Tuesday, July 10, 2012

Kronisme BN: Projek kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang

Pada 21 Jun 2012, Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) telah mengadakan mesyuarat kelima bagi tahun 2012 (Bil 5/2012). JPMK adalah jawatankuasa tertinggi yang menentukan anugerah tender projek-projek besar kerajaan. Keanggotaannya adalah seperti berikut: 1. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Ser Najib Tun Razak selaku Pengerusi, 2. Menteri Kewangan II, Dato’ Seri Husni Hanadzlah, 3. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abd Aziz Wan Abdullah, dan 4. Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Nozirah Bahari Mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk melantik George Kent sebagai kontraktor bagi kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang pada harga RM1,180,037,624. Keputusan ini kemudiannya dimaklumkan kepada Dato’ Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana bagi tindakan beliau yang selanjutnya dalam satu surat bertarikh 25 Jun 2012 yang disertakan bersama. Pendedahan keputusan JPMK ini mengesahkan dakwaan KEADILAN sebelum ini bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak telah campur tangan di dalam proses penilaian dan penganugerahan tender kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang. Lebih mengejutkan, keputusan JPMK yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri itu membatalkan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa yang sama pada 25 Januari 2012 yang melantik kontraktor lain yang lebih layak. Saya mendesak Dato’ Seri Najib Tun Razak berterus terang dengan menjawab 3 soalan berikut, rentetan kenyataan tunggal beliau setakat ini kononnya proses anugerah tender ini mengikut prosedur yang betul: 1. Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan sebuah syarikat yang telah jelas gagal di dalam penilaian teknikal diberikan tender bertentangan dengan keputusan jawatankuasa teknikal? 2. Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan Perdana Menteri menganugerahkan projek pada harga yang lebih tinggi (harga George Kent adalah RM1.18 bilion berbanding harga Balfour Beatty pada RM1.01 bilion, iaitu lebih mahal sebanyak RM167 juta) kepada pembida yang gagal penilaian teknikal dan kewangan? dan 3. Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan Perdana Menteri campur tangan sedemikian rupa di dalam anugerah tender besar seperti ini? Segala keputusan anugerah tender setakat ini membayangkan berlaku pergolakan dan menimbulkan lebih banyak persoalan. Apakah pertimbangan sebenar Dato’ Seri Najib yang sanggup membahayakan nyawa ratusan ribu orang ramai dengan melantik sebuah syarikat milik rakan karibnya yang hanya berpengalaman mengilang meter air untuk membina sistem LRT negara? Kenapa harga yang dianugerahkan kepada syarikat milik rakan karib beliau ini lebih mahal sebanyak RM167 juta sedangkan ada pembida yang dinilai layak kepakarannya pada harga yang lebih rendah? Apakah jumlah RM167 juta ini juga boleh dikaitkan dengan apa-apa pembayaran berbentuk komisen kepada mana-mana ahli politik Umno/BN, seperti mana wujudnya pembayaran komisen kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Najib semasa pembelian kapal selam Scorpene dahulu? Soalan-soalan ini akan terus berlegar dan akan memburukkan lagi imej Dato’ Seri Najib selagi ia tidak dijawab dengan jitu dan ikhlas oleh beliau. Pun begitu, saya percaya Dato’ Seri Najib akan terus membisu kerana itulah tindakan beliau setakat ini bila berdepan dengan skandal di dalam pentadbiran beliau. Oleh yang demikian, saya percaya tanggungjawab yang sama perlu digalaskan di bahu Dato’ Shahril Mokhtar sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana untuk mengesahkan bahawa George Kent telah dilantik sebagai kontrak bagi kerja-kerja pembinaan tambahan LRT Laluan Ampang, seperti mana yang diarahkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak. MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN 10 JULAI 2012 P/S : Memandangkan dokumen ini dokumen sulit sila lihat di http://rafiziramli.com/2012/07/jawatankuasa-perolehan-menteri-kewangan-telah-menganugerahkan-tender-kepada-george-kent/ Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=392627550786813&set=a.310968618952707.67527.310631758986393&type=1

Monday, July 9, 2012

George Kent yang GAGAL penilaian dapat projek LRT Ampang?

Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ] Penilaian bidaan untuk kerja-kerja tambahan LRT Ampang dibuat oleh sebuah syarikat perunding kejuruteraan bernama HSS Integrated Sdn Bhd. Syarikat ini adalah syarikat bersekutu yang menggunapakai kepakaran Halcrow, salah sebuah perunding kejuruteraan terkemuka di dunia. Keseluruhan penilaian teknikal projek LRT Ampang bernilai lebih RM1 bilion ini dibuat oleh Halcrow. Keputusan penilaian telah dimaklumkan kepada Syarikat Prasarana Negara Berhad dalam sebuah laporan bertarikh September 2011 yang disertakan bersama.
Berdasarkan keputusan penilaian yang dibuat oleh Halcrow, Dato’ Shahril Mokhtar (Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana) telah menulis surat kepada Kementerian Kewangan bertarikh 12 Disember 2011 untuk memaklumkan hasil penilaian bidaan kepada Jawatankuasa Peroleh Menteri Kewangan (JPMK) yang dipengerusikan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri. Mukasurat 7 dan 8 dari surat itu yang menyenaraikan keputusan penilaian bidaan ada disertakan bersama. Ia secara jelas menunjukkan bahawa bukan sahaja George Kent (pembida 3) gagal dari aspek kewangan (dikira tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk mengendalikan projek ini), konsortium itu juga adalah antara pembida yang mendapat penilaian teknikal yang terendah pada mata 38.62 sahaja (diragui kemampuan teknikal dan tidak berpengalaman mengendalikan projek seperti ini). Saya ingin memetik beberapa perkara penting hasil dari keputusan penilaian bidaan yang wajib diberikan perhatian serius oleh rakyat Malaysia, seperti yang termaktub di dalam laporan penilaian: 1. Mukasurat 14 – pembida George Kent dirumuskan tidak memahami kehendak teknikal projek (terutamanya dari segi koordinasi dan integrasi dengan sistem sedia ada), apatah lagi berkemampuan mengendalikan projek seperti ini; 2. Mukasurat 17 – pembida George Kent dirumuskan tidak mampu meyakinkan perunding bahawa mereka mempunyai kepakaran menjalankan projek ini secara sistematik dan disokong oleh sistem audit projek yang memuaskan; 3. Mukasurat 24 – pembida George Kent didapati tidak pernah mengendalikan projek besar, apatah lagi berpengalaman di dalam projek sebesar ini. Berbanding dengan pembida lain yang hampir kesemuanya pernah menyiapkan projek bernilai lebih RM1 bilion, projek terbesar pernah dikendalikan George Kent hanyalah bernilai RM40 juta, sedangkan pakej kerja-kerja tambahan LRT Ampang ini dianggarkan bernilai lebih RM1 bilion; 4. Mukasurat 24 – pembida George Kent didapati tidak pernah terlibat di dalam projek melibatkan rel atau LRT; 5. Mukasurat 64 – pembida George Kent dirumuskan berada di tempat ketiga tercorot dari segi kemahiran dan pengalaman teknikal. Markah yang diperolehinya adalah lebih rendah dari purata markah keseluruhan pembida-pembida; dan 6. Mukasurat 72 – Halcrow merumuskan bahawa Panel Penilai Teknikal tidak yakin George Kent boleh mengendalikan projek itu dengan jayanya. Berdasarkan dokumen-dokumen ini, terbuktilah bahawa George Kent tidak mempunyai apa-apa kemahiran, kepakaran atau pengalaman yang melayakkannya dianugerahkan tender ini, kecualilah hubungan baik di antara George Kent dan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Lebih mengecewakan, keputusan Dato’ Seri Najib Tun Razak campur tangan dengan membatalkan keputusan jawatankuasa penilai memberi gambaran seolah-olah beliau tidak menghiraukan bahaya dan risiko keselamatan awam apabila projek sistem LRT diserahkan kepada syarikat yang langsung tidak tahu mengenai LRT. Jika niat Dato’ Seri Najib Tun Razak ini diteruskan, bermakna ratusan ribu rakyat yang menaiki LRT Ampang saban hari kini berada di dalam keadaan bahaya. Saya menyeru supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak menjelaskan apakah pertimbangan beliau yang mendorong beliau membahayakan keselamatan rakyat dengan menganugerahkan kerja-kerja ini kepada George Kent yang ternyata tidak layak. MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KeADILan Sumber: fb Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ]

Wednesday, June 27, 2012

PKR Dakwa PM Campur Tangan Tender Projek LRT

6 Syaaban 1433H. SHAH ALAM 26 JUN : PKR mendakwa wujud campurtangan oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam pemberian tender kerja projek tambahan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang. Projek ini dianugerahkan kepada konsortium yang diterajui oleh George Kent Berhad. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, perkara berkenaan mengesahkan persepsi masyarakat bahawa berlaku campur tangan dan penyelewengan yang serius melibatkan anugerah projek-projek awam di bawah pentadbiran beliau(Najib) yang sering melaungkan janji untuk berlaku telus dan adil. Rafizi merujuk kepada satu laporan yang disiarkan oleh Business Times bertarikh 22 Jun lalu yang menyebut sumber-sumber yang rapat dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengesahkan sebuah konsortium yang diketuai oleh George Kent akan dianugerahkan kontrak bernilai RM960 juta. “PKR mendapat maklumat yang rapat dengan kerajaan bahawa Najib sendiri campur tangan di dalam hal ini untuk memastikan kontrak tersebut dianugerahkan kepada George Kent. “Sedangkan beliau pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka,” kata Rafizi dalam kenyataan media. Rafizi mendedahkan bahawa George Kent bukanlah konsortium yang terpilih bagi projek tersebut setelah melalui proses tender terbuka yang dijalankan oleh Prasarana. Hal ini disahkan oleh surat bertarikh 12 Disember 2011 daripada Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Shahril Mokhtar, kepada Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa Konsortium PDA dipilih sebagai kontraktor terbaik bagi projek tersebut. Shahril Mokhtar menulis kepada Najib sendiri untuk mendapatkan kelulusan mengeluarkan ‘Surat Tuju Terima’ kepada Konsortium PDA. “Perkembangan terbaru seperti yang dilaporkan oleh Business Times mengesahkan bahawa Najib bertindak menukar keputusan Prasarana dan menolak proses tender terbuka dalam projek mega yang melibat berbilion wang rakyat,” katanya. Tegas Rafizi, PKR akan melakukan pendedahan setiap dua hari mengenai skandal yang bakal menguji komitmen Najib Razak kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan. “Pendedahan-pendedahan ini adalah juga balasan dari saya kerana tindakan jijik Umno di bawah kepimpinan beliau memutar belitkan keputusan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor untuk menumpukan perhatian merancang strategi pilihanraya PKR. “Saya betul-betul menasihati Najib supaya menangani skandal ini dengan baik demi menjaga imej pentadbiran beliau,” ujarnya. http://idhamlim.blogspot.com/2012/06/pkr-dakwa-pm-campur-tangan-tender.html Ulasan: Beranikah SPRM menyiasat? Mutakhir: Siapa yang SPRM siasat? Apakah hal ini berlaku negara yang lama MAJU?

Monday, June 11, 2012

3 tahun skandal runtuhnya Stadium Sultan Mizan

Dr.Syed Azman Syed Ahmad, 11 Jun 2012 Hujung minggu lepas menyaksikan ribuan rakyat Terengganu yang kebanyakannya terdiri dari kalangan anak-anak muda telah berhimpun di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu bagi memperingati peristiwa '3 tahun runtuhnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin' yang berlaku pada 2 Jun 2009. Peristiwa malang yang kini menjadi mercu tanda bagi keangkuhan dan kebebalan kepimpinan UMNO Terengganu ini telah mengakibatkan rakyat Terengganu terpaksa menanggung kerugian ratusan juta ringgit. Untuk ingatan kita, stadium ini telah siap dibina pada tahun 2008 menjelang berlangsungnya sukan SUKMA yang diadakan di negeri Terengganu. Projek mega ’kebangaan’ kerajaan kepimpinan Umno/BN ini pada mulanya di jangka siap pada tahun 2007 dengan kos asal projek berjumlah RM191 juta. Namun akibat daripada berlakunya kelewatan siapnya projek ini lebih dari setahun, kosnya telah melambung naik kepada lebih RM 292 juta. Projek Mega ini telah di serahkan perlaksanaannya kepada 3 ’kontraktor kroni’ utama yang rapat dengan kepimpinan Umno Terengganu iaitu Bina Struktur, Emarcon dan Genggam Mercu Sdn. Bhd. Manakala pembekal utama bumbung stadium berbentuk ’Space Frame’ ini adalah syarikat SOWON PTE. LTD. yang didatangkan khas dari Korea Selatan. Namun pada 2 Jun 2009 suatu trajedi yang amat memalukan seluruh rakyat Terengganu telah berlaku. Pada jam 9.40 pagi, sebahagian daripada bumbung utama stadium kebangaan ini telah runtuh. Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku dalam insiden ini tetapi terdapat beberapa kenderaan yang rosak teruk akibat dari keruntuhan ini. Semasa kejadian, projek ini masih lagi dalam ’Tempuh Tanggungan Kecacatan’ dan pihak kontraktor sedang melaksanakan kerja-kerja membaiki kecacatan. Pada 15 Jun 2009, satu Jawatankuasa Khas Penyiasatan telah ditubuhkan oleh Kementerian Kerjaraya (JKR) untuk meenyiasat punca berlakunya keruntuhan bumbung stadium ini. Hasil dari penyiasatan yang telah dijalankan ini telah di taklimatkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di bawah Parlimen Malaysia. Antara faktor yang telah dikenalpasti olh pihak JKR semasa taklimat kepada PAC adalah 4 punca utama iaitu; Rekabentuk yang tidak memadai; Bumbung tidak dibina dengan sempurna menyebabkan berlaku salah jajaran kepada geometri; Kawalan kualiti tidak dilaksanakan di tapak dan Bahan dan kualiti hasilkerja (workmanship) tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditentukan. Mutu pembuatan komponen keluli didapati tidak baik dan tidak memenuhi spesifikasi yang ditentukan. Skandal runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan ini adalah amat mendukacitakan serta memalukan seluruh rakyat Terengganu. Walaupun kerajaan negeri telah berbelanja ratusan juta, kini telah lebih 3 tahun stadium ini tidak dapat digunakan langsung. Manakala kerja-kerja baikpulih tidak berjalan lancar seperti yang di jangkakan. Lebih malang lagi apabila baru-baru ini telah berlaku kecurian barang-barang seperti peralatan sukan, kabel dan generator yang di anggarkan lebih dari RM50 juta. Uniknya sepanjang stadium ini tidak dapat digunakan ia telah dijaga di bawah sebuah syarikat keselamatan yang di bayar lebih dari RM1 juta setahun oleh kerajaan Terenganu bagi menguruskan penjagaan stadium tersebut. Namun telah berlaku kecurian barangan stadium yang amat-amat memalukan seluruh rakyat Terengganu. Ramai kalangan rakyat Terengganu juga sehingga kini masih tertanya-tanya siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap keruntuhan yang memalukan ini? Dan pihak manakah yang akan menanggung kos baikpulih ini? Dan berapakah pula kos sebenar baikpulik stadium ini yang bernilai hampir RM300 juta ini? Dan bilakah baikpulih stadium ini akan disiapkan? Kini persoalan besar yang timbul, apakah keseluruhan struktur stadium ini selamat untuk digunakan oleh rakyat Terengganu? Skandal besar yang memalukan ini sehingga kini telah mendapat reaksi ’sambil lewa’ dari kepimpinan Dato Sri Ahmad Said sebagai Menteri Besar. Beliau tidak boleh menutup ’sebelah mata’ dengan menyalahkan ’kontraktor kroni’ kepimpinan yang lalu dibawah Dato Sri Idris Jusuh semata-mata. Skandal besar ini telah meletakkan maruah rakyat Terengganu amat tercabar. Seluruh rakyat Terengganu bukan sahaja menanggung bebanan 'malu' tetapi juga terpaksa menanggung kerugian berjuta-juta sedangkan di waktu yang sama 'kontraktor kroni' berpoya-poya mengaut laba keuntungan yang besar. Namun inilah realiti yang berlaku di negeri 'penyu bertelur' ini. Negeri yang kaya raya ini terus berhadapan dengan pelbagai skandal, salah-urus dan masalah kepimpinan yang amat lemah. Kebanyakan rakyat bawahannya pula terus disogok dengan pemikiran 'subsidi' dan 'wang ehsan' dan terpaksa menanggung bebanan yang melibatkan pembaziran dan kerugian ratusan juta ringgit. Ya...penyu terpaksa menangis lagi di negeri Ganu kite ini. ------------------------------- Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS yang juga Adun Batu Burok, Terengganu. Email: syedazmans@yahoo.co.uk http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10884-3-tahun-skandal-runtuhnya-stadium-sultan-mizan

Monday, January 9, 2012

Quantity surveying

Arup provides cost management and quantity surveying (QS) services on a vast range of construction projects, including buildings, civil engineering, industrial, infrastructure and major highways projects.

