Sunday, May 25, 2008
Kes Bangunan Matrade : Ruginya Rakyat Bila Berlaku Salah Urus
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan pemeriksaan Ketua Audit Negara menemui banyak kelemahan pada agensi kerajaan yang terbabit dalam pembinaan bangunan Matrade sehingga menyebabkannya lewat siap dan kerajaan kerugian RM159 juta.
Pengerusi PAC, Datuk Shahrir Abdul Samad, berkata walaupun projek terbabit dilaksanakan secara rundingan terus oleh Kementerian Kewangan, ada bukti menunjukkan kementerian terbabit hilang kawalan terhadap projek itu pada masa tertentu.
“PAC kini meneliti Laporan Jabatan Audit bagi mengenal pasti berapa banyak bayaran sebenarnya dibuat dan kerugian yang dialami kerajaan, selain mengenal pasti tindakan agensi kerajaan berkenaan bagi menangani masalah itu.
“Laporan ini akan dibentangkan di Parlimen dan dijadikan dokumen umum bersama hasil siasatan PAC bagi membolehkan rakyat mengetahui butiran kerugian projek Matrade, peningkatan kos dan kelewatan menyiapkannya.
“Rakyat berhak tahu kenapa projek ini dijalankan secara rundingan terus, bukannya menerusi terbuka dan kenapa Kementerian Kerja Raya tidak mengambil tindakan terhadap kontraktor yang melengahkan projek,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat PAC, di sini semalam.
Projek pembinaan Menara Matrade itu dimulakan pada 21 Februari 1994 di tapak asal di Changkat Pavillion di ibu negara tetapi kemudian ditukar lokasinya di Jalan Duta.
Kontrak bangunan Matrade itu pada asalnya diserahkan kepada Perangsang International Sdn Bhd (PISB) iaitu syarikat pemaju hartanah milik Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) dan dijadualkan siap pada 1997.
Bagaimanapun, pembinaannya lewat sembilan tahun sehingga April tahun ini akibat kerja pembinaan kurang bermutu oleh PISB, sehingga mengakibatkan bangunan terbabit tidak selamat digunakan.
Kontrak PISB akhirnya ditamatkan Mac lalu dan kontraktor baru dilantik menjalankan kerja pembaikan membabitkan kos lebih tinggi. Harga asal projek sebanyak RM167 juta kini meningkatkan kepada RM287.5 juta.
PISB kemudiannya diarahkan kerajaan Pusat membayar ganti rugi RM159.8 juta. Bagaimanapun, KHSB menjual PISB kepada syarikat Tajuk Modal Sdn Bhd dan pemilik barunya menukar nama PISB kepada Tajuk Construction Sdn Bhd.
Tajuk Construction dibubarkan Januari tahun ini, sebulan sebelum Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu mendedahkan kos yang terpaksa ditanggung kerajaan pusat akibat kelewatan siapnya pembinaan bangunan Matrade.
Matrade diserahkan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 23 Mei lalu.
Antara lain, kata Shahrir, PAC mempersoalkan penukaran lokasi bangunan terbabit dan mempertikai alasan memberi projek secara rundingan terus bagi menjimatkan masa, sedangkan proses tender terbuka hanya mengambil masa tiga bulan.
Beliau juga mendakwa Kementerian Kewangan tidak mematuhi garis panduan dan peraturan ketika melakukan rundingan terus walaupun ada prosedur ditetapkan.
Tambahan pula, katanya, rundingan terus hanya dilakukan jika memerlukan kemahiran teknikal yang khusus, kemahiran hanya dimiliki pembekal tertentu, membabitkan spesifikasi bangunan yang seragam atau pembekalnya adalah syarikat milik Bumiputera.
Bagaimanapun, kata Shahrir, pembinaan bangunan Matrade tidak memenuhi kriteria itu dan kewajaran menganugerahkan projek itu menerusi rundingan terus menjadi tanda tanya pelbagai pihak.
“Kita rasa prosedur sedia ada perlu diperketat dan diperkemaskan. Sungguhpun kerajaan sudah ada peraturan, ada arahan tetapi nampaknya macam kerajaan tak dipakai arahan kerajaan itu sendiri.
“Jabatan Kerja Raya (JKR) juga gagal walaupun dia ada pegawai penguasa iaitu ketua pengarah JKR, pengarah projek dan timbalan pengarah projek selain penyelia tapak, jurutera serta tiga pembantu teknik.
“Sebenarnya JKR ada kawalan terhadap projek ini dan jika tindakan diambil sejak awal lagi, mungkin masalah ini tidak wujud,” katanya.
Shahrir juga berharap kemelut projek Matrade menjadi pengajaran dan diambil iktibar oleh kerajaan apabila melaksanakan projek lain pada masa depan.
Dari: Berita Harian, Rakyat berhak tahu kes Matrade,11 Ogos 2006 (Jumaat).

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment