Friday, October 14, 2011

Dapat tender tentera RM2b guna 16 syarikat berbeza

Seorang peniaga dapat tender tentera RM2b guna 16 syarikat berbeza

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan dituntut untuk memberi penjelasan berhubung amalan pemberian tender berkaitan urusan ketenteraan secara terus kepada individu tertentu hingga menyebabkan seseorang peniaga memiliki pelbagai tender dengan nilai terkumpul RM2 bilion.

Berucap di Parlimen, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, semakan melalui Suruhajaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan sebanyak 16 syarikat bumiputera yang dimiliki individu yang sama, diberi tender secara terus, antaranya melibatkan urusan katering dan pengangkutan.

Antaranya, kata beliau, Sajian Komatra Sdn Bhd yang mengendalikan perkhidmatan katering bagi zon utara dan timur Semenanjung dengan nilai RM600 juta dan Gatmata Sajian Sdn Bhd (bagi Sabah, Sarawak dan Labuan) dengan nilai kontrak berjumlah RM800 juta, sedangkan ia dimiliki peniaga yang sama.

Beliau berkata, ia memberi gambaran seolah-olah tiada ada peniaga Melayu lain yang layak menerima tender berkenaan, sedangkan Anwar berpendapat, sebahagian tender berkenaan sepatutnya turut diagih kepada koperasi tentera dan bekas tentera.

“Perkara ini mesti disiasat. Seolah-olah ada satu pakatan di peringkat tertinggi Kementerian Pertahanan, dengan penglibatan satu atau dua orang tokoh Umno, atas nama Ketuanan Melayu. Ini merupakan cara jijik dan penipuan, dengan menggunakan nama kementerian untuk memperkaya individu tertentu.

“Adakah ini betul-betul tanda bahawa kita patriotik kepada negara, dengan memunggah kekayaan sendirian, atas nama Melayu? Adakah tidak ada bekas anggota tentera atau koperasi tentera yang boleh mengendalikan urusan itu?” soalnya lagi.

Ketua Umum KEADILAN itu juga menyatakan mustahil tender sedemikian besar boleh diagih tanpa pengetahuan peringkat kementerian.

“Kelompok inilah yang paling lantang, kononnya mempertahankan “Ketuanan Melayu ”, tetapi sebenarnya hanya menggendutkan dan membuncitkan perut sendiri,” kata Anwar.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=2122

Komen: Demikianlah UMNO mencuri wang rakyat selama ini.

No comments: