Thursday, November 18, 2010

Kecacatan

1. Kontraktor hendaklah memperbaiki kecacatan, kekecutan dan kerosakan lain yang mungkin kelihatan pada kerja dalam tempoh tanggungan (liability) kecacatan yang di sebabkan oleh bahan atau mutu kerja yang tidak menepati kontrak dengan perbelanjaan sendiri.

2. Prosedur–prosedur yang perlu di ikuti mengenai kecacatan kerja adalah seperti berikut:-

a. Jabatan atau kementerian pelanggan hendaklah di nasihatkan supaya melaporkan dengan kadar segera apa-apa kecacatan yang kelihatan dalam tempoh tanggungan (liability)kecacatan

b. Setelah menerima laporan mengenai sebarang kecacatan dari jabatan atau kementerian pelanggan, kontraktor hendaklah diarahkan memperbaiki kecacatan tersebut. Kontraktor akan di beri tempoh masa yang munasabah untuk berbuat demikian.

c. Pada tarikh tamat tempoh liability kecacatan, satu pemeriksaan bersama keatas kerja (oleh kontraktor, P.P, jabatan kementerian pelanggan dan pihak lain yang terlibat) hendaklah diadakan. Sekiranya hasil daripada pemeriksaan bersama tersebut menunjukkan tiada lagi kecacatan, perakuan siap membaiki kecacatan iaitu borang JKR 203 Y/82 akan di keluarkan. Sekiranya terdapat kecacatan lagi, satu jadual kecacatan yang telah di kenalpasti hendaklah di sediakan dan di serahkan kepada kontraktor dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh tamat tempoh liability kecacatan. Kontraktor hendaklah membaiki kecacatan tersebut dalam tempoh masa yang berpatutan tetapi tidak lewat daripada tiga bulan dari tarikh penerimaan jadual kecacatan tersebut.

d. Sekiranya kontraktor gagal membaiki kecacatan dalam tempoh masa yang di tetapkan, tindakan segera untuk membaiki kecacatan tersebut hendaklah di ambil dengan cara lain. Kos perbelanjaan yang terlibat di dalam membaiki kecacatan tersebut hendaklah di dapatkan kembali daripada kontraktor dengan cara potongan atau tuntutan daripada bon pelaksanaan atau sebagai suatu wang tuntutan tertentu.

3. Salinan asal Perakuan Siap Membaiki Kecacatan hendaklah di keluarkan kepada kontraktor. Salinan–salinanya hendaklah juga di edarkan kepada semua pihak sepertimana yang tersenarai di dalam perakuan tersebut.

4. Pengeluaran Perakuan Siap Membaiki Kecacatan menandakan tamatnya obligasi kontraktor di bawah kontrak. Liabiliti bank atau syarikat insurans yang menjadi penggerenti bon pelaksanaan hendaklah juga di lepaskan.

http://jkrmlk.gov.my/Alor_Gajah/ubahan.htm

No comments: