Wednesday, June 20, 2007

Gaya yang Betul Dalam Pengukuran Kuantiti

Susunan: Norizan bin Mansor

Bagi kita yang telah terjun ke bidang ukur bahan, tak kira peringkat sijil, diploma atau sarjana muda, sewajarnya kita boleh mengukur dan seelok-eloknya menguasai ilmu ukur kuantiti berdasarkan lukisan arkitek dan jurutera.

Ukur kuantiti adalah sebagai kerja asas – bread & butter – yang perlu juruukur bahan lakukan, samada kita yang bekerja di firma kontraktor atau lebih-lebih lagi di firma perunding ukur bahan bila menyediakan senarai bahan (kini di sebut senarai kuantiti). Mungkin kita telah menjadi juruukur bahan senior atau menjadi rakan kongsi syarikat dan mengukur kuantiti hanya di lakukan staf junior. Tetapi kadang-kadang bila di tanya, kita terpaksa mengajar the good practice.

Bila mengukur pastikan ianya mengikut gaya yang betul seperti yang di pelajari dari pensyarah-pensyarah ukur bahan dan yang di nyatakan dalam buku teks ukur binaan yang muktabar. Kalau tidak tentu kita akan menyusahkan orang lain untuk memahami gaya kita kerana agak berbeza. Biasanya pensyarah hanya mengajar amalan yang baik (the good practice).

Di antaranya:

1. Pengukuran (taking-off) BERMULA dengan penyediaan taking-off list. Kita perlu menulis item kerja (items) yang perlu di ukur menggunakan taking-off list. Mungkin ada item yang tertinggal, akan di masukkan bila teringat.

2. Pastikan nombor muka surat dan nama pengukur di tulis pada setiap helai kertas.

3. Item yang telah di ukur hendaklah di tandakan penuh menggunakan salah satu tanda di bawah yang selari SELEPAS item selesai di ukur dengan menggunakan dakwat merah. Bukan apabila selesai semua pengukuran.
 Begini
                       

4. Pastikan tulisan kita boleh di baca oleh orang lain kerana kadang-kadang staf lain menderita kerana tulisan kita sukar di baca. Juruukur bahan bukan pegawai perubatan (doktor) tetapi sebagai akauntan kos dalam industri binaan.

5. Tulis hasil pendaraban (timesing) pada di lajur jawapan SEJAJAR dengan ukuran sesuatu ukuran seperti di bawah ini.  Elakkan menulis di lajur jawapan lebih kebawah.                            
   
    
6. Bila membatalkan sesuatu dimensi, sila gunakan NIL menggunakan dakwat merah. Boleh gunakan huruf kecil nil. Di tunjukkan di bawah:
  
7. Elakkan menulis ditto (yang bermaksud seperti di atas) bila mengukur menggunakan kertas ukuran pengasingan (cut & shuffle). Ia boleh di lakukan hanya untuk kertas ukuran tradisional.

8. Untuk item-item yang mempunyai dimensi yang sama, cuma tuliskan ‘As per page no….’ di dalam ruang dimensi dan di gariskan.

9. Elakkan menulis huraian yang panjang pada setiap muka kertas dengan menulis sedikit huraian bagi item tersebut di ikuti dengan perkataan a.b.d (as before desribed). Huraian yang panjang hanya di tulis pada muka pertama.

10. Lebih cantik sekiranya menggariskan (underline) menggunakan pembaris di bawah setiap dimensi dsbnya daripada menggunakan tangan (free hand).

11. Gunakan treasury tags untuk mengikat kertas-kertas ukuran yang telah di gunakan. Jangan sekali-kali menggunakan stapler

Bagi item tertentu yang dimensinya banyak yang memerlukan beberapa helai kertas ukuran perlu di ikatkan bersama menggunakan treasury tags atau pun stapler. Helaian yang paling atas di sebut helaian master di ikuti dengan slaves di bawahnya. Pastikan jumlah kuantiti di letakkan dalam helaian master sahaja.

12. Untuk pengiraan gunakan ruang kerja di sebelah kanan
yang boleh.  Pengiraan adalah penting untuk masa depan. Anda mungkin terlupa atau bertukar tempat kerja.

13. Pastikan hanya jawapan pengiraan yang akan di pindahkan ke lajur ukuran di berikan garis dua kali (double underlined).

14. Penggunaan pemadam cecair (liquid paper) untuk memadamkan kesalahan adalah TIDAK di galakkan. Cuma potong sahaja dengan pen dan tulis pembetulan di atasnya. Segala ukuran akan di simpan dan boleh menjadi bukti di mahkamah bila perlu.

15. Menulis perkataan ‘To take’ beberapa item yang akan di ambil apabila terpaksa meninggalkan pengukuran.

Terima kasih kepada pensyarah ukur bahan zaman berzaman yang memperturunkan amalan yang baik kepada juruukur bahan pelapis. Selamat mengukur dengan gaya yang betul.

Tuesday, June 12, 2007

Sedikit Tentang Sejarah Ukur Bahan di Malaysia

Penyusun asal: Asmah Alia Mohd Bihari, Leong Lee Lee & Mani Malar Moli a/p Natchiappan

Profesion ukur bahan telah wujud di Malaysia pada awal tahun 1930. Firma ukur bahan pertama ditubuhkan di kawasan ini ialah firma perunding ukur bahan Waters and Watsons iaitu pada tahun 1934.

Setelah perang dunia ke-2, barulah profesion ukur bahan berkembang di Malaysia. Kerajaan yang ada waktu itu menubuhkan Bahagian Ukur Bahan dalam Jabatan Kerja Raya tetapi tugas-tugas Juruukur Bahan adalah terhad. Juruukur Bahan pada masa itu adalah di bawah Jabatan Arkitek dan bertugas sebagai Pegawai Kontrak. Juruukur Bahan pada masa itu bertindak sebagai Pegawai Kontrak untuk memanggil tender dalam bentuk harga pukal (lump sum), menguruskan kontrak dan menyediakan akaun muktamad sesuatu projek

Pada tahun 1952, barulah ukur bahan mempunyai cawangannya sendiri di Jabatan Kerja Raya. Tidak ada sistem pembelajaran yang spesifik sehinggalah pada tahun 1953. Pada masa itu, pelatih jurutenik ukur bahan terpaksa belajar dari Juruukur Bahan asing, kebanyakan warganegara British, yang ada di Jabatan Kerja Raya dan melalui pengalaman mereka bekerja.

Pada tahun 1953, Maktab Teknik (di tukarkan menjadi Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) pada 1972) telah ditubuhkan dan kursus Diploma Ukur Bahan adalah merupakan salah satu kursus yang diadakan khas untuk menyediakan Pembantu Teknik Ukur Bahan untuk berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya. Pensyarah yang mengajar adalah pensyarah sambilan. Skop kursusnya adalah hampir sama dengan kursus Senibina dan kursus Kejuruteraan Awam iaitu dari segi matapelajaran Pembinaan Bangunan.
Penuntut–penuntut yang mendapat Diploma Ukur Bahan akan dihantar melanjutkan pelajaran di luar negara. Sebahagiannya pula dihantar bekerja di Jabatan Kerja Raya.

Selepas perang dunia ke-2, firma-firma ukur bahan yang awal yang wujud di Malaysia ialah pada tahun 1958 iaitu firma ukur bahan Frank and Vargeson dan diikuti oleh Chris and Cavanaugh dan seterusnya ialah Bridge Water and Coulton. Pada tahun 1963, firma ukur bahan Suckling and Mcdonald telah ditubuhkan dan terdiri daripada Juruukur Bahan K.A Suckling dan J.H Mc Donald.

Pada tahun 1965, seorang Juruukur Bahan Bumiputera, Haji Md Isahak Md Yusuf (sekarang Datuk) merupakan seorang Juruukur Bahan Melayu yang pertama memasuki sektor swasta. Haji Mohd Isahak menubuhkan firma Ukur Bahan bumiputera yang pertama di Malaysia.

Seterusnya, aktiviti pembinaan berkembang dengan pesatnya di Malaysia, firma ukur bahan juga berkembang dengan pesatnya. Sehingga kini perkembangan firma perunding ukur bahan adalah di tahap yang baik. Kalau dulu hanya di bandar besar sahaja yang terdapat pejabat perunding ukur bahan tetapi kini berkembang ke mana-mana.

Institusi–institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan kursus ukur bahan pada peringkat Sarjana Muda, Diploma dan Sijil juga meningkat.

Universiti Teknologi Malaysia (dulu Institut Teknologi Kebangsaan) merupakan pelopor kursus bidang ukur bahan di Malaysia dan di ikuti oleh Universiti Teknologi MARA (dulu Institut Teknologi MARA). Di kedua-dua universiti kursus di tawarkan meliputi peringkat Diploma dan Sarjana Muda. Sementara itu Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa juga kini menawarkan kursus ukur bahan pada peringkat Sarjana Muda sahaja. Politeknik awam setakat ini hanya menawarkan kursus ukur bahan pada peringkat Diploma dan Sijil.

Pada hari ini, profesion Juruukur Bahan semakin di kenali di kalangan masyarakat dan perkhidmatannya adalah mendapat sambutan yang menggalakkan. Dulu beberapa orang pelajar Indonesia telah mengikuti kursus ukur bahan di ITM dan UTM. Akhirnya Universiti Teknologi Malaysia (melalui Jabatan Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina)
telah berjaya memperkenalkan kursus ukur bahan (di kenali sebagai Teknik Ekonomi Konstruksi) di negara jiran Indonesia melalui kerjasama Universitas Bung Hatta, Padang melalui Fakultas Teknik Sipil dan Perencanaan) pada peringkat Diploma mulai 2002.

Wednesday, June 6, 2007

Pengenalan kepada Industri Binaan

Definisi
Binaan/Pembinaan (Construction) : Proses membina untuk menghasilkan suatu struktur tetap diatas lokasi tertentu (biasanya di atas tanah).
Industri : Sektor kegiatan ekonomi tenaga kerja sesuatu negara.
Industri binaan : Merupakan salah satu bidang kegiatan ekonomi tenaga kerja penduduk sesuatu negara.

Sektor ekonomi industri binaan melibatkan
· Perancangan
· Rekabentuk
· Pembinaan
· Pembaikan
· Penyenggaraan
· Pengubahsuaian
· Perobohan
berbagai bangunan dan kerja untuk manfaat kegiatan manusia.

Klasifikasi Industri Binaan


Berdasarkan jenis kerja yang dilaksanakan, industri binaan dapat diklasifikasikan kepada DUA jenis iaitu:-

1. Bangunan : binaan yang mencakup ruang untuk mewujudkan suasana kondusif bagi pelaksanaan kegiatan hidup insan. Contohnya rumah kediaman, klinik/hospital, rumah ibadat, tadika/sekolah, IPT, pejabat, kilang, kedai, penjara, restoran dan muzium.

2. Kerrja Kejuruteraan Awam : binaan yang membantu pelaksanaan kegiatan (ekonomi, sosial, budaya) kehidupan (infrastruktur).
Contohnya jalan, lebuhraya, jambatan, terowong, lapangan terbang, pelabuhan, loji janakuasa, empangan, taliair, terusan dan pemecah ombak.

Kegiatan Ekonomi Negara

Laporan Ekonomi Tahunan, Kementerian Kewangan Malaysia membahagikan kegiatan ekonomi negara kepada jenis berikut:
· Pertanian, perhutanan & perikanan (termasuk ternakan & hortikultur)
· Perlombongan dan kuari
· Perkilangan
· Pembinaan
· Elektik, gas & air
· Pengangkutan, penyimpanan & perhubungan
· Perdagangan borong & runcit, hotel & restoran
· Kewangan, insuran, hartanah & perkhidmatan perniagaan
· Perkhidmatan kerajaan
· Perkhidmatan2 lain (kemasyarakatan, sosial & persendirian, perkhidmatan swasta tanpa keuntungan)

Kedudukan industri binaan dalam pembangunan negara

· Industri binaan sangat penting untuk penyediaan kemudahan fizikal keperluan sesebuah negara.I

· Membolehkankan impian (didalam minda dan diatas kertas/lukisan) terbina di alam realiti.

· Bandingkan kemudahan yang ada semasa negara mula merdeka dan kini dari sudut bilangan, saiz dan kompleksiti

Jangan sekadar negara yang merdeka, kita mesti lah sebagai warga merdeka.
· Penekanan sewaktu baru merdeka dengan sekarang mungkin berbeza.
· Keperluan vs kemewahan
· Kemudahan fizikal sebagai tanda kemajuan? Kemajuan adalah fizikal atau attitude?

Sumbangan industri binaan dalam ekonomi negara
Bilangan terlibat?
Berapa nilai keluaran?
Kedudukan?

Sila Cari
Maklumat mengenai GNP dan GDP.

Masa untuk Berfikir
You are what you believe and do.
Belief is abstract. But what you do reflect what you believe.
AKSI sebagai BUKTI.

If you want to be successful, ACT accordingly.
If you want success here, you have to WORK!
If you want success here and there, WORK!
There is no easy way to SUCCEED, but HARD (although SMART) WORK.

Just do it. ACTION!

Lembaga Juruukur Bahan Malaysia

1.1 Sejarah Penubuhan

Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LBJM) atau Board of Quantity Surveyor Malaysia merupakan badan berkanun yang ditubuhkan melalui Akta Parlimen yang dengan nama Registration of Quantity Surveyor Act 1967 (yang juga dikenali sebagai Quantity Surveyor Act 1967). Tanggungjawab lembaga ini ialah :
a. Pendaftaran Juruukur Bahan dan firma serta badan korporat yang mengamalkan praktis perkhidmatan ukur bahan.
b. Menggubal undang-undang profesion Juruukur Bahan di Malaysia.

Matlamat yang ingin dicapai oleh lembaga ini ialah untuk melindungi kepentingan awam terhadap amalan tidak beretika dan salah laku Juruukur Bahan dalam memberi perkhidmatan Juruukur Bahan.

LJBM dikenali sebagai Lembaga Juruukur di mana ianya di bawah Akta Pendaftaran Juruukur 1967 sebelum tahun 1982. Tanggungjawab lembaga ini ialah menggubal undang-undang terhadap profesion Juruukur Bahan dan Penilai (Valuers).

Pada tahun 1989, perubahan telah dibuat kepada Akta Juruukur Bahan menjadi Peraturan Juruukur Bahan (1995) yang bertujuan untuk menambahkan kuasa penyediaan peraturan mengenai profesion Juruukur Bahan.

Hanya Juruukur Bahan yang mempunyai kelayakan bersesuaian diterima berdaftar dengan Lembaga untuk memberikan perkhidmatan Juruukur Bahan untuk mengelakkan salah laku dan amalan praktis bagi melindungi kepentingan awam. Ia juga akan mengambil tindakan terhadap aduan yang diterima mengenai Juruukur Bahan berdaftar yang melanggar kod profesional sebagai Juruukur Bahan sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam Peraturan Juruukur Bahan,merujuk kepada Seksyen 26 Akta Juruukur Bahan 1967.

Dengan adanya Lembaga ini,pandangan awam mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh Juruukur Bahan di Malaysia memuaskan dan melindungi kepentingan awam serta profesion Juruukur Bahan sendiri.


1.2 AKTA JURUUKUR BAHAN 1967

I. Pada 26 September 1967, Akta Pendaftaran Juruukur 1967 telah diluluskan oleh Parlimen. Akta ini merangkumi Profesion Ukur Bahan dan Penilaian. Tujuan Akta pada masa itu adalah agar mereka yang bertauliah sahaja yang berhak membuat dan memberi perkhidmatan Ukur Bahan dan Penilaian kepada pelanggan.

Dengan itu semua Juruukur Bahan dan Penilai yang sedang menjalani amalan Perunding dan mereka yang berkelulusan yang telah ditetapkan hendaklah berdaftar dengan Lembaga Juruukur. Pindaan-pindaan telah dibuat ke atas Akta ini pada tahun 1973, 1974 dan 1975.
II. Pada tahun 1981, Akta ini telah dipinda lagi agar kedua-dua profesion Ukur Bahan dan Penilaian mempunyai Akta sendiri. Dengan itu lahirlah Akta Pendaftaran Juruukur Bahan 1967. Pindaan telah dibuat ke atas Akta ini pada tahun 1984 dan 1986.Pada tahun 1989, Akta Pendaftaran Juruukur Bahan 1967 telah ditukar menjadi Akta Juruukur Bahan 1967 (Pindaan).

Tujuan Akta adalah untuk memperuntukkan penubuhan Lembaga Juruukur Bahan; untuk mendaftar Juruukur Bahan dan firma serta Pertubuhan Perbadanan yang beramal sebagai Juruukur Bahan Perunding; dan seterusnya untuk menyelaraskan serta menetapkan peraturan amalan Ukur Bahan dan yang berkaitan dengannya.


III. Akta ini terbahagi kepada beberapa Bahagian iaitu:
a. Bahagian I - Permulaan
b. Bahagian II - Lembaga Juruukur Bahan
c. Bahagian III - Pendaftaran Juruukur Bahan dan firma serta
Pertubuhan Perbadanan
d. Bahagian IV - Pembatalan,mengeluar dan kemasukan semula
e. Bahagian V - Peruntukan-peruntukan Am


1.3 FUNGSI LEMBAGA JURUUKUR BAHAN MALAYSIA
Terdapat banyak fungsi Lembaga Juruukur Bahan Malaysia. Antaranya ialah:
a. Sebagai badan bertanggungjawab untuk pendaftaran Juruukur Bahan dan firma yang ingin mengamalkan praktis dan perundingan ukur bahan.
b. Meluluskan atau menolak permohonan untuk pendaftaran di bawah Akta mengikut prosedur dan kelayakan yang telah ditetapkan.
c. Membuat pembatalan, pindaan atau pemasukan semula mengenai pendaftaran Juruukur Bahan sekiranya seseorang Juruukur Bahan melakukan perkara yang tidak diingini atau mengaibkan Lembaga.
d. Menentukan skala bayaran terhadap perkhidmatan atau nasihat profesional dari Juruukur Bahan berdaftar dari masa ke masa dengan kelulusan Menteri.
e. Mendengar dan menentukan perselisihan yang berkaitan dengan amalan atau etika profesional Juruukur Bahan;atau melantik satu jawatankuasa atau Arbitrator untuk mendengar dan menentukan pertikaian tersebut.
f. Menentukan dan menyelaraskan amalan atau etika profesional Juruukur Bahan.
g. Secara umumnya,untuk melaksanakan segala tindakan dan perkara yang diperlukan untuk pelaksanaan Akta Pendaftaran Juruukur Bahan 1967.


1.3 PERMOHONAN SEBAGAI JURUUKUR BAHAN BERDAFTAR DENGAN LBJM

Seseorang juruukur bahan berdaftar sementara yang ingin memohon untuk pendaftaran sebagai juruukur bahan mestilah memiliki kelulusan dari institusi yang diiktiraf oleh LJUBM dan mestilah mempunyai pengalaman praktik:
a. Bekerja sebagai juruukur bahan dalam tempoh dua tahun di mana-mana jabatan, pihak berkuasa,institusi atau badan yang diluluskan oleh lembaga sama ada sektor awam atau swasta yang memuaskan hati majikan.
b. Sekiranya mereka tidak bekerja seperti di atas, tetapi menjalankan tugas-tugas ukur bahan di firma, pertubuhan perbadanan atau organisasi yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi atau pekerja juruukur bahan berdaftar.

Tempoh dua tahun adalah dikira bermula dari tarikh pendaftaran sebagai juruukur bahan berdaftar sementara.

Untuk membolehkan berdaftar sebagai juruukur bahan berdaftar,seseorang perlu mengambil Ujian Kecekapan Profesional (Test of Professional Competence) yang dikendalikan bersama Lembaga LJUBM dan Pertubuhan Juruukur Malaysia yang mengandungi perkara-perkara seperti berikut:
a. Pengalaman praktis yang dijalankan dalam tempoh minimum dua tahun seperti yang telah dinyatakan atau mempunyai pengalaman profesional dalam bidang berkaitan di bawah penyeliaan seseorang juruukur bahan berdaftar atau seorang anggota atau Felo Pertubuhan Juruukur (Malaysia) yang merupakan seorang juruukur bahan.
b. Pengemukaan tugas-tugas praktik seperti yang diarahkan oleh panel bersama Ujian Kecekapan Profesional.
c. Satu ujian bertulis berhubungan dengan pengalaman profesional yang telah diperolehi dan tata kelakuan profesional.
d. Satu temuduga profesional yang dijalankan sekurang-kurangnya oleh dua orang pemeriksa yang dilantik oleh panel bersama Ujian Kecekapan Profesional dari masa ke masa.
e. Sebarang bentuk ujian atau penilaian lain kecekapan profesional sebagaimana yang boleh diputuskan oleh panel bersama Ujian Kecekapan Profesional dari masa ke masa.
Mereka juga dikehendaki mengemukakan bersama permohonannya bukti bertulis bahawa yang dia telah mematuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan.

1.4 PENDAFTARAN JURUUKUR BAHAN DAN FIRMA DI LEMBAGA JURUUKUR BAHAN MALAYSIA (LJBM)

PENDAFTARAN JURUUKUR BAHAN
Terdapat dua kategori pendaftaran juruukur bahan di LJBM iaitu:
a. Pendaftaran juruukur bahan berdaftar
b. Pendaftaran juruukur bahan sementara (provisional)
Prosedur-prosedur yang perlu diikuti apabila seseorang Juruukur Bahan ingin berdaftar dengan LJBM ialah:
i. Borang Pendaftaran
Terdapat dua jenis borang yang perlu diisi bergantung kepada kategori pendaftaran iaitu:
Juruukur Bahan Berdaftar
Warganegara atau pemastautin tetap Malaysia yang ingin dan berminat untuk berdaftar sebagai Juruukur Bahan berdaftar mestilah membuat pemohonan pendaftaran menggunakan borang yang ditetepkan iaitu Borang B dalam Jadual Pertama.
Pendaftaran sementara
Bagi mereka yang ingin memohon untuk pendaftaran sementara menggunakan Borang A dalam Jadual Pertama.
ii. Penyerahan borang permohanan
Dalam tempoh 45 hari setelah menerima permohanan pendaftaran,pendaftar mestilah:
a) Menyerahkan borang tersebut kepada Lembaga.
b) Membuat satu salinan setiap borang dan diberikan kepaada ahli-ahli dalam Lembaga.
Pihak Lembaga akan membuat keputusan mengenai permohonan tersebut dalam masa 90 hari dari tarikh penyerahan borang oleh pendaftar.Penyerahan salinan kepada setiap anggota lembaga boleh dilakukan sama ada:
a. Memberikan kepada anggota itu sendiri.
b. Meninggalkannya di permis perniagaan atau pejabat dalam jagaan rakan kongsi atau pekerja anggota itu.
c. Majikan anggota.
d. Menghantar melalui pos biasa sama ada ke alamat rumah,perniagaan atau pejabat.
iii. Pemberitahuan keputusan pendaftaran
Setiap pemohon akan diberi notis mengenai keputusan permohonan sebagai Juruukur Bahan berdaftar dalam tempoh 45 hari dari tarikh keputusan dibuat oleh Lembaga.Tarikh keputusan juga dinyatakan di dalam notis tersebut untuk makluman para pemohon.
iv. Bayaran keputusan pendaftaran
Setelah permohanan telah diluluskan oleh Lembaga,setiap pemohon sama ada yang berdaftar sebagai Juruukur Bahan berdaftar atau pendaftaran sementara, mestilah membuat pembayaran yuran pendaftaran dalam masa 3 bulan dari tarikh notis pemberitahuan dikeluarkan kepada setiap pemohon. Jumlah bayaran yang perlu dibayar adalah berbeza mengikut kategori pendaftaran:
Juruukur bahan berdaftar
Jumlah yuran yang dikenakan ialah sebanyak RM200.00.
Juruukur bahan berdaftar sementara
Jumlah yuran ialah sebanyak RM50.00.
Sekiranya mereka gagal untuk berbuat demikian dalam tempoh yang telah ditetepkan, Lembaga menganggap bahawa pemohon telah menarik balik permohonan pendaftaran yang dibuat oleh mereka. Maka,sekiranya mereka ingin membuat permohonanan semula, permohonan mereka tidak akan dipertimbangkan dalam tempoh setahun dari tarikh permohonannya yang terdahulu diluluskan.
Namun begitu, sekiranya Lembaga berpuashati dengan sebab dan alas an yang munasabah kegagalan untuk membayar yuran pendaftaran, Lembaga akan menimbang permohonan yang diterima sebelum habis tempoh setahun itu.
v. Sijil pendaftaran
Sijil pendaftaran akan diberikan mengikut kategori pendaftaran iaitu:
Juruukur bahan berdaftar
Menggunakan borang D seperti yang terdapat dalam Jadual Pertama.
Juruukur bahan berdaftar sementara
Menggunakan borang C dalam Jadual Pertama.
vi. Permohonan untuk memperbaharui sijil pendaftaran
Permohonan untuk memperbaharui sijil pendaftaran boleh dibuat menggunakan surat biasa. Bayaran pembaharuan bagi pendaftaran juruukur bahan berdaftar dikenakan sebanyak RM150.00 manakala juruukur bahan berdaftar sementara sebanyak RM50.00.
vii. Yuran kemasukan semula (reinstatement)
Bergantung kepada kategori pendaftaran iaitu:
Juruukur bahan berdaftar
Jumlah amaun bayaran pembaharuan yang kena bayar dibayar jika pendaftar dibaharui bayaran pendaftaran yang dikenakan ialah sebanyak RM150.00. Pembayaran pentadbiran sebanyak RM30.00.
Juruukur bahan berdaftar sementara
Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM50.00 manakala bayaran pentadbiran adalah sebanyak RM30.00.
viii. Sijil pemasukan semula
Selepas pemasukan semula, pendaftar akan mengeluarkan sijil pemasukan semula kepada juruukur bahan berdaftar menggunakan borang G (dalam Jadual Pertama), manakala untuk juruukur bahan berdaftar sementara menggunakan borang H (Jadual Pertama).

1.5 KEAHLIAN LEMBAGA JURUUKUR BAHAN MALAYSIA

Lembaga Juruukur Bahan Malaysia terdiri dari ahli-ahli yang dilantik oleh Menteri Kerja Raya. Mereka adalah Juruukur Bahan yang Berdaftar seperti berikut:
a. Seorang Presiden dari kalangan Juruukur Bahan Berdaftar (Pada masa ini, LJBM diketuai oleh Datuk Abdull Manaf bin Haji Hashim. Sebelumnya oleh Tuan Haji Mohammad bin Gading (sesi ke-9) dan tamat perkhidmatannya pada 5 Februari 2001. Presiden LJUBM yang pertama ialah Datuk Prof. Hj. Abdul Rahman Abdullah).
b. Lima Juruukur Bahan Perkhidmatan Awam.
c. Dua Juruukur Bahan dari Badan Berkanun.
d. Seorang Juruukur Bahan dari Institusi Pengajian Tinggi.
e. Lima orang Juruukur Bahan dari Sektor Swasta yang dicalonkan oleh Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM) yang mempunyai pengalaman melebihi enam tahun.
f. Seorang calon dari Lembaga Arkitek.
g. Seorang calon dari Lembaga Jurutera.
h. Seorang calon dari Lembaga Penilaian dan Hartanah.
Tempoh keahlian mereka ini adalah tidak melebihi tiga tahun dan mereka ini boleh dicalonkan untuk dilantik semula bagi tempoh berikutnya.


1.6 Pendaftaran Firma-firma dan Pertubuhan Perbadanan
Firma-firma atau pertubuhan-pertubuhan yang ingin berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia perlu mematuhi prosedur-prosedur yang berikut:
Permohonan pendaftaran
Firma-firma atau pertubuhan-pertubuhan yang berhasrat untuk menjalankan amalan sebagai juruukur bahan perunding mestilah membuat permohonan kepada Pendaftar dengan menggunakan Borang 1 dalam Jadual Pertama.
Firma atau pertubuhan perbadanan yang telah menjalankan amalan sebagai juruukur bahan perunding boleh meneruskan perkhidmatannya dengan syarat :
i. Telah mendapat kelulusan bertulis dan permit yang sah daripada Lembaga.
ii. Memenuhi syarat-syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga yang difikirkan sesuai atau patut.
Pemilik tunggal atau rakan kongsi yang ingin membuka firma dan menjalankan praktik sebagai juruukur bahan, mestilah merupakan juruukur bahan berdaftar dan mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lima tahun yang memuaskan hati Lembaga. Prosedur yang sama juga bagi pertubuhan perbadanan di mana Pengarah atau pemegang-pemegang saham mestilah juruukur bahan berdaftar dan mempunyai kelayakan minimum lima tahun.
a. Pemunyaan
Setelah permohonan diterima. Pendaftar mestilah memastikan bahawa :
i. Juruukur bahan berdaftar mempunyai kepentingan mengawal dalam pertubuhan perbadanan tidak kurang daripada 55% daripada pemunyaan firma atau pertubuhan.
ii. Segala maklumat dan dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh firma atau pertubuhan memenuhi kehendak-kehendak Lembaga dari masa ke semasa.
Sekiranya pendaftar tidak berpuashati dengan segala maklumat atau dokumen-dokumen yang diserahkan oleh pemohon, maka permohonan akan dikembalikan semula kepada pemohon dengan menyatakan kecacatan yang terdapat dalam permohonan tersebut. Ianya perlu dibaiki oleh pemohon dengan mengemukakan maklumat-maklumat atau dokumen yang sesuai. Apabila Pendaftar telah berpuas hati, dalam tempoh 45 hari dari tarikh penerimaan permohonan, dia mestilah :
a. Mengemukakan kepada Lembaga.
b. Menghantar salinan permohonan kepada setiap anggota.
c. Lembaga akan memebuat keputusan mengenai permohonan tersebut dalam masa 90 hari dari tarikh permohonan itu diterima daripada Pendaftar. Penyerahan salinan kepada setiap anggota sama seperti pendaftaran individu.
b. Pemberitahuan keputusan oleh pendaftar
Pendaftar akan memaklumkan kepada pemohon yang mana permohonan mereka berjaya diluluskan oleh Lembaga dalam tempoh 45 hari dari tarikh keputusan dibuat. Segala sekatan atau syarat disertakan bersama. Tarikh keputusan oleh Lembaga juga turut dinyatakan.
c. Memorandum dan perkara persatuan dan perjanjian perkongsian
Firma atau pertubuhan perbadanan mestilah menyerahkan memorandum dan perkara persatuan syarikat yang telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 serta Perjanjian Perkongsian setelah permohonan diluluskan.
d. Yuran
Yuran pendaftaran bagi firma atau pertubuhan perbadanan sebanyak RM300.
e. Permit untuk menjalankan amalan sebagai juruukur bahan perunding
Lembaga akan mengeluarkan permit kepada firma atau pertubuhan yang telah diluluskan pendaftarannya dalam borang 1 (Jadual Pertama). Permit akan ditandatangani oleh Pendaftar dan mendapat pengesahan daripada Lembaga.
f. Permohonan bagi pembaharuan
Permohonan pembaharuan kelulusan bagi menjalankan amalan sebagai juruukur bahan perunding boleh dibuat dalam bentuk surat biasa. Yuran untuk pembaharuan sebayak RM300. Setelah permohonan untuk pembaharuan diluluskan, Pendaftar akan mengeluarkan suatu perakuan pembaharuan dalam borang K (Jadual Pertama).
g. Pertukaran nama
Sekiranya firma atau pertubuhan perbadanan yang telah diluluskan oleh Lembaga berhasrat untuk menukar nama syarikat, mestilah membuat permohonan secara bertulis kepada Pendaftar bagi mendapat kelulusan Lembaga. Nama yang dicadangkan mestilah mendapat persetujuan dari pendaftar syarikat. Setelah Lembaga meluluskannya, yuran sebanyak RM150 hendaklah dibayar dalam tempoh sebulan dari tarikh pemberitahuan oleh pendaftar mengenai kelulusan tersebut.

Untuk maklumat terkini, sila semak dengan LEMBAGA JURUUKUR BAHAN MALAYSIA di alamat
http://www.bqsm.gov.my
Untuk AKTA JURUUKUR BAHAN 1967 (Akta 487) versi pdf, sila lawat Jabatan Peguam Negara Malaysia di alamat http://www.agc.gov.my/agc/oth/listTLawbm_10.htm#

Tuesday, June 5, 2007

SUSUTNILAI : PENGGUNAAN DAN PENGIRAAN

Susunan : Juanita Jaafar, Khosimah Karim & Noraidawati Jaffar

1.0 Pengenalan
2.0 Kepentingan Susutnilai
3.0 Faktor Berlakunya Susutnilai
4.0 Kaedah Pengiraan Susutnilai

1.0 PENGENALAN

Susut nilai (depreciation) adalah merupakan kejatuhan nilai aset tetap sesuatu perniagaan. Susut nilai dianggap sebagai “kehabisan” sebahagian hayat sesuatu aset tetap disebabkan oleh penggunaannya untuk mendapatkan hasil.

Aset tetap adalah merupakan item-item yang dipunyai oleh syarikat dengan jangka hayat yang panjang iaitu melebihi 12 bulan. Secara asasnya, aset-aset tetap ini tidak dimiliki oleh syarikat untuk dijual semula atau ditukarkan kepada wang tunai. Aset tetap digunakan untuk membantu pihak perniagaan mendapat hasil untuk lebih daripada satu tempoh perakaunan, asalkan hayat aset itu belum tamat. Maka, kos aset itu hendaklah diagihkan sebagai susut nilai sepanjang hayat aset digunakan.

Hal ini, adalah selaras dengan konsep pemadanan dalam perakaunan di mana susut nilai tahunan ialah belanja yang mesti dipadankan dengan hasil yang diperoleh dalam tahun berkenaan. Oleh itu, belanja susut nilai di debitkan ke dalam Akaun Untung Rugi.

Akaun Peruntukan Susut Nilai atau Akaun Susut Nilai Terkumpul dibuka untuk merekod susut nilai sesuatu aset tetap supaya baki akaun aset tersebut sentiasa ditunjuk pada harga kos. Akaun Peruntukan Susut Nilai merupakan akaun liabiliti dan jumlahnya ditolak daripada kos aset tetap dalam Kunci Kira-kira untuk mendapatkan nilai buku bersih aset tersebut. Semakin lama tempoh penggunaan aset tetap, semakin banyak jumlah susut nilai terkumpul bagi astet berkenaan. Hal ini menyebabkan nilai buku aset tetap dalam Kunci Kira-kira semakin kurang.

2.0 KEPENTINGAN SUSUTNILAI

Kaedah yang digunakan oleh akauntan untuk mengetahui keuntungan atau kerugian bagi sesuatu jangkamasa perakaunan ialah melalui proses pemadanan. Hasil bagi jangkamasa tersebut dihitung dan akan dipadankan dengan kos-kos yang terlibat dalam mendapatkan hasil itu dan selisih ynag diperolehi merupakan keuntungan atau kerugian. Salah satu daripada kos yang mesti diambil kira ialah yang boleh digunakan dalam pemakaian (atau dalam beberapa hal tak-pakai) yang telah dibuat terhadap harta-harta tetap perusahaan tersebut bagi mendapat hasil selisih.

Contohnya, andaikan satu perusahaan menggunakan suatu mesin tertentu bernilai RM10,000.00. Jika mesin ini mempunyai hayat yang dianggarkan sepuluh tahun, menunjukkan bahawa mesin tersebut merupakan satu kos bagi perniagaan tersebut. Sekiranya diandaikan RM1,000.00 diperuntukkan untuk kos pemakaian mesin tersebut selama satu tahun, setiap satu penyata perakaunan Untung-Rugi hendaklah menggambarkan kos tersebut. Di dalam contoh ini, kos menggunakan mesin tersebut adalah sebanyak mana belanja menjalankan perniagaan tersebut seperti upah kepada pekerja-pekerja.

Sebenarnya apabila sesuatu harta seperti mesin dibeli (berkaitan dengan tatacara perakaunan) kos yang dikenakan kepada akaun harta dan seterusnya, ianya digunakan di sepanjang tempoh hayatnya. Jumlah berkadar kos tersebut dikenakan dalam tiap-tiap satu jangkamasa perakaunan terhadap hasil-hasil kendalian sebagai gambaran nisbah kos asal yang telah habis sekarang ini akan dipadankan terhadap bagi hasil jangkamasa tersebut. Jumlah yang dikenakan kepada tiap-tiap satu jangkamasa perakaunan disebut susutnilai. Kejatuhan nilai pasaran tidak merupakan perkara yang penting kerana susutnilai adalah didasarkan terhadap faktor-faktor dalaman.

Harta yang tertinggal di dalam kos asal dan peruntukkan berikutnya adalah dibuat dalam tiap-tiap satu jangkamasa perakaunan sehingga kos asal diperolehi sepenuhnya. Satu jumlah besar potongan susutnilai akan sama dengan kos asal harta itu pada ketika hayatnya yang berguna berakhir. Jumlah besar peruntukkan bagi susutnilai mungkin lebih besar atau lebih kecil daripada kos asal tetapi sekiranya dihitung dengan teliti, jumlah besarnya hampir sama dengan kos asal tersebut.

Berdasarkan keterangan di atas dapatlah disimpulkan bahawa kepentingan susutnilai ialah :
1. Ianya merupakan kos habis yang mesti dipadankan terhadap hasil seperti lain-lain kos yang terlibat dalam mendapatkan hasil itu.

2. Peruntukkan yang dibuat bagi bayaran tersebut membolehkan akauntan menggunakan satu cara penulisan harta di luar dari buku-buku pada masa hayat khidmatnya berguna telah habis.

3. Bayaran yang dibuat terhadap untung bagi susutnilai tersebut membolehkan untung bersih yang akhir bagi perniagaan tersebut dikurangkan seterusnya untung yang ada untuk pengagihan kepada tuanpunya-tuanpunya dapat dikurangkan.

4. Sumber-sumber wang adalah dikekalkan di dalam perniagaan iaitu peruntukkan kos penggantian harta yang disusutkan nilainya itu. Ini bermakna sejumlah wang dikekalkan di dalam perniagaan yang hampir sama dengan kos asal harta tersebut. Di samping itu pengekalan wang tersebut boleh juga digunakan untuk lain-lain kegunaan.

3.0 FAKTOR BERLAKUNYA SUSUTNILAI

Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya susutnilai ialah :

1. Buruk dan haus
Merupakan salah satu daripada faktor yang umum terhadap harta-harta separti loji dan jentera, kereta, motor, perabot dan kelengkapan yang lain. Geseran dan getaran merupakan sebahagian daripada aspek buruk dan haus. Walaupun pembaikan dan penyelenggaraan boleh dilakukan bagi mengimbangi proses buruk dan haus tersebut namun perkara ini tidak mungkin dapat mengekalkan harta itu dalam kerja yang sempurna.

2. Aliran masa
Masa merupakan factor yang sesuai bagi susutnilai. Selain itu, harta ynag sama turut dipengaruhi oleh masa ialah Hak-hak Jaminhak dan Hakcipta.

3. Luarguna
Istilah luarguna digunakan bagi menunjukkan bahwa harta-harta menjadi luarguna disebabkan keupayaan khidmatnya telah merosot.

4. Kerosakan Nyata
Sesetengah harta berkurangan dalam nilai faedahnya walaupun digunakan. Sebagai contoh, jika ladang buah tidak dijaga maka harta modal iaitu pokok-pokok menjadi rosak.

5. Susutan
Istilah ini digunakan terhadap harta-harta seperti kuari, lombong, telaga minyak, hutan dan sebagainya di mana pengambilan terhadap punca-punca pebgeluaran ynag merupakan harta dan kuantiti punca-punca pengeluaran itu adalah berkurangan.


4.0 KAEDAH PENGIRAAN SUSUT NILAI

Terdapat beberapa kaedah utama untuk mengira susut nilai iaitu;

a) Kaedah garis lurus
b) Kaedah baki berkurangan
c) Kaedah penilaian semula


Kaedah Garis Lurus / Ansuran Tetap / Kadar Rata / Peratus atas Kos

Mengikut kaedah ini, jumlah susut nilai bagi setiap tahun adalah sama sepanjang tempoh hayat aset tetap itu. Jika tempoh hayat aste tetap dapat ditentukan, kos aset itu dibahagikan sama rata sepanjang tempoh hayatnya iaitu,

                                           Kos asal – Nilai skrap
Susut nilai tahunan  =    ---------------------------------
                                     Bilangan tahun penggunaan aset

Nilai skrap ialah nilai bakian iaitu nilai aset yang dijual setelah tamat tempoh usia penggunaannya. Pengiraan susut nilai melalui kaedah ini adalah dapat dilihat dengan jelas seperti contoh berikut:

Contoh 1

Syarikat Awang membeli sebuah mesin dengan harga RM 38,600 dan mesin itu dianggarkan dapat digunakan selama 8 tahun. Pada akhir tahun yang kelapan, mesi itu dijangka dapat dijual sebagai besi buruk dengan harga RM 600. (Nilai skrapnya ialah RM 600.)

Pengiraan
                                  RM 38,600 – RM 600
Susut nilai tahunan =  -------------------------
                                            8
                            =     RM 4,750

Maka jelas bahawa susut nilai tahunannya adalah sejumlah RM 4,750.

Seandainya tempoh hayat aset tidak dapat ditentukan, susut nilai tahunan dapat dihitung dengan formula yang berikut:

Susut nilai tahunan = % susut nilia aset tetap x kos asal aset

Contoh pengiraannya adalah seperti di bawah,

Contoh 2

Kos belian perabot oleh syarikat Stephen ialah RM 6,600. Perabot itu disusutnilaikan dengan kadar 10% setahun daripada kos asalnya.

Pengiraan

Susut nilai tahunan  = 10 % x RM 6,600
                             =  RM 600

Keburukan kaedah garis lurus ialah tidak realistik atau pun tidak begitu tepat. Hal ini adalah kerana nilai sesuatu aset tidak disusutkan pada kadar yang sama setiap tahun. Susut nilai sesuatu aset juga bergantung kepada kekerapan penggunaan aset itu. Semakin kerap sesuatu aset digunakan, semakin tinggi susut nilainya.

Kaedah Baki Berkurangan
Peratus susut nilai dikenakan ke atas nilai buku aset atau nilai baki pada awal setiap tempoh perakaunan. Jumlah peruntukan untuk susut nilai akan semakin berkurangan kerana nilai buku aset pada awal setiap tempoh perakaunan semakin berkurang.

Contoh 3

Sebuah kenderaan dibeli dengan harga RM 50,000. Kenderaan itu susut nilai dengan kadar 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.

Pengiraan

Tahun 1    Kos kenderaan            RM 50,000  
                Tolak 10% susut nilai            5,000
                                                    ------------
Tahun 2    Nilai baki awal tahun           45,000
                Tolak 10% susut nilai             4,500
                                                    ------------
Tahun 3    Nilai baki awal tahun           40,500
                Tolak 10% susut nilai             4,050
                                                    ------------
Tahun 4    Nilai baki awal tahun            36,450
                                                    ========

Kaedah Penilaian Semula

Aset tetap dinilaikan pada awal tahun perakaunan dan juga pada akhir tempoh perakaunan. Pengurangan nilai aset berkenaan merupakan susut nilai. Kaedah ini sesuai untuk susut nilai alat-alat kecil seperti pmutar skru, spana, tukul dan lain-lain alat lagi untuk kegunaan bengkel.

Contoh 4

Mohandas memulakan bengkel membaiki kenderaan pada 1 Januari 1998 dengan alat-alat kecil yang bernilai RM 1,500. Sepanjang tahun 1998, alat-alat kecil tambahan sebanyak RM 500 telah dibeli. Pada 31 Disember 1998, alat-alat kecil dinilaikan sebanyak RM 1,800.

Pengiraan

Nilai buku alat-alat kecil pada 1 Jan 1998                RM 1,500
Tambah Belian alat-alat kecil                                             500
                                                                               -----------
                                                                                       2,000
Tolak Nilai buku alat-alat kecil pada 31 Dis 1998            1,800
                                                                               ------------
Susut nilai alat-alat kecil                                                      200


Selain daripada teknik-teknik pengiraan susut nilai yang dinyatakan di atas, terdapat juga beberapa kaedah lain yang digunakan bagi tujuan yang sama. Walau bagaimanapun kaedah-kaedah ini hanya akan diterangkan secara kasar kerana ia jarang sekali diamalkan berbanding teknik-teknik yang diterangkan sebelum ini. Teknik-teknik ini adalah :

a) Kaedah persamaan kos dan pembaikan
b) Kaedah kira unit
c) Kaedah pengurangan nilai unit
d) Kaedah susut nilai jumlah angka tahun


Kaedah persamaan kos dan pembaikan
Dalam kaedah ini jumlah kos pembaikan yang dianggarkan akan ditambah kepada nilai harta itu dan satu jumlah tetap didebitkan kepada akaun untung rugi di sepanjang hayat harta itu yang merangkumi kedua-duanya susut nilai dan pembaikan harta tersebut. Sebenarnya adalah sangat rumit untuk menganggarkan pembaikan di masa hadapan. Oleh itu, kaedah ini tidak begitu banyak diamalkan.

Kaedah kira unit
Kaedah ini memperuntukkan kos bagi aset tetap berdasarkan penggunaannya. Sebagai contoh, sebuah mesin boleh diukur mengikut jumlah jam kerja mesin tersebut. Bagi sesebuah mesin, peruntukan susut nilai adalah berdasarkan kepada nisbah jumlah jam sesebuah mesin beroperasi dalam suatu tempoh tertentu berbanding jumlah jam mesin tersebut dianggarkan dapat beroperasi.

Contoh 5

Anggaran hayat mesin                                   100,000 jam
Kos mesin                                                     RM 5,000
Nilai skrap mesin                                           RM 500
Jumlah jam digunakan dalam tahun semasa     25,000 jam

Berdasarkan maklumat di atas, susut nilai bagi mesin tersebut dalam tahun semasa adalah

 25,000 jam   x  RM 4,500 = RM 1,125
-------------
100,000 jam

Jumlah unit yang dapat dihasilkan oleh sesebuah unit mesin atau jumlah jarak perjalanan sesebuah kenderaan seperti lori dapat digunakan bagi menggantikan jumlah jam penggunaan sesuatu aset.


Kaedah pengurangan nilai unit

Bagi aset-aset tetap tertantu seperti tanah lombong atau kuari, pada kebiasaanya susut nilai bagi aset tersebut diukur melalui juamlah kuantiti bahan mentah yang diperolehi berbanding anggaran jumlah kuantiti sebenar. Contohnya, sebuah perniagaan telah membeli sebuah kawasan lombong bernilai RM 30,000 yang dianggar dapat mengeluarkan sejumlah 1,000 tan bijih timah. Oleh itu, bagi setiap tan yang diperolehi, dalam tempoh masa perakaunan, perniagaan tersebut menganggarkan susutan nilai sebanyak RM 30 bagi aset tersebut.


Kaedah susut nilai jumlah angka tahun

Kaedah ini berlainan sedikit berbanding kaedah baki berkurangan yang mana kaedah ini mengandaikan bahawa potongan susut nilai hendaklah merupakan paling berat pada tahun-tahun permulaan hayat aset tersebut. Susut nilai bagi tiap-tiap tempoh perakaunan dikira berdasarkan nisbah jumlah tahun hayat yang masih ada dengan jumlah tahun hayat aset tersebut kepada kos bagi aset tersebut.

                      Jumlah tahun hayat yang masih ada
Susut nilai =   ------------------------------------  x   Kos aset
                               Jumlah tahun hayat aset

Contohnya, bagi sebuah aset yang bernilai RM 3000 yang akan digunakan selama 5 tahun, pengiraannya adalah seperti berikut:

Pada tahun pertama loji itu mempunyai jangkaan hayat selama       5 tahun
Pada tahun kedua loji itu mempunyai jangkaan hayat selama          4 tahun
Pada tahun ketiga loji itu mempunyai jangkaan hayat selama          3 tahun
Pada tahun keempat loji itu mempunyai jangkaan hayat selama      2 tahun
Pada tahun kelima loji itu mempunyai jangkaan hayat selama          1 tahun
                                                                                                   ----------
                                                                                                   15 tahun
                                                                                                   =======
Oleh itu, pada tahun pertama 5 / 15 daripada kos set (RM 3000) diperuntukkan bagi susut nilai, tahun kedua 4 / 15, tahun ketiga 3 / 15 dan seterusnya.

Tahun pertama  = RM 1000
Tahun kedua     = RM   800
Tahun ketiga     = RM   600
Tahun keempat = RM   400
Tahun kelima    = RM   200
                           ----------
Jumlah                 RM 3000
                           =======         

Peranan Juruukur Bahan

Susunan: Fara Ashikin Uyub, Chong Jia Yi & Chung Tzy Chi

Juruukur Bahan adalah merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan kos projek tidak melebihi peruntukan (budget) yang ditetapkan oleh pihak majikan. Pihak Juruukur Bahan akan terlibat dengan sesuatu projek dari awal hinggalah ke peringkat akaun muktamad. Oleh itu maklumat dan objektif yang tepat tentang projek adalah penting untuk memastikan kos yang dianggarkan oleh pihak Juruukur Bahan ini adalah didalam lingkungan budget yang ditetapkan oleh pihak majikan. Tanpa objektif dan maklumat yang tepat maka anggaran kos yang akan dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan ini mungkin tidak setepat yang dikehendaki.

Oleh itu tanggungjawab asas pihak Juruukur Bahan didalam sesuatu proses pembangunan projek adalah seperti berikut:

1. Menyediakan kajian kemungkinan.

Untuk menentukan bahawa projek yang dirancangkan adalah sesuai dengan lokasinya maka dengan ini pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menyediakan satu kajian kemingkinan untuk projek yag terbabit. Dengan adanya kajian kemungkinan ini juga pihak majikan akan mengetahui kadar keuntungan yang akan diterima olehnya hasil daripada projek yang terbabit. Contonhnya kajjian kemungkinan ini diadakan untuk mengkaji kesesuaian untuk membina sebuah kompleks membeli belah di Skudai. Maka pihak Juruukur Bahan akan menyediakan kajian kemungkinan ini dan keputusan mengenai kajian kemungkinan ini akan dipersembahkan kepada pihak majikan.

2. Menyediakan dokumen tender.

Untuk memilih kontrakktor yang benar berkelayakan untuk sesuatu projek maka tender akan dibuka kepada kontraktor yang berminat. Antara aktiviti yang akan dilakukan diperingkat ini adalah seperti menyediakan senarai kuantiti berdasarkan lukisan dari perunding arkitek dan jurutera. Ketepatan dalam menyediakan senarai kuantiti ini adalah penting bagi mengelakkan timbulnya masalah apa bila proses pembinaan bermula kelak. Pihak Juruukur Bahan perlu menyatakan tarikh tutup bagi tender yang berkenaan.

Pihak Juruukur Bahan juga hendaklah mengeluarkan tender ini dalam jangka waktu yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan. Selain itu juga pihak Juruukur Bahan
hendaklah memastikan bahawa dokumen tender yang dikeluarkan itu adalah dilengkapi dengan segala dokumen dan borang-borang yang berkaitan.

3. Analisis tender.

Setelah tender ditutup, pihak Juruukur Bahan akan membuat satu analisis tender bagi projek terbabit. Tujuan analisis tender ini dilakkukan adalah untuk memilih satu kontraktor yang benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja. Berkelayakan disini bermaksud mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, mempunyai prestasi yang baik dan tidak mempunyai beban kerja yang banyak.

Setelah selesai proses analisis tender, maka Juruukur Bahan akan mengesyorkan melalui Laporan Tender kepada majikan/klien sesebuah kontraktor yang dianggap benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja yang dicadangkan. Namun begitu kuasa untuk memilih kontraktor adalah ditangan pihak majikan.

4. Menyediakan dokumen kontrak.

Setelah majikan membuat keputusan tentang kontraktor yang berjaya didalam tender tersebut maka pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak sebelum kontraktor memulakan kerjanya. Dokumen kontrak ini adalah perjanjian antara majikan dan kontraktor. Diperingkat ini pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak yanng lengkap dengan segala dokumen, borang kontrak, spesifikasi dan lain-lain lagi.

5. Memeriksa insurans.

Sebelum memulakan kerja pihak kontraktor hendaklah mengambil insuran yang berkaitan seperti yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara samada Borang JKR atau PAM. Oleh itu Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa segala insuran yang telah diambil oleh pihak kontraktor tersebut adalah sah dan mencukupi. Jika perlu pihak Juruukur Bahan akan menghubungi pihak syarikat insuran terbabit bagi memastikan ianya bukan merupakan polisi yang palsu.

Selain itu juga Juruukur Bahan perlulah memastikan polisi insuran yang diambil oleh pihak kontraktor adalah dari syarikat yang dibenarkan oleh pihak Arkitek. Pihak Juruukur Bahan juga perlulah memastikan polisi insuran tersebut adalah meliputi jangka waktu yang telah ditetapkan. Juruukur Bahan perlulah memastikan nama didalam polisi insuran tersebut adalah betul. Jika berlaku kesilapan maka pihak kontraktor semestinya tidak akan menerima pampasan dari pihak insuran jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Ini adalah berdasarkan kepada kes Macaura Vs Northen Insurance Co (1925AC619) dimana pihak plantif mempunyai syarikat pembalakan dan mengambil insuran atas namanya dan bukan atas nama syarikat. Apabila berlaku kebakaran keatas syarikatnya maka pihak plaintif telah membuat tuntutan kepada pihak insuran. Didalam kes ini pihak mahkamah telah menetapkan bahawa plantif tidak dapat untuk membuat tuntutan kerana insuran yang diambil itu adalah atas namanya dan bukan atas nama syarikatnya kerana ianya tiada kepentingan kepada syarikatnya.

6. Penilaian kerja.

Antara tanggungjawab Juruukur Bahan adalah untuk membuat penilaian kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor. Tujuan penilaian kerja ini diadakan ialah untuk memberikan bayaran kepada kontraktor terhadap kerja-kerja yang dilakukan. Namun begitu kerja-kerja penilaian kerja ini hendaklah dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan dan disertai oleh pihak wakil kontraktor.

Selain daripada itu, ianya juga akan dapat memberikan gambaran tentang kemajuan kerja yang telah dilakukan oleh pihak kontraktor pada bulan yang terbabit. Juruukur Bahan juga adalah dengan ini bertanggung jawab untuk mengeluarkan Perakuan Interim dalam jangka waktu 14 hari selepas penilaian kerja dilakukan. Ini seperti yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara.

7. Mengira perubahan kerja.

Jika terdapat perubahan kerja semasa proses pembinaan maka pihak Juruukur Bahan adalah bertanghgungjawab untuk menilai semula kerja-kerja yang terbabit. Dengan mengira perubahan kerja terbabit pihak Juruukur Bahan akan dapat mengetahui kos sebenar kerja-kerja terbabit sama ada ianya bertambah ataupun berkurangan daripada kos yang asal. Ini adalah seperti yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara.

8. Mempertimbangkan tuntutan kontraktor.

Jika pihak kontraktor membuat tuntutan kepada pihak Juruukur Bahan akibat daripada pematuhannya kepada arahan Pegawai Penguasa/Arkitek seperti yang dinyatakan dalam Borang Kontrak Setara, maka adalah menjadi tanggungjawab Juruukur Bahan untuk memastikan bahawa tuntutan itu adalah benar. Selain itu juga ianya dapat memastikan bahawa kos yang ditanggung oleh pihak kontraktor tersebut akibat daripada arahan tersebut adalah benar-benar merugikannya disini pihak kontraktor adalah berhak untuk menerima segala dokumen dan resit-resit pembayaran yang menunjukkan bahawa pihak kontraktor adalah menanggung rugi akibat daripada pematuhan arahan Pegawai Penguasa/Arkitek.

9. Lanjutan masa.

Di samping itu juga pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menganalisa segala alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor untuk meminta lanjutan masa seperti mana yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara.. Jika didapati alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor iitu adalah munasabah maka pihak akan Juruukur Bahan memberikan persetujuannya kepada pihak Pegawai Penguasa/Arkitek untuk mengeluarkan arahan bagi meluluskan permintaan kontraktor untuk lanjutan masa tersebut.

10. Akaun muktamad.

Setelah pihak kontraktor mendapat sijil perakuan siap kerja (iaitu selepas kontraktor membaiki segala kecacatan yang ada), maka pihak Juruukur Bahan adalah dengan ini bertanggungjawab untuk membuat akaun muktamad. Akaun muktamad ini adalah bertujuan untuk mengetahui jumlah sebenar wang yang digunakan didalam projek itu samada ianya mengikut peruntukan (budget) yang telah ditetapkan oleh pihak kontraktor ataupun melebihi peruntukan tersebut.