Monday, January 5, 2009
PENYAKIT RASUAH
Seorang konstabel polis menahan seorang penunggang motosikal yang tidak mempunyai lesen memandu. Penunggang motosikal itu memberi beberapa ringgit kepada konstabel polis itu dan dia dilepaskan tanpa disaman. Di sini berlaku rasuah. Penunggang motosikal memberi rasuah dan konstabel polis menerima rasuah. Seorang pegawai menggunakan kenderaan pejabatnya bagi tujuan yang tidak ada kena mengena dengan urusan pejabat. Di sini juga rasuah berlaku. Pemberi dan penerima adalah orang yang sama. Rasuah yang dilakukan mereka adalah jelas.
Kes kajian
Mat Dom bekerja sebagai pegawai tinggi di sebuah syarikat milik kerajaan. Syarikat ini banyak mendapat projek-projek tanpa dikeluarkan tender. Projek-rojek yang diperolehi diagih-agihkan kepada kontraktor-kontraktor kecil. Keputusan untuk memberi projek kepada mana-mana kontraktor dibuat oleh satu jawatan kuasa yang Mat Dom menjadi salah seorang ahlinya. Mat Dom tidak mempunyai kuasa untuk memberikan projek tetapi dia berhak memberi cadangan dan sokongan. Projek yang diberikan kepada kontraktor diselaraskan oleh Mat Dom. Mat Dom memberikan khidmat pengurusan kepada kontraktor-kontraktor yang rata-rata tidak memiliki kemahiran yang mencukupi. Dia membantu mereka dalam mendapatkaan bahan binaan, jentera-jentera sewaan dan juga memberi tunjuk ajar cara-cara mengendalikan sesuatu projek. Atas inisiatif Mat Dom pemborong-pemborong di bawah jagaannya dapat beroperasi dengan baik. Projek berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan mengikut jadual. Sikap Mat Dom yang demikian membuatnya rapat dengan pemborong-pemborong yang mendapat projek daripada syarikat tempat dia bekerja. Oleh sebab Mat Dom selalu membantu mereka maka mereka juga tidak keberatan untuk membantu Mat Dom. Mereka membantu Mat Dom memperbesarkan rumahnya dan membelikannya kereta Proton Perdana. Mereka berbuat demikian bukan kerana desakan Mat Dom. Mereka menolong Mat Dom kerana Mat Dom menolong mereka. Adakah berlaku rasuah dalam kes Mat Dom ini?
Apabila ada dua daerah maka adalah sempadan di antara keduanya. Sempadan ini biasanya dipertikaikan, di dalam daerah yang mana satu sempadan ini berada. Di antara daerah rasuah dengan daerah bukan rasuah terdapat sempadan yang samar-samar kedudukannya. Dalam sempadan yang samar-samar inilah ramai orang berlumba-lumba mencari kesempatan kerana cahaya yang samar-samar itu menyebabkan mereka berani membuat hukum mengikut pendapat sendiri. Bagaimana hendak ditentukan kedudukan daerah yang menjadi pertikaian ini?
Pada zaman khalifah Umar al-Khattab seorang gabernor telah datang menghadapnya bertanyakan kedudukan hadiah yang diberikan kepadanya oleh rakyat tanpa meminta sesuatu sebagai balasan. Adakah hadiah itu termasuk di dalam istilah rasuah ataupun tidak. Khalifah Umar r.a menanyakan adakah jika orang itu tidak menjadi gabernor rakyat akan memberinya hadiah? Gabernor itu mengatakan tidak. Khalifah memfatwakan bahawa hadiah tersebut termasuk dalam takrif rasuah.
Satu lagi panduan dalam menentukan kedudukan perkara yang samar itu ialah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Dosa menimbulkan kekacauan dalam jiwa. Orang yang melakukannya tidak mahu diketahui orang akan perbuatannya”.
Sekiranya Mat Dom tidak menjadi pegawai tinggi dalam syarikatnya adakah pemborong-pemborong membantunya memperbesarkan rumah dan membeli kereta? Adakah jiwa Mat Dom tenang menerima bantuan pemborong-pemborong memperbesarkan rumah dan membeli kereta? Adakah Mat Dom suka jika orang lain tahu yang pemborong-pemborong membantunya memperbesarkan rumah dan membeli kereta? Jika jawapan kepada soalan-soalan di atas adalah tidak maka kes tersebut adalah rasuah. Pemborong-pemborong memberi rasuah dan Mat Dom menerima rasuah.
Kes kajian
Penyakit rasuah bukan sahaja menyerang golongan bawahan dan pertengahan yang selalu berada dalam keadaan ‘perbelanjaan melebihi pendapatan’. Ia juga menyerang golongan atasan dan hartawan yang pada zahirnya kelihatan tidak mengalami masalah kewangan.
Dato’ Abu Basyir adalah seorang pembesar negeri. Dia dibayar gaji yang tinggi, disediakan rumah mewah yang lengkap dengan perabot, kenderaan siap dengan pemandu dan beberapa orang gaji. Dia juga diberi peruntukan untuk mengadakan majlis rasmi di rumahnya sebanyak enam kali setahun, pada masa yang dipilihnya sendiri. Dia tidak memerlukan apa-apa lagi dalam hidupnya, Begitulah anggapan kebanyakan orang.
Dato’ Abu Basyir mempunyai empat orang anak. Dalam satu tahun keluarga Dato’ Abu Basyir mengadakan keramaian sebanyak enam kali, iaitu untuk menyambut hari jadi si bapa, si ibu dan empat orang anak.
Keramaian yang enam kali itu diadakan dengan menggunakan peruntukan rasminya. Tiap-tiap kali keramaian diadakan ramailah para jemputan yang diundang. Semua yang datang membawa hadiah yang mahal-mahal. Setiap kali menyambut hari jadi penuhlah rumah Dato’ Abu Basyir dengan jam tangan bertali emas, barang-barang kemas, tv, peti sejuk, microwave oven dan lain-lain. Kebanyakan daripada barang-barang tersebut sudah pun ada di rumah Dato’ Abu Basyir dan tidak diperlukan. Barang-barang yang tidak diperlukan akan dibeli oleh seorang peniaga bernama Wan Bakar. Wan Bakar berfungsi sebagai pembantu sulit Dato’ Abu Basyir secara tidak rasmi. Wan Bakarlah yang bertanggungjawab mengundang tetamu-tetamu ke majlis Dato’ Abu Basyir sekeluarga. Wan Bakar mempastikan ada tetamu membawa apa juga barang-barang istimewa yang diingini oleh mana-mana ahli keluarga Dato’ Abu Basyir. Sekiranya barang-barang kemas yang dihadiahkan tidak secucuk dengan keinginan anak-anak Dato’ Abu Basyir maka Wan Bakar akan meleburkannya dan membuat bentuk yang dikehendaki.
Wan Bakar adalah seorang yang pintar dalam menguruskan keperluan peribadi Dato’ Abu Basyir. Dia cukup memahami selera Dato’ Abu Basyir. Satu permainan yang sangat digemari oleh Dato’ Abu Basyir ialah perempuan cantik. Wan Bakar menyediakan tempat dan barang permainan kegemaran Dato’ Abu Basyir itu. Perbelanjaan yang besar diperlukan bagi menguruskan permainan begini tetapi Wan Bakar dapat mengadakan peruntukannya.
Dato’ Kamasutra pula adalah seorang pembesar juga di negeri yang sama. Dato’ Kamasutra asalnya seorang yang berpangkat rendah. Oleh kerana dia mempunyai kebolehan maka dia dinaikkan pangkat setingkat demi setingkat sehingga menjawat jawatan penting dalam pentadbiran negeri. Dato’ Kamasutra berkahwin dengan Datin Sukasih ketika dia masih berjawatan rendah dahulu. Ketika itu dia belum lagi bergelar Dato’. Perubahan taraf yang cepat berlaku menimbulkan kejutan dalam diri Datin Sukasih. Datin Sukasih melihat suaminya sebagai seorang pembesar yang ‘bertubuh emas’, yang menjadi idaman dan rebutan perempuan-perempuan lain. Dia mengawal bersungguh-sungguh agar tidak ada perempuan lain mencuri ‘emasnya’. Sikap Datin Sukasih yang demikian menyebabkan Dato’ Kamasutra merasakan kehilangan sesuatu yang manis dalam rumah tangganya yang pernah dikongsikan bersama isterinya dahulu. Keadaan ini mengwujudkan rasa kekosongan dalam jiwanya. Dato’ Kamasutra mempunyai Perwatakan yang berbeza daripada Perwatakan Dato’ Abu Basyir. Dato’ Abu Basyir yang juga mempunyai masalah dengan isterinya dapat menghiburkan hatinya dengan permainan yang disediakan oleh Wan Bakar. Dato’ Kamasutra tidak suka dengan permainan yang demikian. Kekosongan jiwanya diisikannya dengan Keasyikan bekerja sehingga dia menjadi seorang yang ketagih kerja.
Wan Bakar dapat membaca masalah yang ditanggung oleh Dato’ Kamasutra dan dia juga mengetahui perangai Dato’ Kamasutra yang tidak suka berseronok di luar. Wan Bakar mengambil jalan memperkenalkan beberapa orang wanita yang baik-baik kepada Dato’ Kamasutra tetapi semuanya ditolak oleh Dato’ Kamasutra.
Dato’ Kamasutra yang tidak berminat dengan wanita itu tiba-tiba tersentak apabila Wan Bakar mempertemukannya dengan Sukma Dewi. Memandang sahaja paras Sukma Dewi lampu yang sudah lama terpadam tiba-tiba menyala dalam jiwa Dato’ Kamasutra. Sukma Dewi mengembalikannya kepada zaman percintaannya yang silam. Sukma Dewi memiliki keayuan gadis kecintaannya yang dahulu terzahir pada Sukasih, kini muncul sebagai Sukma Dewi. Dato’ Kamasutra sangat gembira dapat berkenalan dengan Sukma Dewi dan dia berterima kasih kepada Wan Bakar yang telah menemukannya dengan sesuatu yang berjaya mengisi kekosongan jiwanya. Hubungan Dato’ Kamasutra dengan Wan Bakar menjadi semakin erat. Dato’ Kamasutra memerlukan Wan Bakar untuk mengatur pertemuannya dengan Sukma Dewi secara tertutup tanpa diketahui oleh isterinya dan juga orang lain. Ternyata Wan Bakar mampu melaksanakan tuagsnya dengan baik. Wan Bakar bukan sekadar mengaturkan perjumpaan sepasang kekasih itu malah dia juga memberi perhatian agar keselesaan hidup Sukma Dewi terpelihara. Segala perbelanjaan berkenaan diuruskan oleh Wan Bakar.
Dato’ Abu Basyir dan Dato’ Kamasutra, sebagai pembesar-pembesar negeri tentu sahaja mempunyai orang-orang bawahan yang perlu dijaga bagi memelihara kedudukan mereka. Sekali lagi Wan Bakar memainkan peranannya. Apa juga Perbelanjaan yang diperlukan untuk menjaga kepentingan Dato’-dato’ tersebut dibiayai oleh Wan Bakar.
Penglibatan Wan Bakar sangat mendalam dan tanggungannya juga berat. Dato’ Abu Basyir dan Dato’ Kamasutra tidak membiarkan Wan Bakar menanggung kesusahan. Lagipun segala rahsia mereka disimpan oleh Wan Bakar. Oleh yang demikian Wan Bakar perlu diajak berunding bagi menjamin ‘jabatan’ yang dikendalikan oleh Wan Bakar dapat berjalan dengan lancar dan selamat. Biasanya sebelum menghadiri mesyuarat pengagihan perbelanjaan negeri Dato’ Abu Basyir dan Dato’ Kamasutra akan bermesyuarat secara sulit dengan Wan Bakar. Wan Bakar akan menjelaskan strateginya dan kedudukan kepentingannya yang perlu diambil kira dalam mengagihkan perbelanjaan negeri. Satu keputusan dicapai dan keputusan itulah yang dibawa ke majlis mesyuarat negeri. Cop mohor kerajaan diturunkan berdasarkan strategi yang digubal oleh Wan Bakar. Bila cop mohor sudah diperturunkan maka peruntukan yang besar dapat disalurkan kepada ‘jabatan’ yang dikendalikan oleh Wan Bakar bagi menjamin:
1) Dato’ Abu Basyir sentiasa mendapat hadiah istimewa.
2) Dato’ Abu Basyir dapat meneruskan permainannya.
3) Dato’ Kamasutra sentiasa berdampingan dengan kekasihnya.
