Wednesday, April 6, 2011
SPNB lambat bayar kontraktor
oleh : Kontraktor SPNB
Assalamualaikum tuan editor,
Saya ingin menarik perhatian tuan supaya siasatan dapat dibuat ke atas Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di mana pembayaran tidak di buat atau lambat di buat kepada kontraktor-kontraktor yang menjalankan kerja. Ini berlaku kepada diri saya sendiri di mana saya adalah kontraktor yang menjalankan kerja-kerja infrastruktur bagi projek perumahan terbengkalai di Johor.
Saya adalah kontraktor yang menjalankan kerja-kerja infrastruktur (loji kumbahan) dan telah memulakan kerja-kerja ini pada bulan Oktober tahun 2010. Tuntutan bayaran kemajuan telah di buat semenjak dari tahun lepas dan sehingga kini tuntutan syarikat kami telak masuk ke tuntutan bayaran kemajuan ke lima. Amaun kontrak adalah kira-kira RM800,000 lebih. Kerja-kerja pembinaan adalah hampir siap tetapi bayaran yang kami telah terima dari pihak SPNB hanyalah bayaran kemajuan pertama iaitu RM62,000.00 kira-kira pada hujung bulan Disember 2010 yang lalu. Saya tidak mempunyai gaji semenjak projek ini di jalankan semata-mata supaya projek ini dapat diteruskan kerana saya akan mengalami kerugian sekiranya terhenti dan sehingga saya terp[aksa menggunakan duit simpanan dan gaji isteri bagi menampung projek ini.
Tujuan saya mendedahkan perkara ini adalah supaya pihak SPNB dapat membuat pembayaran kepada pihak kontraktor yang terlibat di mana pihak SPNB akan mendapat publisiti yang meluas di media apabila dapat menyiapkan sesuatu projek perumahan terbengkalai. Seseorang menteri akan di jemput untuk menyerahkan kunci kepada pembeli dan disiarkan di televisyen. Ini sudah tentu memberikan impak yang besar terutama sekali di musim-musim pilihanraya ini tetapi kami yang sengsara.Ini adalah tidak adil kerana sepatutnya pihak SPNB hendaklah membuat pembayaran apabila cukup tempoh iaitu 30 hari setelah sijil pembayaran dikeluarkan.Ini bukan hanya berlaku kepada saya tetapi juga kepada kontraktor utama yang membina rumah di projek yang sama.
Saya telah menulis surat untuk meminta bayaran kepada pihak pengurusan SPNB iaitu pengerusi, pengarah urusan dan pegawai operasi tetapi tiada respon. Saya percaya perkara yang sama berlaku kepada kontraktor-kontraktor yang lain tetapi perkara ini tidak didedahkan atau tidak tahu saluran mana hendak mengadu.Mungkin perkara ini berlaku kepada saya sahaja. Oleh itu saya mohon supaya pihak tuan dapat membuat siasatan akan kebenaran perkara ini,dan sekiranya benar,saya harap ia dapat didedahkan supaya pihak kontraktor dapat di bayar oleh pihak SPNB. Saya harap pihak tuan dapat merahsiakan pengadu kerana di khuatiri akan memudaratkan saya sekiranya mereka ketahui saya membuat aduan ini.
Sekian terima kasih.
Wassalam
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2623:spnb-lambat-bayar-kontraktor&catid=94:surat-pembaca&Itemid=63
Komen: Apakah remedi bagi kontraktor bila klien lambatkan pembayaran kepada kontraktor? Semak semula klausa yang tertentu dalam perjanjian klien-kontraktor. Tapi bila klien (yang ada hubungan dengan kerajaan) tetap melambat-lambatkan pembayaran? Kepada: SPNB: Bila kerja siap dan telah diperakui oleh jurutera yang sah, pembayaran perlu dilaksanakan secepat mungkin. Jangan melakukan kezaliman kepada sesiapa. Kepada kontraktor: Lakukan solat hajat untuk memudahkan urusan.

Subscribe to:
Posts (Atom)