Wednesday, October 12, 2011

Sijil Perakuan Siap Kerja @ Certificate Practical Completion (CPC)

Apabila sesuatu projek yang sedang dilaksanakan itu telah siap atau telah mencapai keperluan untuk bangunan tersebut berfungsi serta pihak Pegawai Penguasa (SO) telah berpuas hati. Pihak Pegawai Penguasa (SO) tersebut boleh memperakukan kepada pihak kontraktor untuk pengeluaran Sijil Perakuan Siap Kerja atau Certificate Practical Completion (CPC).

Peruntukan klausa di dalam borang kontrak atau Conditions Of Contract yang berkaitan dengan Perakuan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) adalah seperti berikut:

a) Klausa 39- Borang JKR 203A versi 10/83
b) Klausa 41- Borang Kontrak Design And Build (PWD Form DB/T) version 2002

Kesan daripada pengeluaran Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) adalah seperti berikut:

1- Tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP) bermula iaitu selama 1 tahun untuk kontrak konvensional dan selama 2 tahun untuk kontrak secara reka dan bina (design and build)

2- Kontraktor layak dipertimbangkan pengeluaran Bon Pelaksanaan samaada menggunakan kaedah Jaminan Bank atau Wang Jaminan Pelaksanaan dengan 50% atau 2.5% daripada nilai asal bon pelaksanaan.

3-Sekiranya pihak kontraktor tersebut dikenakan denda LAD atas kegagalan menyiapkan kerja dalam tempoh yang dibenarkan atau kegagalan untuk memperolehi Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT), pelaksanaan keatas denda tersebut automatik ditamatkan sehingga tarikh CPC dikeluarkan

http://borak-qs.blogspot.com/2011/06/sijil-perakuan-siap-kerja-certificate.html

No comments: