Monday, January 5, 2009
Rasuah vs Hadiah
Walaupun kebelakangan ini penat betul kita mendengar permasaalahan ini, namun mahu tidak mahu tetap juga menarik perhatian saya untuk menceritakan serba sedikit pandangan saya terhadap isu yang hangat lagi menarik ni.
Susah sebenarnya hendak mendefinasikan ke dua-dua perkataan di atas. Bunyinya sememangnya berlainan tapi perlakuannya macam sama saja. Kalau kita bantu orang dan orang bagi hadiah macamana? Apa lagi kalau yang terlibat tu pegawai kerajaan. Susah kan? Nak ambil pemberi kata hadiah. Dah ambil orang yang melihat pula kata rasuah? Macamana ni?
Kita sering mengaitkan perkataan rasuah ni dengan jabatan-jabatan tertentu sahaja terutamanya pihak polis. Tetapi kita selalu mengenepikan atau buat-buat tak pandang sesetengah jabatan lain yang juga mengamalkan rasuah.
Bagaimana pun ini bukanlah satu tuduhan rambang tapi info hasil banyak bersembang. Saya hanya dapat mengemukakan beberapa contoh untuk pembaca budiman untuk sendiri membuat penilaian ke atas beberapa kes yang terlibat untuk di post mortemkan samada ianya di kategorikan sebagai rasuah atau hadiah, ok?
Satu contoh yang menarik, di sebuah jabatan polis, kebetulan seorang anggota polis telah menyelamatkan seorang pemandu lori yang terbabas di dalam kemalangan. Setelah kes itu selesai, pemandu lori didapati tidak bersalah. Kerana terlalu gembira dengan keputusan mahkamah, tauke kepada pemandu lori tersebut mencari anggota polis tersebut lalu memberi wang sebanyak RM1000.00. “ Ini hadiah wa kasi lu…..tolong ambil, kalau tidak wa punya lesen kena gantung lo…”.
Bagaimana pendapat anda, anggota polis yang tidak tahu menahu akan kes tersebut pun menyatakan bahawa beliau tidak membantu apa-apa, tetap tidak dipercayai oleh tauke tersebut dan tetap hendak memberi ganjaran hadiah tersebut dengan ikhlas. Lalu anggota tersebut sudah tentu akhirnya terpaksa akur dan menerima habuan hadiah yang di anggap oleh tauke tersebut.
Malahan semasa mengambil wang tersebut anggota polis itu sememangnya tidak merasa apa-apa memandangkan beliau tidak pernah langsung membantu tauke itu menyalah gunakan kuasa dalam membantu kemenangan kes tauke tersebut.
Lalu adalah beberapa anggota lain ternampak, lalu membuat aduan…maka anggota polis tersebut terpaksa di gantung kerja kerana dituduh memakan rasuah. Macamana? Apakah definisi sesuai yang hendak kita nyatakan di dalam kes ini rasuah atau hadiah? Anak Cina makan pengatlah ……jawabnya.
Apabila difikirkan kesian juga melihat peristiwa yang berlaku. Berapa sangatlah gaji seorang anggota polis jika dibandingkan dengan waktu 24 bekerja tanpa penat dan lelah. Bila ambil wang nampak sangat kata rasuah walaupun pemberian sesetengah orang berdasarkan hadiah yang kadang-kadang anggota itu pun sendiri tak tahu bila masa dia benar-benar menolong seseorang individu .
Kekadang kegembiraan seseorang individu yang tersangkut dengan macam-macam kes, susah nak cakap bila terlepas dari kes ada yang terlampau bersyukur sehinggakan siapa sahaja yang tolong taip repot pun nak diberikan hadiah kerana terlalu bersyukur. Macamana nak ambil ke tidak….itulah dilema yang dihadapi oleh seseorang anggota polis. Kata orang rezeki jangan ditolak ……kalau diambil pun jadi rezeki juga….rezeki masuk lokap le…
Tetapi selagi mereka-mereka ini memakai uniform, selagi tu lah tak boleh menerima hadiah….tetap orang labelkan rasuah kan…Inilah yang dikatakan tolong free namanya. Kalau nak tahu jabatan dan dunia mana yang tak boleh dapat pertolongan free maka masuk lah dunia perniagaan dan politik.
