawa kosnya meningkat kepada RM333 juta. Empangan seluas 77 kilometer persegi terletak 1.5 kilometer di Hulu Angga Barrage atau 17 kilometer dari Bandar Jertih. Berikutan tindakan memecah empangan 24 Disember lalu, banjir melanda daerah Besut dengan lebih 2,000 penduduk terpaksa dipindahkan. http://www.suarapakatandaily.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1643:empangan-paya-peda-pecah-bina-semula-guna-duit-rakyat&catid=105:berita-kanan&Itemid=509 Ulasan: Kebiasaannya juruukur bahan akan membuat penilaian terhadap pentender-pentender yang memasuki sesuatu tender berdasarkan keupayaan teknikal serta keupayaan kewangannya. Selalunya masalah berlaku bila ada campurtangan politik yang mengorbankan keupayaan teknikal serta keupayaan kewangan dan pentender yang berjaya diawadkan projek ialah kroni pihak yang berkuasa. Juruukur bahan tidak masalah untuk mengawadkan projek kepada kontraktor kroni sesuatu pihak tetapi yang terbukti hebat dan berupaya dalam melaksanakan sesuatu projek.

Monday, December 17, 2012

Malaysia is world CHAMPION in corruption

ANI Washington, December 13, 2012 Despite Malaysia's high-profile anti-corruption crusade, half of the corporate executives surveyed by a global corruption watchdog believe that competitors have obtained business in the country through bribery. Transparency International said Malaysia scored worst in the 2012 Bribe Payers Survey. It asked nearly 3,000 executives from 30 countries whether they had lost a contract in the past year because competitors paid a bribe, and in Malaysia, 50% of them said 'yes'. Second on the dubious honor roll was Mexico, which was at 48%. According to the Wall Street Journal, Japan was ranked as the world's least-corrupt place to do business, with just 2% of respondents saying they had lost out due to bribery. Malaysia's neighbour Singapore was second-cleanest, which was at 9%. Even Indonesia, with a long-standing reputation for corruption, fared better than more-developed Malaysia. By comparison, 27% of respondents in China said they thought bribes had cost them business, the report said. "It shows the attitude of private companies in Malaysia, indicating that bribery in the public sector could be systemic and in a sense institutionalized," Paul Low, president of the Malaysian chapter of Transparency International, said. http://www.hindustantimes.com/world-news/Americas/Malaysia-is-world-champion-in-corruption/Article1-972080.aspx#.UMkUPrLSiqY Ulasan: Akhirnya kerajaan BN yang memerintah sejak mereka berjaya meletakkan negara kita menjadi JUARA RASUAH@KORUP DUNIA. Kalaulah SPRM masih berwibawa tentu Malaysia tidak dapat menjadi JUARA RASUAH@KORUP DUNIA.

Monday, November 5, 2012

KLIA2: Lagi kepincangan dalam kontrak

Jumaat, 20 Jul 2012 06:48 PETALING JAYA: PKR hari ini mendedahkan wujud penyelewengan berlaku dalam pemberian kontrak bagi kerja-kerja kawalan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) kepada sebuah syarikat yang telah gagal sewaktu proses pembidaan. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (gambar) pada sidang media di Ibu Pejabat PKR memberitahu jika sebelum ini dikejutkan isu masalah sistem radar yang dibangunkan Selex Sistem Integrati (SELEX) dan Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd (AAT) di Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) di Subang, kini PKR difahamkan salah satu syarikat tersebut telah mendapat projek di KLIA2 walaupun ia pembida yang kalah. "Kita mendapat mahlumat bahawa AAT merupakan salah satu dari tiga syarikat yang telah memasukkan bidaan untuk membangunkan sistem kawalan udara di KLIA2. "Bagi projek KLIA2, syarikat AECOM dilantik menjadi konsultan kepada Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan telah memulakan pengumpulan maklumat, data dan laporan sejak Februari 2010 untuk memberikan pendapat komprehensif; terutamanya di dalam tiga aspek iaitu sistem kawalan udara, prosedur dan peralatan," jelasnya. Katanya lagi, AECOM juga mendapati ada keraguan dalam keberkesanan sistem kawalan udara SELEX dan mengesyorkan peningkatan sistem kawalan udara supaya ia dinaiktaraf dan kekal relevan supaya dapat menangani kapasiti penerbangan dengan lebih baik dan berkesan apabila KLIA2 dibuka nanti. "Meskipun laporan penilaian teknikal AECOM bertarikh 9 Disember 2011 telah mengiktiraf kebolehan syarikat AMP Corporation (M) Sdn Bhd (AMCOP) untuk melaksanakan projek tersebut dengan baik dan telah menyarankan AMPCOP dipilih. "Namun akhirnya projek ini telah diberikan kepada AAT iaitu sebuah syarikat yang mengikut laporan penilaian teknikal tersebut, tidak memenuhi spesifikasi teknikal yang diperlukan untuk projek ini," sambungnya. Walaupun nilai bidaan AAT adalah lebih rendah daripada AMCOP, kelulusan hanya boleh diberikan sekiranya AAT menepati kesemua keperluan teknikal yang disenaraikan. Tambahnya lagi, mesyuarat Jawatankuasa Khas Perolehan MAHB juga dengan jelas memberikan penilaian dan rekomendasi seperti berikut pada 15 Mac 2012. "Pemilihan AAT mengejutkan kerana sebelum ini AAT juga terjerumus di dalam kontroversi yang mengancam keberkesanan keselamatan sistem kawalan udara di Malaysia serta para penumpang pengangkutan udara menerusi makluman dalaman tentang senarai kecacatan dan kestabilan penyenggaraan sistem radar MIP-2 di Lapangan Terbang Subang. "Insiden-insiden kecacatan di dalam sistem MIP-2 juga diakui oleh Jabatan Penerbangan Awam, dan emel dalaman pegawai DCA dan ATC yang menggambarkan sistem radar kelolaan SELEX tidak berfungsi secara memuaskan," sambung Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lagi. Nurul Izzah menegaskan bahawa senarai kecacatan di dalam sistem MIP-2 adalah mirip masalah teknikal yang dihadapi oleh sistem LEFCO keluaran SELEX yang dibatalkan di Cyprus. "Kalau Parlimen Cyprus berani membatalkan projek, saya desak Kementerian Pengangkutan menjemput ICAO untuk mengadakan audit ke atas sistem MIP-2 dan sekaligus melenyapkan tanda tanya terhadap keberkesanan sistem radar di Malaysia. "MAHB dan MOT wajib menjawab dan menjustifikasikan penganugerahan projek sistem kawalan udara KLIA2 kepada AAT kerana kita tidak mahu keselamatan orang awam diperjudikan dengan pemilihan semberono," tegasnya lagi. Sebelum ini, KLIA2 sebelum ini pernah menghadapi kontroversi antaranya, pemilihan tapak dengan permukaan tanah yang lembut dan tidak sesuai untuk membangunkan lapangan terbang namun maklumat yang tidak diketengahkan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) kepada rakyat. Selain itu, kenaikan kos dari RM1.7 bilion kepada RM 3.6 bilion dan penundaan tarikh siap pembinaan dari September 2011 ke April 2013; menambahkan lagi kontroversi, dan tentunya penggunaan wang rakyat apabila nilai projek KLIA2 melambung tinggi nanti. http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11814-klia2-lagi-kepincangan-dalam-kontrak Ulasan: Sikap negara kita yang hendak menjadi sebuah negara yang maju masih lagi jauh dengan yang diamalkan di negara maju. Nampaknya penilaian tender oleh perunding hanyalah mainan. Menghabiskan duit dan masa rakyat.