The firm's QS specialists are an integral part of the design and project management team on projects of all sizes and levels of complexity.

What sets Arup apart is that its cost managers and quantity surveyors are fully integrated into the engineering environment to provide an effective means of achieving the client's objectives. They contribute to projects with in-depth knowledge of built environment design and the concerns of designers and clients. They share the firm's commitment to sustainable development, project performance and life-cycle analysis.

Design decisions and cost control
The capital cost of a construction project is largely determined by decisions made by the client with their design team. The best outcomes are possible when each decision on the scope or quality of the project is made in the full knowledge of its impact on cost and the value that it provides to the client’s business.
Arup's teams know that effective cost management comes from total integration into the design process. As full members of the project team, they use proven procedures and systems designed to give full access to current information on the budget and forecast cost to completion, thereby helping to shape the evolving design to match the client’s aspirations.

Cost control and value management
Cost planning and value management include the evaluation of alternative design against the client’s value criteria for function, quality and durability. The evaluation techniques enable the design team to optimise the design to fit within the client's budget.

Cost control is achieved through formal change control procedures and regular cost reporting. This is designed to give up to-date cost information to the client and the designers and to provide a full audit trail of changes against an approved budget.

Procurement, tendering and contract administration
Arup's project and cost management team includes experienced quantity surveyors based around the world. Their services range from project conception to design development and include advice on procurement and tendering methodologies, management of the procurement process from tenderer selection through tender evaluation to contract award, and post-contract administration, leading to the agreement of the final account, including the resolution of potential contractual disputes.

Knowledge sharing through the firm's internal networks allows resources and experience to be drawn from many locations around the firm to support and supplement core teams.

http://www.arup.com/Services/Quantity_surveying.aspx

QS and Value Engineering

Our surveyors – qualified as both chartered quantity surveyors and as cost engineers – are equally experienced in building and civil engineering contracts and the separate methods of measurement and technology attached to each.

Our client list includes a wide range of companies and authorities from both the private and public sectors, for whom we have undertaken work varying greatly in scale and type, for example:

Building and civil engineering developments
Industrial and warehouse schemes
Microelectronic, pharmaceutical and chemical facilities
Education buildings
Airports and hotels
Office developments and fitouts

Our core services – which we can provide either as part of a multi-disciplinary in-house team or as an independent service - include:

Feasibility cost estimates
Detailed cost plans and estimates
Comparative costings
Bills of Quantities
Tender advice and management
Tender evaluation and reports
Post contract cost control
Value engineering



When it comes to value engineering, we seek to help our clients achieve specified functions at minimum cost without detriment to quality, reliability, delivery and performance. Our services are geared towards:

Determining the best project value for money – least whole life cycle cost

Eliminating/modifying non-essential project items

Maximising the project’s functional value – layout, material types, buildability – without sacrificing quality, reliability and performance.

http://www.mottmac.ie/skillsandservices/quantitysurveying/

Hotel 30 tingkat siap 15 hari



Bangunan Hotel Ark setinggi 30 tingkat yang mencipta rekod berjaya disiapkan dalam masa 15 hari. - AGENSI

BEIJING 9 Jan. - Sebuah syarikat pembinaan China, sekali lagi mencatat rekod dunia apabila berjaya menyiapkan pembinaan bangunan hotel setinggi 30 tingkat hanya dalam tempoh 15 hari atau 360 jam.

Hotel Ark, seluas 17,000 meter persegi yang dibina oleh Broad Group, syarikat pakar seni bina, siap dalam 15 hari selepas sebelum ini mencipta rekod membina bangunan hotel setinggi 15 tingkat juga dalam tempoh 15 hari.

Apa yang lebih menarik, bangunan itu berjaya disiapkan tanpa sebarang kecederaan di kalangan pekerja dan ia mampu bertahan dalam gempa bumi sekuat 9 pada skala Richter.

Semua bahan yang digunakan adalah daripada jenis pasang siap di mana bahan-bahan binaan terlebih dahulu diproses di kilang dan pekerja hanya perlu menyambungkan komponen-komponen tersebut untuk menjadikannya satu bangunan.

Untuk menyiapkan struktur komponen utama, ia hanya mengambil masa 46 jam dan tempoh 90 jam lagi digunakan untuk menyiapkan bahagian luaran.

Struktur bangunan itu juga kalis bunyi dan mampu menebat arus udara panas, selain mempunyai pemantau kualiti udara di setiap bilik hotel. - AGENSI