Wednesday, June 20, 2007
Gaya yang Betul Dalam Pengukuran Kuantiti
Susunan: Norizan bin Mansor
Bagi kita yang telah terjun ke bidang ukur bahan, tak kira peringkat sijil, diploma atau sarjana muda, sewajarnya kita boleh mengukur dan seelok-eloknya menguasai ilmu ukur kuantiti berdasarkan lukisan arkitek dan jurutera.
Ukur kuantiti adalah sebagai kerja asas – bread & butter – yang perlu juruukur bahan lakukan, samada kita yang bekerja di firma kontraktor atau lebih-lebih lagi di firma perunding ukur bahan bila menyediakan senarai bahan (kini di sebut senarai kuantiti). Mungkin kita telah menjadi juruukur bahan senior atau menjadi rakan kongsi syarikat dan mengukur kuantiti hanya di lakukan staf junior. Tetapi kadang-kadang bila di tanya, kita terpaksa mengajar the good practice.
Bila mengukur pastikan ianya mengikut gaya yang betul seperti yang di pelajari dari pensyarah-pensyarah ukur bahan dan yang di nyatakan dalam buku teks ukur binaan yang muktabar. Kalau tidak tentu kita akan menyusahkan orang lain untuk memahami gaya kita kerana agak berbeza. Biasanya pensyarah hanya mengajar amalan yang baik (the good practice).
Di antaranya:
1. Pengukuran (taking-off) BERMULA dengan penyediaan taking-off list. Kita perlu menulis item kerja (items) yang perlu di ukur menggunakan taking-off list. Mungkin ada item yang tertinggal, akan di masukkan bila teringat.
2. Pastikan nombor muka surat dan nama pengukur di tulis pada setiap helai kertas.
3. Item yang telah di ukur hendaklah di tandakan penuh menggunakan salah satu tanda di bawah yang selari SELEPAS item selesai di ukur dengan menggunakan dakwat merah. Bukan apabila selesai semua pengukuran.
Begini
4. Pastikan tulisan kita boleh di baca oleh orang lain kerana kadang-kadang staf lain menderita kerana tulisan kita sukar di baca. Juruukur bahan bukan pegawai perubatan (doktor) tetapi sebagai akauntan kos dalam industri binaan.
5. Tulis hasil pendaraban (timesing) pada di lajur jawapan SEJAJAR dengan ukuran sesuatu ukuran seperti di bawah ini. Elakkan menulis di lajur jawapan lebih kebawah.
6. Bila membatalkan sesuatu dimensi, sila gunakan NIL menggunakan dakwat merah. Boleh gunakan huruf kecil nil. Di tunjukkan di bawah:
7. Elakkan menulis ditto (yang bermaksud seperti di atas) bila mengukur menggunakan kertas ukuran pengasingan (cut & shuffle). Ia boleh di lakukan hanya untuk kertas ukuran tradisional.
8. Untuk item-item yang mempunyai dimensi yang sama, cuma tuliskan ‘As per page no….’ di dalam ruang dimensi dan di gariskan.
9. Elakkan menulis huraian yang panjang pada setiap muka kertas dengan menulis sedikit huraian bagi item tersebut di ikuti dengan perkataan a.b.d (as before desribed). Huraian yang panjang hanya di tulis pada muka pertama.
10. Lebih cantik sekiranya menggariskan (underline) menggunakan pembaris di bawah setiap dimensi dsbnya daripada menggunakan tangan (free hand).
11. Gunakan treasury tags untuk mengikat kertas-kertas ukuran yang telah di gunakan. Jangan sekali-kali menggunakan stapler.
Bagi item tertentu yang dimensinya banyak yang memerlukan beberapa helai kertas ukuran perlu di ikatkan bersama menggunakan treasury tags atau pun stapler. Helaian yang paling atas di sebut helaian master di ikuti dengan slaves di bawahnya. Pastikan jumlah kuantiti di letakkan dalam helaian master sahaja.
12. Untuk pengiraan gunakan ruang kerja di sebelah kanan
yang boleh. Pengiraan adalah penting untuk masa depan. Anda mungkin terlupa atau bertukar tempat kerja.
13. Pastikan hanya jawapan pengiraan yang akan di pindahkan ke lajur ukuran di berikan garis dua kali (double underlined).
14. Penggunaan pemadam cecair (liquid paper) untuk memadamkan kesalahan adalah TIDAK di galakkan. Cuma potong sahaja dengan pen dan tulis pembetulan di atasnya. Segala ukuran akan di simpan dan boleh menjadi bukti di mahkamah bila perlu.
15. Menulis perkataan ‘To take’ beberapa item yang akan di ambil apabila terpaksa meninggalkan pengukuran.
Terima kasih kepada pensyarah ukur bahan zaman berzaman yang memperturunkan amalan yang baik kepada juruukur bahan pelapis. Selamat mengukur dengan gaya yang betul.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
aii
askm..
sye nie student qs di politeknik..
syer x beraper paham la tentang kerje2 dalm post contract nie..
ble x terangkan skit..
Dear Anonymous
Post contract/pasca kontrak ialah apabila kontraktor sudah masuk tapak.
tapak bina itu diserahkan kpd kontraktor hingga tapak di serahkan semula kepada pemilik/klien, biasanya selepas projek telah siap di bina.
Peringkat inilah berlakunya kontraktor membina projek yg dicadangkan/lukis/reka dan diluluskan oleh arkitek dgn bantuan jurutera struktur, jurutera M & E dan dibayar oleh klien/pemilik dgn persetujuan nilainya oleh juruukur bahan.
Pasca kontrak merupakan peringkat yg menarik krn mcm2 pengajaran yg boleh diambil.
Post a Comment