Di dalam dunia ini perkataan “technical know who is much more important then know how” sudah lumrah didengar. Saya bercakap ini sesetengah bukan semua. Jadi bila terbaca kalau sesiapa yang nak berasa itu maknanya kena makan pengatlah. Apa pendapat anda apabila kita hendak melobi sesuatu projek.
Dengan berbekalkan sebuah syarikat yang lengkap cukup dengan kewangan dan sejajar dengan kehendak tender akhirnya 10 kali masuk tender 10 kali tak dapat. Nak salah syarikat ke nasib? Apa-apa pun di dalam dunia perniagaan ni macam-macam ada jika kita berurusan untuk mendapatkan hasil perniagaan.
Bila sesuatu projek itu diberikan, ada saja yang akan sound.....‘tak kan tolong saja kot, harap-harap adalah hadiah….silap-silap kita pula kena makan pengat…..’.Tak kisahlah, janji dapat. Ada lah pula projek yang kita dapat, lalu ada messenger pula dihantar, untuk minta komisyen. Bila kita bagi pandai pula sound kita…anggap hadiah lah ye!” Tahu pun takut….minta dihalalkan dan paksa pula untuk kita endorse kan siap-siap takut jumpa di Padang Mahsyar katakan.
Itulah budaya perniagaan walaupun apa yang kita katakan telus ke tak telus ke hakikatnya tak ramai yang serahkan nasib pada Tuhan tetapi pada Jabatan ataupun manusia-manusia yang diberikan kuasa sementara ni. Nothing is free. Itulah kata-kata orang yang berkuasa sementara ini. Kalau kita tak layan dengan pemberian yang kononnya dikatakan hadiah ni kata pula kita ni ego orangnya. Minta tak bersungguh.
Kalau nak tahu cara nak minta projek bersungguh-sungguh maka kenalah bawa mereka-mereka ini berhibur atau makan besar ke sana dan ke mari dulu atau dengan perkataan lain entertain la, walaupun bayang projek belum nampak lagi. Itulah yang di namakan usaha berniaga bersungguh (istilah yang nak makan rasuah lah). Akhirnya yang dapat projek hanya pandai entertain rupanya bukan pandai undertake projek tersebut. Maka berlakulah projek kantoi di sana-sini. Lepas tu kerajaan mula hairan.
Apa yang menarik perhatian saya apabila salah seorang Menteri pernah menyatakan untuk menarik semula lesen kontraktor yang tidak aktif. Itulah satu-satu kenyataan yang agak lucu pada saya. Sepatutnya satu kajian dijalankan kenapa lesen tersebut tidak aktif? Jawapannya tak ada projek lah. Sepatutnya lesen-lesen yang terlalu aktif tu lah yang asyik subkan projek sana-sinilah yang patut ditarik balik. Carilah syarikat-syarikat yang ada lesen tapi tak buat kerja dan tarik balik lesen tu, silap-silap tak ada pekerja binaan pun selalu dapat projek.
Itulah yang dinamakan hairan bin ajaib. Itulah bahayanya sekiranya rasuah menular di sana-sini maka terdapatlah syarikat-syarikat santa clause yang kononnya memberi hadiah sana-sini dapat projek yang betul-betul berniaga asyik nganga. Projek besar, ganjaran besar maka jadilah wang besar..wang besar…akhirnya projek kantoi sana-sini. Hanya dengan satu alasan wang pusingan tak cukup sebab tulah tak dapat nak siapkan projek walhalnya wang pusingan tu habis dibelanjakan untuk menjadi Santa Claus tabur hadiah sana-sini.
Saya belajar melalui pengalaman bersama seorang ahli korporat berbangsa Cina, beliau banyak mendidik saya dan berpendapat bahawa sekiranya seseorang itu pandai berniaga amat mustahil tidak tahu samada wang pusingan itu mencukupi atau tidak sebelum melobi untuk satu-satu projek.
Malahan beliau sudah hampir 30 tahun di dalam bidang kontraktor malahan berjaya mengharungi kegawatan ekonomi, berpendapat bahawa sekiranya wang pusingan besar maka ambillah projek yang besar sekiranya kecil maka ambillah yang kecil bersesuaian dengan kemampuan akaun. Ini tidak semuanya dia sapu, pakai baju tak ukur badan. Melobi nombor satu bila dapat baru nak tinjau akaun. Akhirnya projek dapat, nak beli bata pun tak cukup wang.