10 Things to Consider When Choosing a Contractor for Your Construction Project

Andy Hinds Contributor As your family grows, it's almost impossible that you will be able to avoid either moving to a larger house or expanding your current house. In any case, unless you have the good fortune to find--and the means to buy--the house of your dreams, ready-made for the needs of your family, you'll have to make some modifications. And you will probably need help. When we found out that my wife was having twins, we immediately got to work figuring out how to make our tiny bungalow accommodate four people and a huge dog. This eventually entailed doubling its size. One of the tasks I had as the owner-builder was to hire contractors to take care of several aspects of the construction. But I wasn't going into this blindly. I have had a lot of experience in construction, and would in fact be doing most of the work myself. If you were to look at my resume, next to the phrases "stay-at-home dad," "adjunct professor," and "blogging hack," you might also notice the words "licensed contractor." I have now been a carpenter for more than half my life. I've worked on everything from high-rises to straw-bale houses, and have held contractor's licenses in both Virginia and California. Before my kids were born, I had a pretty sweet deal wherein I would teach a few college writing classes while simultaneously working on remodeling projects. I still have a California license, and squeeze in small projects when I can. During my two and a half decades in the trades, I have worked with incredibly talented, honest, intelligent, and efficient craftsmen. I have also worked with total dirtbags. I've witnessed amazing examples of ingenuity and endurance; and I've seen dangerously shoddy work done by unconscionable shysters. In fact, I've done quite a bit of remediation on homes that have been mutilated by said shysters. And in my conversations with homeowners who have been taken in by these charlatans, I've noticed many recurring themes. Based on these conversations, as well as my own experience in hiring contractors, I've compiled a list of things to consider before hiring someone to work on your home. But before I get to the list, a word about how to find contractors to interview in the first place. (And before that, a word about my sexist use of pronouns. I realize that there are female contractors out there, but the vast majority are men, and for the sake of readability, I will be referring to the hypothetical contractor exclusively as "him." Deal with it.) First off, you probably know people who have had work done on their houses; and if you're lucky, they had a good experience and will be happy to recommend their contractor to you. If not, you'll have to do a little legwork. If you're thinking about doing a major addition or remodel, you should consider going with an established local company with a long history and excellent reputation. If they're worth their salt, you will have seen their signs up in front of houses in your neighborhood and read ads in your local alternative weekly featuring such phrases as "voted #1 by readers," and "25 years of experience in [name of your town]." If you're looking for someone to do specific tasks such as plumbing, wiring, or concrete, however, I would recommend Craigslist. I know, I know, Craigslist is a clearinghouse for thieves and perverts; but it's also where smart, frugal entrepreneurs who don't want to waste money on advertising offer their services. And it's pretty easy to weed out the idiots based on the text in the ads. Even if a guy is a great plumber but a terrible writer, if he has any business sense at all, he'll find someone to write a decent ad for him. Of course there are other internet directories out there, but I found almost all of the contractors I used on my house through Craigslist, and was completely satisfied with every one of them. So what do you ask him once he comes over to give you an estimate? (And you should never, ever have to pay for an estimate.) Does he have a contractor's license? His having a contactor's license tells you three things: a) this guy has his stuff together enough to study for and pass a comprehensive standardized test; b) he has verified experience in his field; and, c) you have some recourse (i.e. filing a complaint to the contractor's board) if he screws you over. Demanding a contractor have a license is another way for you to weed out the riff-raff: there's really no reason for a reputable freelance tradesman to not have one. Does he have any skeletons in his closet?You know how to use the Google, right? If this guy has done something egregious, chances are pretty good that someone will have broadcast it somewhere on the interwebs. At the very least, check the contractor's board website. They should have a record of the status of his license (whether it has expired or been revoked), and any complaints filed against him. Does he have a local address? Unless you want to track this guy down all over hell and half of Georgia, you should try to find someone who lives near you. The further away he is, the more likely it is that he'll have trouble getting over to your house when you need the caulk on the crown molding touched up. Does he have local references? If he can't provide you with at least a dozen local references, something is amiss. And don't be satisfied just to see the list. Call a random sample of his clients and see what they thought. This might be the single most important thing you can do to avoid being disappointed or ripped off. Is he internet friendly? He doesn't have to be an HTML expert or have a soaring Klout score; but it's really convenient to do business with someone who is at least comfortable with email. Being able to send photos, plans, and documents back and forth instantaneously makes the job move along more quickly. How much experience does he have in the type of work you want done? Even if someone has a general contractor's license, and is therefore credentialed to do almost any type of construction, you need to know how many decks he has built, how much drywall he has hung, how many roofs he has shingled. My license says I can do all the plumbing in your house. Trust me, you do NOT want that. Will he be doing the work himself? Some contractors will come over to give you an estimate, seem knowledgeable and personable, and then send Igor the knuckle-dragging manservant over in their stead once the job starts. Get a commitment that the guy you talk to will be doing most of the work. Does he put everything in writing? There is no reason that a contractor shouldn't give you a written estimate, and then, once you agree on terms, a written contract. Check with your local or state building department for laws about what kinds of forms the contractor is obligated to give you before works starts. California, for example, requires contractors to give clients a "3-Day Right to Cancel" form that allows them time to back out if they have misgivings. Will he build to code? The only way to be sure of this is to have him get the appropriate permits, after which city or county inspectors will have to approve each phase of the work. Permits can be a hassle, and an extra expense, but they're worth it not just for your peace of mind; but also for your resale value. In most parts of the country, if you have unpermitted work on your house when you sell it, your agent will be restricted in how she can list the property, and ultimately the unpermitted work will be disclosed to the buyer, which will be a significant bargaining chip for them. Not to mention, if you are caught by the authorities doing work without permits, you will be fined at the very least, and likely made to tear down the work that has been done. What does your gut tell you? Your gut doesn't always detect a shyster. Some of them are just too slick and charismatic. But if you get a bad vibe from a potential contractor, you shouldn't ignore it. You are going to have to communicate with this person a lot, and possibly spend quite a bit of time around them. Don't hire a jerk. So, did I forget anything? If you have any questions, comments, or edifying contractor horror stories, please don't be shy: put 'em in the comments! http://parentables.howstuffworks.com/nesting/10-things-consider-when-choosing-contractor-your-construction-project.html

Friday, August 3, 2012

LRT-Ampang: George Kent bohong, kata Rafizi

Jumaat, 03 Ogos 2012 06:04 Saya memandang berat kenyataan En Cheong Thiam Fook, Pengarah Eksekutif George Kent yang mendakwa konsortium tersebut lulus penilaian teknikal dan kewangan dalam bidaannya. Kenyataan itu terang-terang membelakangkan laporan penilaian rasmi yang digunapakai oleh kerajaan dalam menentukan kontraktor bagi kerja-kerja tambahan sistem LRT Laluan Ampang. Malah, En Cheong Thiam Fook dan George Kent telah berbohong apabila beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan berikut: 1. Bahawa Konsortium George Kent – Lion Pacific telah LULUS penilaian kewangan 2. Bahawa Konsortium George Kent – Lion Pacific telah MEMATUHI semua syarat-syarat kontrak 3. Bahawa Konsortium George Kent – Lion Pacific telah LULUS semua syarat teknikal Pembohongan ini dibuat dengan tujuan untuk mengabui mata rakyat Malaysia. Konsortium George Kent dan rakan-rakan karib mereka dalam pentadbiran Umno/Barisan Nasional percaya dengan propaganda media yang berterusan, mereka dapat meyakinkan rakyat bahawa tidak ada unsur rasuah dan penyelewengan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam memastikan konsortium itu mendapat kontrak. Saya sertakan fakta-fakta dan susur galur yang membuktikan bahawa Konsortium George Kent telah berbohong: Dalam satu surat bertarikh 20 Januari 2012, Dato’ Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana telah mengemukakan ringkasan penilaian keseluruhan bidaan (penilaian teknikal, penilaian kewangan dan pematuhan kepada syarat-syarat kontrak) kepada Kementerian Kewangan bersama-sama cadangan lantikan untuk diluluskan Kementerian Kewangan; Bidaan oleh George Kent dibuat melalui Konsortium George Kent-Lion Pacific yang turut melibatkan syarikat-syarikat Wijet dan Thales dari luar negara. Bidaan ini dilabelkan sebagai bidaan 3 dari 8 pembida (3/8); Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan (salinannya disertakan bersama) dengan secara jelas menunjukkan bahawa Konsortium George Kent hanya mendapat markah 8.7 daripada 30 markah keseluruhan bagi penilaian kewangan. Oleh itu, Kumpulan Prasarana telah memutuskan bahawa George Kent GAGAL dalam penilaian kewangan; Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan juga menyatakan bahawa George Kent TIDAK MEMATUHI syarat-syarat kontrak. Malah, ia membuat permohonan agar beberapa syarat seperti “bayaran ganti rugi kerosakan akibat gangguan” (atau Agreed Disruption Damages) disemak kembali; Pada markah teknikal 38.62 dari 70 markah keseluruhan, George Kent berada di tempat ketiga tercorot dalam penilaian teknikal. Malah, di dalam laporan penuhnya, Perunding Halcrow dengan secara jelas menyatakan bahawa ia tidak yakin Konsortium George Kent boleh melaksanakan projek itu. Kesemua fakta ini adalah fakta yang sah dan diangkat ke peringkat tertinggi Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan yang dipengerusikan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri. Saya telah disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan dokumen yang sah ini. Oleh itu, pembohongan yang dibuat oleh George Kent bahawa ia telah lulus semua penilaian dan mematuhi syarata-syarat menghina semua proses dan prosedur yang digunapakai di dalam sistem perolehan negara. Ia juga membayangkan bahawa proses dan prosedur ini tidaklah berfungsi dan berkesan sehingga ia langsung tidak dihormati oleh pembida. Lebih merunsingkan, ia membayangkan ‘lesen besar’ yang dipunyai oleh George Kent untuk membuat kenyataan yang sewenang-wenangnya membelakangkan keputusan Kumpulan Prasarana. Ini menimbulkan persoalan dimanakah kemampuan Prasarana kelak untuk memantau dan memastikan George Kent akan mematuhi semua syarat dan jadual kerja seperti yang dipersetujui, apabila belum pun kerja-kerja bermula George Kent dengan bongkaknya membohongi keputusan bidaan yang diangkat oleh Prasarana. Saya yakin kebongkakan George Kent ini berpunca dari sokongan padu Dato’ Seri Najib kepada syarikat itu. George Kent tahu mereka kini sudah kebal dari undang-undang kerana dilindungi sepenuhnya oleh Perdana Menteri, sebab itulah mereka tidak segan silu berbohong walaupun ada fakta dan bukti yang sahih. http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12194-lrt-ampang-george-kent-bohong-kata-rafizi Ulasan: Demikianlah perangai BN/UMNO melindungi kroni mereka.