4) Kedudukan kedua-duanya terpelihara.
Peruntukan yang disalurkan kepada ‘jabatan’ yang tidak ada di dalam senarai portfolio kerajaan ini sangatlah besar. Jika ia digunakan untuk membina masjid dalam tempoh lima tahun semua kampung dalam negeri berkenaan akan mendapat masjid yang indah dan selesa.
Persoalannya mengapa orang-orang yang telah dibayar gaji untuk membuat kerja yang diamanahkan kepada mereka masih juga mencari upah tambahan sedangkan ada di antara yang sudah tidak kehabisan wang? Jika kita mahu memahami tentang rasuah kita janganlah melihatnya sebagai perbuatan semata-mata, tetapi ia hendaklah dilihat sebagai sifat atau keperibadian yang terbentuk dalam diri seseorang. Kita perlu berfikir sebagai orang yang berkeperibadian rasuah untuk memahami penyakit ini. Jika kita melakukan rasuah dan kita ditanya adakah kita melakukan rasuah, kita akan menjawab tidak. Kita memang merasakan yang perbuatan kita itu bukan rasuah. Kita adalah orang yang mempunyai kuasa. Dalam melaksanakan kuasa yang diletakkan di atas bahu kita telah ramai orang yang kita bantu. Ramai penganggur yang sudah mendapat pekerjaan kerana pertolongan kita. Ramai pemborong yang sudah mendapat projek kerana pertolongan kita. Ada juga penjenayah yang tidak masuk penjara kerana pertolongan kita. Ramai yang sudah menjadi senang dan kaya raya kerana pertolongan kita. Kekayaan mereka lebih banyak daripada apa yang kita miliki. Pokoknya kerana pertolongan kita ada pihak yang mendapat kesenangan dan terhindar daripada kesusahan. Mereka yang telah terhutang budi dengan kita merasakan berkewajipan membalas budi. Mereka memberi kerana membalas budi. Kita tidak berasa bersalah. Orang lain yang mempunyai kuasa jua berbuat seperti apa yang kita buat. Apakah perbuatan membalas budi itu rasuah?
Rasuah bukan seperti penyakit luka di tangan yang dapat dilihat darah mengalir dan dapat dirasakan kesakitannya. Tidak ada apa-apa perbezaan bagi kita menerima wang gaji dengan wang yang dikatakan sebagai rasuah. Kita merasai nikmat yang sama ketika meniduri isteri kita dengan ketika meniduri perempuan yang dikatakan bahan rasuah. Tidak ada satu lampu yang menyala ketika rasuah dilakukan. Adalah perkara biasa apabila kita menjaga kepentingan seseorang maka orang itu menjaga kepentingan kita. Berbagai-bagai lagi alasan yang diadakan bagi membungkus hakikat rasuah.
Kita sudah mempunyai harta yang banyak tetapi kita masih juga inginkan tambahan, sedangkan yang ada masih belum digunakan sepenuhnya. Kita diheret oleh sejenis tenaga supaya menimbun dan terus menimbun kepada longgokan yang sudah ada. Tenaga ini dinamakan tamak. Tenaga menghalang pandangan manusia daripada melihat kepada apa yang sudah ada. Sesiapa yang dikuasainya akan memiliki sifat sentiasa inigin memiliki. Jika sudah memiliki sebuah gunung emas dia mahukan sebuah lagi. Jika sudah memerintah sebuah negeri dia mahukan sebuah lagi. Jika sudah memiliki sepuluh buah kereta mewah dia mahukan sepuluh buah lagi. Tenaga tamak akan membuat manusia kehilangan kewarasannya apabila dia berhadapan dengan sesuatu yang diingininya. Samalah halnya dengan seekor harimau yang tidak dapat mengawal dirinya jika berhadapan dengan seekor kucing. Jika diperhatikan dengan mendalam tenaga tamak yang menguasai Dato’ Abu Basyir adalah sama dengan tenaga ganas yang menguasai Abu Zalim Cuma rupanya berbeza.