Bila kita bagi contoh bangsa lain ada orang kata kita kutuk bangsa kita. Masalahnya macam saya cakap tadi bukan rambang tapi hasil bersembang. Kita bercakap melalui pengalaman. Saya rasa 16 tahun berniaga saya layak juga untuk memberikan pandangan berdasarkan pengalaman. Kalau pengalaman orang lain tak tahulah.
Jangan salah faham bukan bangsa lain tak bagi rasuah atau hadiah namun apa yang nak diketengahkan adalah bahayanya apabila rasuah diamalkan. Wang mula dipentingkan dan kemahiran dilupakan. Macam bangsa lain tak apalah bila tak ada wang sekurang-kurangnya ada pengalaman dan kemahiran untuk mendapatkan projek. Kita macamana…makan pengatlah.
Pada pandangan saya tidak salah kalau memberi hadiah, sekiranya pemberi dan penerima tahu kedudukan yang sebenar kenapa, bila dan bagaimana cara ianya hendak diberikan. Oleh sebab itulah pada pendapat saya hanya diri sendiri sahaja yang tahu samada apa yang diberi atau diterima itu rasuah ataupun tidak.
Pada yang benar-benar memberi rasuah saya menganggap bahawa orang yang mengamalkan rasuah adalah individu yang bukan sahaja tidak mempunyai harga diri tetapi juga seorang yang tidak mempunyai nilai dan modal pada dirinya, modal insan lah. Kalau diri tidak mempunyai kemahiran inilah akibatnya wang jadi sasaran lepas tu jadilah ahli perniagaan Santa Claus.
Bila wang dah habis apa lagi yang tinggal untuk melobi projek kalau kemahiran pun tak ada. Tapi ingat Santa Claus bagi hadiah bukan rasuah. Hadiah hanya diberi sebagai imbalan untuk orang yang berbudi.
Pendapat saya secara keseluruhan tentang bagaimana untuk membezakan antara rasuah mahupun hadiah adalah terletak pada diri anda sendiri. Budak kecil pun tahu bila dan bagaimana untuk menerima hadiah. Oleh itu janganlah cuba untuk menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
Kalau anak kita tak semena-mena mendapat hadiah tak kiralah samada dalam bentuk wang atau benda pun akan tanya kita balik. Apatah lagi kita orang dewasa dan matang tak kan lah nak belajar dari budak kecil. Tak kan lah tak boleh makan pengat…bila tiba-tiba dapat habuan. Oleh itu janganlah tunggu orang lain menilai samada kita menerima rasuah atau hadiah. Kita sendiri patut tahu apakah rasuah dan apakah hadiah. Jujurlah pada diri sendiri kerana, tidak akan ada pokok bergoyang kalau tak ada angin melainkan kera melompat atas pokok.
Siapa yang tidak mahu wang dan siapa yang tak mahu kaya, namun ingat bahayanya perkataan yang bernama wang sekiranya kita tidak tahu menilai halal dan haramnya. Janganlah meletakkan perkataan hadiah sekiranya ia terang-terangan rasuah. Hadiah boleh membawa anda kepada pahala sekiranya diberikan pada masa dan keadaan yang wajar dan hadiah juga boleh membawa kita ke pintu neraka sekiranya ia diberi dan diterima secara rasuah.
Cukuplah sampai di sini kita membincangkan tentang rasuah vs hadiah, kerana pada pandangan saya sukar untuk membasmikan sekiranya tidak ada permintaan. Hukum ekonomi tersebut harus dikaji selagi ada permintaan selagi itulah adalah penawaran. Kalau benar kita hendak memusuhi rasuah maka ia harus bermula dari niat setiap rakyat.
Raihan Sulaiman Palestin lulusan sarjana dari Universiti Sains Malaysia kini sedang membuat Doktor Falsafah (Phd) dalam bidang teater tradisional di Universiti Malaya.Disamping itu Raihan juga baru-baru ini menjadi ketua fasilitator dalam modul penghayatan sastera dan budaya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Raihan boleh dihubungi menerusi email: raihan@fastermail.com
http://uthmdehati.wordpress.com/2008/08/02/rasuahhadiah/

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Ternyata kenyataan berkata sama, tidak hanya di Indonesia saja di malaysia pun juga. Suatu kondisi yang sangat tidak ideal untuk tegaknya dunia usaha yang Fair dan Islami.
Semoga Kedepan menjadi lebih baik
Salam
TQ pak Eko...krn sudi melawat ke sini.
Ke Arah Negara Yang Sifar Rasuah.
Post a Comment