Wednesday, May 18, 2011
Cara menulis sumber rujukan Tugasan/PSM/Thesis
Kalau hendakkan markah yang tinggi, eloklah betulkan cara menulis sumber rujukan. Ini BUKAN kerja yang tak penting. Pastikan anda mengikut salah satu kaedah penulisan sumber rujukan, contohnya Harvard System atau ikut Cara Menulis Thesis UTM.
Sila beri perhatian terhadap penggunaan istilah et al. Berikan perhatian kepada: Tempat/Bandar buku dikeluarkan bukan NEGARA. Juga berikan tarikh akses kepada sumber internet. Eloklah asingkan Rujukan daripada Bibliografi.

Tuesday, May 17, 2011
Bila pelajar bertanya kenapa dia tak skor untuk PSM/DISERTASI/Thesis?
Jawapan: Semua pelajar boleh dapat markah tertinggi A+, bukan setakat A, bila pembaca mudah faham dengan apa yang dituliskannya dan tidak meninggalkan tulis soalan yang tak berjawab, ejaan betul, betul cara menulis sumber/rujukan, kajian literatur yg cukup dan luas, betul cara penulisan Bab 1 dan bab Akhir.
Pensyarah terpaksa pula buat pembetulan untuk membolehkan karya itu boleh (fit to be displayed) di letakkan di perpustakaan dan pusat sumber. Lagi banyak kena betulkan, markah pun semakin mengurang.
Ingatlah bahawa pensyarah bukan pembaca pruf untuk anda.
Setiap pensyarah sangat mengalu-alukan thesis yang berkualiti dari pelajar, kerana lebih jimat masa menandanya dan lebih seronok dibaca. Ternyata pensyarah bukan kedekut markah. Pelajar akan diberikan markah yg setimpal dgn usaha. Sebagai pemegang amanah profesion, hanya pelajar yang layak akan grad. Sekian.

Subscribe to:
Posts (Atom)