Salah satu ‘mata-wang’ yang sering digunakan dalam pertukaran rasuah ialah perempuan. Lebih tepat jika dikatakan wang itu ialah seks. Seks adalah satu kuasa yang kuat dalam mempengaruhi lelaki. Ramai lelaki yang berjawatan tinggi dan berkuasa tidak dapat disogokkan dengan harta tetapi dengan mudah ditundukkan dengan seks. Seks mampu menjadikan orang yang berpangkat tinggi menjadi hamba kepada orang yang tidak berpangkat.. Mengapa seks begitu berkuasa?
Lelaki dan perempuan mempunyai alat kelamin yang dinamakan kemaluan. Ia dinamakan kemaluan kerana ia adalah sesuatu yang dimalukan, yang dijaga dengan baik dan tidak didedahkan. Lelaki yang mengalami kecacatan pada kemaluannya akan kehilangan ‘kelakiannya’ dan ramai lelaki yang rela mati daripada mengalami demikian. Perempuan pula rela menggadaikan nyawanya demi mempertahankan kemaluannya. Benda yang paling tinggi nilainya dan paling dijaga kesuciannya itu hanya diserahkan oleh seorang lelaki kepada isterinya dan oleh perempuan kepada suaminya. Pertemuan secara suami dan isteri menjadi etika yang mulia bagi semua bangsa dan semua kaum.
Hanya dalam golongan manusia sahaja mempunyai peraturan ikatan suami isteri sebagai keizinan untuk mendapatkaan nikmat seks. Golongan haiwan tidak ada peraturan seperti ini. Dalam dunia haiwan jantan yang kuat itulah yang menguasai betina yang ia mahu. Seekor kerbau jantan yang kuat menguasai semua kerbau betina dalam kumpulannya. Inilah perbezaan di antara manusia dengan haiwan. Tetapi ada manusia yang suka menggabungkan aktiviti seks menurut peraturan manusia dan tabiat haiwan. Mereka mempunyai isteri dan kerbau betina. Ketika mengadakan hubungan seks dengan isteri mereka adalah manusia. Ketika mengadakan seks dengan kerbau betina mereka adalah kerbau jantan. Perlakuan seks secara kerbau jantan ini diluluskan oleh pelakunya hanya ketika melakukannya sahaja. Setelah nafsu kerbau jantannya puas kemanusiaannya kembali. Kemanusiaannya mengutuk perlakuan kerbau jantan yang telah dibuatnya. Perbuatan tersebut sangat memalukannya. Sebab itu mereka tidak mahu orang lain mengetahui perihal perbuatan mereka. Di sini berlakulah konflik dalam jiwa mereka. Apabila kemaluan digunakan secara tidak bermalu ia akan melahirkan ‘kemaluan’ yang lebih besar. Perasaan malu yang terbit daripada perbuatan kerbau jantan itu dijaga dengan rapi. Dalam menjaga dan menyembunyikan ‘kemaluan’ jenis ini mereka sanggup menjual negeri. Orang yang seperti inilah dijajah walaupun mereka berkedudukan tinggi.
Ada juga lelaki yang tidak menyetujui dan tidak melibatkan diri dengan aktiviti seks secara bertukar-tukar pasangan. Golongan ini hanya melakukan seks dengan perempuan yang dikasihinya, samada isteri atau perempuan lain yang dikasihinya. Dato’ Kamasutra termasuk di dalam golongan ini. Lelaki jenis ini menjadi hamba kepada cinta. Cinta boleh membuat seseorang hilang kewarasan. Romeo dan Juliet mati meminum racun kerana cinta. Qais menurut jejak Laila walau ke mana Laila pergi, meskipun Laila sudah menjadi isteri orang, semuanya kerana cinta. Raja zaman dahulu kala berperang, beribu rakyat terbunuh, semata-mata kerana raja mahu memiliki tuan puteri yang dicintainya. Manusia sangat tamak dalam mendapatkaan apa yang dicintainya kerana itu dia boleh diperkudakan. Inilah yang menimpa Dato’ Kamasutra.
Jika diperhatikan akan didapati bahawa rasuah adalah tenaga, satu tenaga yang kuat, berkumpul padanya beberapa tenaga atau boleh juga dikatakan rasuah adalah buah bagi beberapa penyakit yang berkumpul. Di antara penyakit-penyakit tersebut ialah:
1) Mementingkan diri sendiri.
2) Berasa besar diri kerana berkedudukan tinggi.
3) Tidak ikhlas.
4) Berasa nilai diri lebih tinggi daripada gaji yang diterima.
5) Tamakkan harta.
6) Hamba syahwat.
7) Keinginan bermewah lebih daripada kemampuan.
8) Mahukan keseronokan tetapi tidak mahu berbelanja untuknya.
9) Tidak menghormati peraturan dan undang-undang.
Beberapa tenaga individu apabila berkumpul akan melahirkan tenaga rasuah yang sangat kuat. Orang yang dikuasai oleh tenaga rasuah tidak dapat melakukan keadilan. Tenaga rasuah enggan melihat kepada kerosakan yang dilakukannya. Kita telah melihat tenaga ganas Abu Zalim mencederakan kanak-kanak berumur empat tahun. Tenaga ganas Darus merompak dan menyamun orang ramai. Tenaga rasuah Dato’ Abu Basyir pula merompak sebuah negeri. Abu Zalim ditangkap sebagai penjenayah dan dipenjarakan. Darus juga ditangkap sebagai penjenayah dan dikenakan hukuman rotan. Tetapi undang-undang tidak dapat menyentuh Dato’ Abu Basyir malah dia dilindungi dan diberi penghormatan. Siapakan yang paling merbahaya di antara mereka?
Tenaga rasuah menjajah semua peringkat masyarakat. Tenaga rasuah yang menjajah pemimpin peringkat kampung akan menggangu pentadbiran peringkat daerah. Tenaga rasuah yang menjajah pemimpin peringkat daerah akan menggangu pentadbiran negeri. Tenaga rasuah yang menjajah pemimpin peringkat negeri akan menggangu pentadbiran negara. Tenaga rasuah yang menjajah pemimpin negara akan membawa negara dijajah oleh orang luar. Kerosakan yang dilakukan oleh tenaga rasuah ini sangat hebat sekali sehingga Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Kejahatan rasuah 36 kali melebihi kejahatan zina”
Orang yang berbuat rasuah sekali sama jahatnya dengan orang yang berzina 36 kali. Begitulah hebatnya kecaman Nabi s.a.w terhadap rasuah.
Orang yang mengamalkan rasuah tidak akan dapat melihat rasuah selagi dia tidak mengesan sifat-sifat individu yang menguasainya. Jika sifat-sifat tersebut tidak disingkap dia akan berlindung di sebalik berbagai-bagai istilah seperti bayaran pengurusan, bayaran khidmat nasihat, imbuhan membalas budi, hadiah yang diberi dengan ikhlas dan berbagai-bagai lagi. Seseorang itu haruslah merenungi perjalanan sejarah hidupnya dan mengenal pasti tenaga-tenaga perosak yang telah menjajahnya dan mengubati dirinya agar terlepas daripada penjajahan tersebut. Apabila tenaga-tenaga individu itu dapat dikalahkan tenaga rasuah tidak mempunyai kekuatan lagi.
Sumber: http://tamansufi.tripod.com/peny06d07.html

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
kepada
DBKL
daripada
BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN MELAYU DBKL
Hasil kutipan dari derma untuk iklan dalam majalah badan BKMDDBKL
50% - untuk PRO ( yang membuat panggilan )
15% - untuk persatuan
Rm1000 - untuk pegerusi BKMD DBKL
(setiap bulan)
Rm200 - untuk semua AJK
(setiap bulan)
selebihnya untuk RSA
kalau nak tahu PA dia bg tau pd aku.
Kalau tak percaya bacalah blog Ruzaini Sieh Abdullah
Sampai sekarang saya masih tak faham kenapa kerajaan tak mahu mengambil tindakan terhadap orang yang mengamalkan rasuah. Sudah terang terang bahawa RSA Sdn Bhd syarikat yang mengamalkannya. Termasuklah orang kuat Anulea DBKL.
Soal siasat sahaja PA syarikat itu Nurhidayah Shahaini. Semua orang luar tahu. Tapi semenjak sudah menjadi perempuan simpanan Boss syarikat RSA dan pemilik syarikat tersebut dia pula menafikannya.
apa perempuan simpanan ni dah nak jadi laki bini le tak lama lagi. Sudah tak ada jalan keluar lagi luar dalam dah kena pakai. Mak bapak dan ahli keluarga semua dah setuju. Nurhidayah Shahaini sudah berjaya.
Post a Comment