Tuesday, July 10, 2012

Kronisme BN: Projek kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang

Pada 21 Jun 2012, Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) telah mengadakan mesyuarat kelima bagi tahun 2012 (Bil 5/2012). JPMK adalah jawatankuasa tertinggi yang menentukan anugerah tender projek-projek besar kerajaan. Keanggotaannya adalah seperti berikut: 1. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Ser Najib Tun Razak selaku Pengerusi, 2. Menteri Kewangan II, Dato’ Seri Husni Hanadzlah, 3. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abd Aziz Wan Abdullah, dan 4. Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Nozirah Bahari Mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk melantik George Kent sebagai kontraktor bagi kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang pada harga RM1,180,037,624. Keputusan ini kemudiannya dimaklumkan kepada Dato’ Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana bagi tindakan beliau yang selanjutnya dalam satu surat bertarikh 25 Jun 2012 yang disertakan bersama. Pendedahan keputusan JPMK ini mengesahkan dakwaan KEADILAN sebelum ini bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak telah campur tangan di dalam proses penilaian dan penganugerahan tender kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang. Lebih mengejutkan, keputusan JPMK yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri itu membatalkan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa yang sama pada 25 Januari 2012 yang melantik kontraktor lain yang lebih layak. Saya mendesak Dato’ Seri Najib Tun Razak berterus terang dengan menjawab 3 soalan berikut, rentetan kenyataan tunggal beliau setakat ini kononnya proses anugerah tender ini mengikut prosedur yang betul: 1. Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan sebuah syarikat yang telah jelas gagal di dalam penilaian teknikal diberikan tender bertentangan dengan keputusan jawatankuasa teknikal? 2. Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan Perdana Menteri menganugerahkan projek pada harga yang lebih tinggi (harga George Kent adalah RM1.18 bilion berbanding harga Balfour Beatty pada RM1.01 bilion, iaitu lebih mahal sebanyak RM167 juta) kepada pembida yang gagal penilaian teknikal dan kewangan? dan 3. Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan Perdana Menteri campur tangan sedemikian rupa di dalam anugerah tender besar seperti ini? Segala keputusan anugerah tender setakat ini membayangkan berlaku pergolakan dan menimbulkan lebih banyak persoalan. Apakah pertimbangan sebenar Dato’ Seri Najib yang sanggup membahayakan nyawa ratusan ribu orang ramai dengan melantik sebuah syarikat milik rakan karibnya yang hanya berpengalaman mengilang meter air untuk membina sistem LRT negara? Kenapa harga yang dianugerahkan kepada syarikat milik rakan karib beliau ini lebih mahal sebanyak RM167 juta sedangkan ada pembida yang dinilai layak kepakarannya pada harga yang lebih rendah? Apakah jumlah RM167 juta ini juga boleh dikaitkan dengan apa-apa pembayaran berbentuk komisen kepada mana-mana ahli politik Umno/BN, seperti mana wujudnya pembayaran komisen kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Najib semasa pembelian kapal selam Scorpene dahulu? Soalan-soalan ini akan terus berlegar dan akan memburukkan lagi imej Dato’ Seri Najib selagi ia tidak dijawab dengan jitu dan ikhlas oleh beliau. Pun begitu, saya percaya Dato’ Seri Najib akan terus membisu kerana itulah tindakan beliau setakat ini bila berdepan dengan skandal di dalam pentadbiran beliau. Oleh yang demikian, saya percaya tanggungjawab yang sama perlu digalaskan di bahu Dato’ Shahril Mokhtar sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana untuk mengesahkan bahawa George Kent telah dilantik sebagai kontrak bagi kerja-kerja pembinaan tambahan LRT Laluan Ampang, seperti mana yang diarahkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak. MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN 10 JULAI 2012 P/S : Memandangkan dokumen ini dokumen sulit sila lihat di http://rafiziramli.com/2012/07/jawatankuasa-perolehan-menteri-kewangan-telah-menganugerahkan-tender-kepada-george-kent/ Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=392627550786813&set=a.310968618952707.67527.310631758986393&type=1