Wednesday, October 12, 2011

Tanggungjawab seorang Pegawai Penguasa (P.P)

Siapakah Pegawai Penguasa (PP) atau Superintending Officer (S.O)?

Dalam amalan kerja JKR, Pegawai Penguasa atau S.O. adalah orang yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa untuk memantau sesuatu projek daripada peringkat permulaan sehinggalah tamat kecacatan (defect) projek tersebut.

Antara tanggungjawab atau tugas-tugas yang perlu dipikul oleh Pegawai Penguasa (SO) adalah seperti berikut:

Memastikan kualiti bahan yang digunakan dan tahap mutu kerja adalah mematuhi kontrak

Memastikan peraturan-peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkuasa lain yang mempengaruhi Kerja tersebut dipatuhi semasa pelaksanaan kerja

Memastikan Kontraktor tidak mengabaikan hal kebajikan pekerjanya, khususnya berkaitan dengan keselamatan dan perlindungan insuran, dan pekerja-pekerja menerima gaji yang kena dibayar kepada mereka

Memastikan tempoh liputa insurans yang diperlukan di bawah peruntukan yang berkenaan dalam Kontrak tidak luput semasa kerja-kerja sedang berjalan, dan jika perlu mengambil tindakan melanjutkan tempohnya

Memantau kemajuan Kerja Kontraktor dan jika perlu mengambil tindakan awal untuk memberi lanjuta masa (EOT) atau mengenakan ganti rugi tertentu dan diteapkan (LAD) dan/ atau menamatkan pengambilan kerja Kontraktor, dan

Memastikan Kerajaan menunaikan obligasinya di bawah Kontrak kepada Kontraktor yang seperti berikut:

Kontraktor tidak dihalang atau disekat atau ditegah daripada menjalankan kerja-kerjanya sejajar dengan Kontrak

Kelulusan dan keputusan yang dipohon oleh Kontraktor diberi dengan segera; dan
Bayaran kepada Kontraktor disediakan dengan segera dan mematuhi peruntukan yang berkenaan dalam Kontrak.

http://borak-qs.blogspot.com/2011/10/tanggungjawab-seorang-pegawai-penguasa.html

No comments: