Tuesday, June 5, 2007

Peranan Juruukur Bahan

Susunan: Fara Ashikin Uyub, Chong Jia Yi & Chung Tzy Chi

Juruukur Bahan adalah merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan kos projek tidak melebihi peruntukan (budget) yang ditetapkan oleh pihak majikan. Pihak Juruukur Bahan akan terlibat dengan sesuatu projek dari awal hinggalah ke peringkat akaun muktamad. Oleh itu maklumat dan objektif yang tepat tentang projek adalah penting untuk memastikan kos yang dianggarkan oleh pihak Juruukur Bahan ini adalah didalam lingkungan budget yang ditetapkan oleh pihak majikan. Tanpa objektif dan maklumat yang tepat maka anggaran kos yang akan dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan ini mungkin tidak setepat yang dikehendaki.

Oleh itu tanggungjawab asas pihak Juruukur Bahan didalam sesuatu proses pembangunan projek adalah seperti berikut:

1. Menyediakan kajian kemungkinan.

Untuk menentukan bahawa projek yang dirancangkan adalah sesuai dengan lokasinya maka dengan ini pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menyediakan satu kajian kemingkinan untuk projek yag terbabit. Dengan adanya kajian kemungkinan ini juga pihak majikan akan mengetahui kadar keuntungan yang akan diterima olehnya hasil daripada projek yang terbabit. Contonhnya kajjian kemungkinan ini diadakan untuk mengkaji kesesuaian untuk membina sebuah kompleks membeli belah di Skudai. Maka pihak Juruukur Bahan akan menyediakan kajian kemungkinan ini dan keputusan mengenai kajian kemungkinan ini akan dipersembahkan kepada pihak majikan.

2. Menyediakan dokumen tender.

Untuk memilih kontrakktor yang benar berkelayakan untuk sesuatu projek maka tender akan dibuka kepada kontraktor yang berminat. Antara aktiviti yang akan dilakukan diperingkat ini adalah seperti menyediakan senarai kuantiti berdasarkan lukisan dari perunding arkitek dan jurutera. Ketepatan dalam menyediakan senarai kuantiti ini adalah penting bagi mengelakkan timbulnya masalah apa bila proses pembinaan bermula kelak. Pihak Juruukur Bahan perlu menyatakan tarikh tutup bagi tender yang berkenaan.

Pihak Juruukur Bahan juga hendaklah mengeluarkan tender ini dalam jangka waktu yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan. Selain itu juga pihak Juruukur Bahan
hendaklah memastikan bahawa dokumen tender yang dikeluarkan itu adalah dilengkapi dengan segala dokumen dan borang-borang yang berkaitan.

3. Analisis tender.

Setelah tender ditutup, pihak Juruukur Bahan akan membuat satu analisis tender bagi projek terbabit. Tujuan analisis tender ini dilakkukan adalah untuk memilih satu kontraktor yang benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja. Berkelayakan disini bermaksud mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, mempunyai prestasi yang baik dan tidak mempunyai beban kerja yang banyak.

Setelah selesai proses analisis tender, maka Juruukur Bahan akan mengesyorkan melalui Laporan Tender kepada majikan/klien sesebuah kontraktor yang dianggap benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja yang dicadangkan. Namun begitu kuasa untuk memilih kontraktor adalah ditangan pihak majikan.

4. Menyediakan dokumen kontrak.

Setelah majikan membuat keputusan tentang kontraktor yang berjaya didalam tender tersebut maka pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak sebelum kontraktor memulakan kerjanya. Dokumen kontrak ini adalah perjanjian antara majikan dan kontraktor. Diperingkat ini pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak yanng lengkap dengan segala dokumen, borang kontrak, spesifikasi dan lain-lain lagi.

5. Memeriksa insurans.

Sebelum memulakan kerja pihak kontraktor hendaklah mengambil insuran yang berkaitan seperti yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara samada Borang JKR atau PAM. Oleh itu Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa segala insuran yang telah diambil oleh pihak kontraktor tersebut adalah sah dan mencukupi. Jika perlu pihak Juruukur Bahan akan menghubungi pihak syarikat insuran terbabit bagi memastikan ianya bukan merupakan polisi yang palsu.

