Thursday, January 10, 2013
Tender terbuka jimatkan wang rakyat RM102.2 juta
Tender terbuka jimatkan wang rakyat RM102.2 juta
Harakahdaily, 10 Jan 2013
SHAH ALAM: Amalan tender terbuka bagi projek-projek kerajaan negeri yang dipratikkan kerajaan Selangor sejak 2008 telah berjaya melahirkan kontraktor Bumiputera yang kompetitif dan berkualiti.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini sekali gus menolak tohmahan sesetengah pihak yang mendakwa amalan tender terbuka akan menyusahkan kontraktor Bumiputera mendapat projek kerana perlu bersaing dengan kontraktor bukan Bumiputera.
Beliau berkata, tender terbuka dapat memastikan kontraktor yang terpilih berkelayakan dan berkemampuan menyiapkan sesuatu projek dalam tempoh yang ditetapkan berbanding amalan pemberian kontrak secara runding terus yang dipratikkan kerajaan negeri Barisan Nasional sebelum ini yang terdedah kepada penyelewengan.
“Tender terbuka membuktikan bahawa amalan yang dipratikkan kerajaan negeri ini betul kerana kita mendapat harga yang rendah tetapi berkualiti. Justeru, tidak betul dakwaan bahawa kontraktor Bumiputera sukar mendapat projek kerajaan menerusi menerusi tender terbuka,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Jejantas Pejalan Kaki di Persiaran Kewajipan yang menghubungkan SS13 dengan SS14, Subang Jaya, hari ini.
Jejantas itu disiapkan oleh kontraktor Bumiputera, Aminsa Bina Sdn Bhd. Projek pembinaan dimulakan pada 27 Dis 2011 dan siap sepenuhnya 24 Dis 2012 dengan kos sebanyak RM1.35 juta menggunakan peruntukkan negeri yang disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor di bawah program meningkatkan keselamatan jalan-jalan negeri.
Menteri Besar berkata, beliau berbangga dengan kontraktor Bumiputera itu yang berjaya menyiapkan jejantas berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan dengan kos munasabah.
Kerajaan Selangor berjaya menjimatkan RM102.2 juta menerusi tender terbuka melibatkan 63 projek sepanjang 2012.
Ini menepati konsep ‘value for money’ yang diterapkan dalam pentadbiran dan pengurusan kewangan negeri.
Sementara itu, ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, pembinaan jejantas itu telah dijanjikan oleh Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2008 tetapi tidak dilaksanakan dengan alasan tiada peruntukkan.
“Saya pernah membawa cadangan pembinaan jejantas ini kepada pihak yang berkenaan tetapi alasan diberi ialah tiada peruntukkan dan pembinaannya hanya janji peribadi bekas seorang menteri kabinet,” katanya.
Jejantas ini akan diselenggara JKR Negeri Selangor dan akan dipasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk keselamatan pengguna.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/15852--tender-terbuka-jimatkan-wang-rakyat-rm1022-juta
Ulasan: Artikel ini mungkin berguna kepada juruukur bahan (QS) dalam melatih kontraktor Bumiputra supaya pandai menguruskan projek. Bukan hanya pandai jual projek.
Monday, January 7, 2013
Kenangan Rekod Penyelewengan Sewaktu BN Memerintah Memerintah
Bailout:
3. Sime Darby RM964 million.
4. Paya Indah Westland RM88 million.
5. Pos Malaysia (Transmile) RM230 million lost.
46. Two bailouts of Malaysia Airline System RM7.9 billion. At a time when MAS is incurring losses every year, RM1.55 million used to buy three paintings to decorate its Chairman’s (Munir) office. Expanding on No.11
47. Putra transport system bailout which cost RM4.486 billion.
48. STAR-LRT bailout costing RM3.256 billion.
49. National Sewerage System bailout costing RM192.54 million.
50. Seremban-Port Dickson Highway bailout costing RM142 million.
51. Kuching Prison bailout costing RM135 million.
52. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bailout costing RM8.3 million.
53. Le Tour de Langkawi bailout costing RM3.5 Million.
Damages and Repairs:
7. Terengganu Stadium collapse RM292 million.
8. MRR2 repair cost RM70 million.
14. MATRADE repairs RM120 million.
17. Compensation for killing crooked bridge RM257 million.
37. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion "Crooked Scenic Half-Bridge".
38. RM1.3 billion has been wasted building the white elephant Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation of the Malaysia-Singapore Scenic Bridge.
39. RM100 million on renovation of Parliament building which leaks.
Bad Investments/Decisions:
13. London’s white elephant sports complex RM70 million.
16. InventQ irrecoverable debt RM228 million.
18. Loss in selling Augusta RM 510 million.
28. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million (RM348 million)
23. The Maminco attempt to corner the World Tin Market in the 1980s is believed to have cost some US$500 million (RM1.6 billion).
24. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia RM30 billion in the 1990s.
30. For the past 10 years since Philharmonic Orchestra.was established, this orchestra has swallowed a total of RM500 million. Hiring a Kwai-Lo CEO with a salary of more than RM1 million per annum!
40. National Astronaut (actually tourist) Programme – RM40 million.
41. National Service Training Programme – yearly an estimate of RM 500 million.
42. Eye of Malaysia - RM30 million and another RM5.7 million of free tickets.
67. Monsoon Cup RM800 million per year.
26. Use of RM10 billion public funds in the Valuecap Sdn Bhd operation to shore up the stock market.
Supplier, PO system and Claims:
12. Overpayment by Sport Ministry RM8.4 million.
32. The government has spent a total of RM3.2 billion in teaching Maths and Science in English over the past five years. Of the amount, the government paid a whopping RM2.21 billion for the purchase of information and computer technology (ICT) equipment which it is unable to give a breakdown. Government paid more than RM6,000 per notebook vs per market price of less than RM3,000 through some new consortiums that was setup just to transact the notebook deal. There was no Maths & Science Content for the teachers and the notebooks are all with the teachers' children now.
43. RM2.4 million on indelible ink.
57. RM5,700 for a car jack worth only RM50.
58. Government-owned vehicle consumed a tank of petrol worth RM113 within a few minutes.
59 A pole platform that cost RM990 was bought for RM30,000.
60. A thumb drive that cost RM90 was bought for RM480.
61. A cabinet that cost RM1,500 was bought for RM13,500.
62. A flashlight that cost RM35 was bought for RM143.
Payments:
44. Samy Vellu announced in September 2006 that the government paid compensation amounting to RM38.5 billion to 20 highway companies. RM380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from the toll hike in 2008 alone.
63. Expenses for 1Malaysia campaign paid to APCO?
64. RM17 billion subsidy to IPP.
70. Billions of ringgit toll concessions that disadvantage the government and taxpayers”.
Others:
9. Maybank overpaid BII RM4 billion.
19. Worth of APs given out in a year RM1.8 billion.
29. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu RM7.4 billion from 2004 – 2007.
Ulasan: Rupa2nya 56 tahun BN menggunakan kemenangannya memerintah utk menyedut dan menyelewengkan khazanah negara (baca sebagai wang rakyat) seperti disenaraikan di atas. Ini sebahagian dari yang ditulis dalam internet. Kalaulah SPRM masih berwibawa seperti sewajarnya telah lebih baik. Enough is Enough. Tak cukupkan 56 tahun menghabiskan wang rakyat wahai BN? Bawa-bawalah bertaubat.
Tuesday, January 1, 2013
Radioaktif Lynas: Akhirnya Kerajaan BN Akui Berbahaya
Radioaktif Lynas: Akhirnya Kerajaan BN Akui Berbahaya
JUMAAT, 02 DISEMBER 2011 02:59
Setelah berbulan-bulan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berdolak-dalih mempertahankan projek Lynas yang menghasilkan radioaktif merbahaya di Gebeng, Pahang, akhirnya kementerian itu mengajui projek tersebut tidak begitu selamat kepada alam sekitar.
Demikian ditegaskan oleh ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang menyambut baik kenyataan Setiausaha MITI Datuk Rebecca Sta Maria yang menyatakan bahawa Lynas mesti mematuhi peraturan sebelum lesen pra-operasi boleh dikeluarkan ke atas LAMP sewaktu beliau melawat kilang itu di Gebeng 30 November lalu.
“Menteri MOSTI sudah pun mengaku di Dewan Rakyat, sewaktu sessi penggulungan peringkat jawatankuasa bajet bahawa sisa WLP berkadar radioaktiviti 6Bq/g (laporan IAEA ms 13) dari kilang LAMP diklasifikasikan sebagai sisa buangan radioaktif.
“Ini bertentangan dengan kenyataan mereka sebelum ini yang bertegas mengelirukan rakyat mengatakan bahawa sisa dari LAMP adalah selamat, boleh ditabur di merata-rata tempat di samping merupakan sisa industri yang hanya mengandungi NORM (Normal occuring radioactive material)
“Pengakuan Menteri Kementerian Sains dan Inovasi (MOSTI) jelas menunjukkan bagaimana pihak kerajaan selama ini hanya menjadi jurucakap Lynas dan menggunakan maklumat dari Lynas semata-mata. Malah Fact Sheet mengenai Lynas keluaran MITI juga merupakan input dari Lynas,” katanya dalam satu kenyataan media.
Fuziah juga merujuk kepada laporan National Toxic Network Australia mengenai bahaya kebocoran radioaktif yang didedahkan oleh kerajaan negara itu yang dikatakan menyamai kadar radioaktif di Lynas sekiranya kilang itu beroperasi kelak.
“Selepas terbitnya laporan National Toxic Network Australia berkenaan berlakunya kebocoran sisa radioaktif di Concentration Plant Lynas di Mt Weld, Australia baru-baru ini, saya ingin menegaskan bahawa kedudukan LAMP di Gebeng nanti dijangka akan membawa bahaya yang jauh lebih tinggi (hingga mengakibatkan malapetaka),” katanya.
Tambah Fuziah, radioaktif yang dikeluarkan Lynas memang jauh lebih besar daripada kadar dibenarkan antarabangsa yang sesuai bagi manusia tinggal berhampiran dengannya. Oleh itu tidak sepatutnya kilang Lynas didirikan berdekatan dengan penempatan penduduk. Kadarnya seperti berikut:
1) Radioaktiviti sisa Lynas concentration plant di Mt Weld ialah dikadar 1.8 Bq|g sedangkan radioaktiviti sisa WLP solid di LAMP ialah pada kadar 6 Bq|g. Kadar maksimum yang diterima antarabangsa ialah 1Bq|g di mana Malaysia juga menerima pakai standard antarabangsa ini.
2) Di dalam jarak 30 kilometer radius di Lynas concentration plant di Mt Weld, tiada wujud penduduk sedangkan dalam 30km radius di Gebeng ada terdapat 700,000 penduduk.
3) Dalam jarak 25 km radius di Lynas Concentration Plant di Mt Weld, tiada terdapat air bawah tanah sedangkan di Gebeng, kedudukan LAMP ialah di atas tanah gambut yang paras airnya lebih tinggi dari kadar paras air biasa dan sungai Balok berkedudukan di sebelah Gebeng. LAMP juga terletak dalam 5km dari laut China Selatan, bersebelahan pusat peranginan Cherating yang menjadi tumpuan destinasi pelancongan. Di samping itu laut China Selatan juga merupakan sumber hasil ekonomi tempatan di mana industri perikanan juga merupakan sumber ekonomi utama.
Kata Fuziah, dengan segala fakta itu kebocoran di LAMP akan meninggalkan impak yang cukup menghancurkan alam sekitar serta ekonomi di samping kesihatan penduduk. Tiada industri yang 100% bebas kemalangan dan LAMP tidak terkecuali.
“Selama ini Lynas berselindung di sebalik kementerian MOSTI dan MITI dan tidak bersikap bertanggungjawab. Menteri di kedua kementerian sebelum ini hanya menekankan aspek radiasi luaran, mengikut rentak dan telunjuk Lynas. Malah aspek radiasi dalaman juga tidak dapat dijawab oleh Menteri sebelum ini.
Saya tegaskan bahawa LAMP tidak wajar berada di Gebeng kerana situasi di Gebeng tidak akan boleh menepati dan mematuhi segala aspek keselamatan mengikut piawaian antarabangsa,” tegasnya.
Ulasan: Kita faham untuk menolak projek pembinaan sebesar Lynas di Gebeng adalah sukar. Tetapi wajar diukur dari sudut keselamatan warga setempat kerana kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat.
Empangan Paya Peda pecah, bina semula guna duit rakyat
ISNIN, 31 DISEMBER 2012 00:41
Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu, Azan Ismail mendakwa, tindakan Menteri Besar (MB) Terengganu, Ahmad Said mengarahkan empangan Paya Peda di Besut dipecahkan bertujuan melindungi kontraktor yang merupakan kroni Umno-BN.
"Sebenarnya empangan itu pecah dengan sendiri kerana dibina tidak mengikut spesifikasi.
"Jadi MB umumkan empangan terpaksa dipecahkan. Bermakna kontraktor tidak perlu mengeluarkan belanja untuk bina semula dengan duit dia. Tapi guna peruntukan kerajaan yang merupakan wang rakyat," katanya kepada Suara Keadilan.
Kontrak pembinaan empangan Paya Peda dianugerah kepada Jaks Resources Berhad JV Pembinaan Sujaman Sdn Bhd oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia pada 19 November 2009.
Antara ahli Lembaga Pengarah Jaks Resources ialah Law Hieng Ding, bekas Menteri Sains Teknologi dan Alam Sekitar kerajaan Barisan Nasional dari tahun 1990 hingga 2004.
Dakwa Azan lagi, antara pemegang kepentingan syarikat kontraktor pembinaan empangan Paya Peda, ialah Razali Merican Naina Merican, adik kepada Ketua Penerangan Pemuda Umno, Reezal Naina Merican.
Menurut catatan CIDB, kos pembinaan ialah RM167 juta, namun lapoan media menyebut Ahmad Said mengumumkan semula bahawa kosnya meningkat kepada RM333 juta.
Empangan seluas 77 kilometer persegi terletak 1.5 kilometer di Hulu Angga Barrage atau 17 kilometer dari Bandar Jertih.
Berikutan tindakan memecah empangan 24 Disember lalu, banjir melanda daerah Besut dengan lebih 2,000 penduduk terpaksa dipindahkan.
http://www.suarapakatandaily.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1643:empangan-paya-peda-pecah-bina-semula-guna-duit-rakyat&catid=105:berita-kanan&Itemid=509
Ulasan: Kebiasaannya juruukur bahan akan membuat penilaian terhadap pentender-pentender yang memasuki sesuatu tender berdasarkan keupayaan teknikal serta keupayaan kewangannya. Selalunya masalah berlaku bila ada campurtangan politik yang mengorbankan keupayaan teknikal serta keupayaan kewangan dan pentender yang berjaya diawadkan projek ialah kroni pihak yang berkuasa.
Juruukur bahan tidak masalah untuk mengawadkan projek kepada kontraktor kroni sesuatu pihak tetapi yang terbukti hebat dan berupaya dalam melaksanakan sesuatu projek.
Subscribe to:
Posts (Atom)