Selain itu juga Juruukur Bahan perlulah memastikan polisi insuran yang diambil oleh pihak kontraktor adalah dari syarikat yang dibenarkan oleh pihak Arkitek. Pihak Juruukur Bahan juga perlulah memastikan polisi insuran tersebut adalah meliputi jangka waktu yang telah ditetapkan. Juruukur Bahan perlulah memastikan nama didalam polisi insuran tersebut adalah betul. Jika berlaku kesilapan maka pihak kontraktor semestinya tidak akan menerima pampasan dari pihak insuran jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Ini adalah berdasarkan kepada kes Macaura Vs Northen Insurance Co (1925AC619) dimana pihak plantif mempunyai syarikat pembalakan dan mengambil insuran atas namanya dan bukan atas nama syarikat. Apabila berlaku kebakaran keatas syarikatnya maka pihak plaintif telah membuat tuntutan kepada pihak insuran. Didalam kes ini pihak mahkamah telah menetapkan bahawa plantif tidak dapat untuk membuat tuntutan kerana insuran yang diambil itu adalah atas namanya dan bukan atas nama syarikatnya kerana ianya tiada kepentingan kepada syarikatnya.

6. Penilaian kerja.

Antara tanggungjawab Juruukur Bahan adalah untuk membuat penilaian kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor. Tujuan penilaian kerja ini diadakan ialah untuk memberikan bayaran kepada kontraktor terhadap kerja-kerja yang dilakukan. Namun begitu kerja-kerja penilaian kerja ini hendaklah dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan dan disertai oleh pihak wakil kontraktor.

Selain daripada itu, ianya juga akan dapat memberikan gambaran tentang kemajuan kerja yang telah dilakukan oleh pihak kontraktor pada bulan yang terbabit. Juruukur Bahan juga adalah dengan ini bertanggung jawab untuk mengeluarkan Perakuan Interim dalam jangka waktu 14 hari selepas penilaian kerja dilakukan. Ini seperti yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara.

7. Mengira perubahan kerja.

Jika terdapat perubahan kerja semasa proses pembinaan maka pihak Juruukur Bahan adalah bertanghgungjawab untuk menilai semula kerja-kerja yang terbabit. Dengan mengira perubahan kerja terbabit pihak Juruukur Bahan akan dapat mengetahui kos sebenar kerja-kerja terbabit sama ada ianya bertambah ataupun berkurangan daripada kos yang asal. Ini adalah seperti yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara.

8. Mempertimbangkan tuntutan kontraktor.

Jika pihak kontraktor membuat tuntutan kepada pihak Juruukur Bahan akibat daripada pematuhannya kepada arahan Pegawai Penguasa/Arkitek seperti yang dinyatakan dalam Borang Kontrak Setara, maka adalah menjadi tanggungjawab Juruukur Bahan untuk memastikan bahawa tuntutan itu adalah benar. Selain itu juga ianya dapat memastikan bahawa kos yang ditanggung oleh pihak kontraktor tersebut akibat daripada arahan tersebut adalah benar-benar merugikannya disini pihak kontraktor adalah berhak untuk menerima segala dokumen dan resit-resit pembayaran yang menunjukkan bahawa pihak kontraktor adalah menanggung rugi akibat daripada pematuhan arahan Pegawai Penguasa/Arkitek.

9. Lanjutan masa.

Di samping itu juga pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menganalisa segala alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor untuk meminta lanjutan masa seperti mana yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara.. Jika didapati alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor iitu adalah munasabah maka pihak akan Juruukur Bahan memberikan persetujuannya kepada pihak Pegawai Penguasa/Arkitek untuk mengeluarkan arahan bagi meluluskan permintaan kontraktor untuk lanjutan masa tersebut.

10. Akaun muktamad.

Setelah pihak kontraktor mendapat sijil perakuan siap kerja (iaitu selepas kontraktor membaiki segala kecacatan yang ada), maka pihak Juruukur Bahan adalah dengan ini bertanggungjawab untuk membuat akaun muktamad. Akaun muktamad ini adalah bertujuan untuk mengetahui jumlah sebenar wang yang digunakan didalam projek itu samada ianya mengikut peruntukan (budget) yang telah ditetapkan oleh pihak kontraktor ataupun melebihi peruntukan tersebut.

6 comments:

zainal pulau temasek said...

Nice blog and very informative.

yana01 said...

nak tanye 1 soalan...jurusan ukur bahan nie sesuia untuk perempuan x?

Anonymous said...

ukur bahan ni sesuai untuk semua jantina. tapi memerlukan pengorbanan dari segi masa dan perlu banyak bersabar

ibu daniels said...

nak kira sesuai atau tidak bergantung pd hati masing2, seperti engineer, perempuan juga ada terlibat. Dalam bnyk profesion binaan ni, qs adalah yg paling sesuai untuk perempuan...

ukur bahan : quantity surveying said...

apartment sebenarnya perumahan yg dibina ke atas. Kebanyakkan unit adalah sama. Jadi selalu multiply by nombor tingkat. Jgn terlupa atau terlebih bilang pula bilangan tingkat.

Berkawan dgn qs...depa boleh tolong tunjukkan. Tidaklah sesukar engineer.

ukur bahan : quantity surveying said...

fyqa yusof:
slmt datang ke dunia QS...berfungsi utk selamatkan wang klien. Tiada masalah.