Thursday, August 5, 2010

GEJALA RASUAH DAN KESANNYA

Oleh: Norhafifi Yahya

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya.

Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.

Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.

Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :
“Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)

PANDANGAN ISLAM MENGENAI RASUAH

Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :
“ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.

Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :
“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.

Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

PUNCA BERLAKUNYA RASUAH

Antara punca berlakunya rasuah ialah :

a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam Teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.

c) Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

d) Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.

e) Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

KESAN-KESAN RASUAH

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.

Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan Presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH

Antara langkah mencegah rasuah adalah seperti berikut :

1.Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri

Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa yang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

2. Memasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan

-Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

3. Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman

Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

4.Memudahkan urusan menggunakan ICT

-Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.

http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2088

What is Contracts Management?

The definitions below may assist you to understand what Contracts Management is. However, it is important that we understand Contracts Management in our own realm and practicalities, and not being influenced by any rigid definition..........Ezani Rais bin Shaiks Salim (2010).

In law, a contract is an agreement between two or more parties which, if it contains the elements of a valid legal agreement, is enforceable by law or by binding arbitration. That is to say, a contract is an exchange of promises with specific legal remedies for breach. These can include Compensatory remedy, whereby the defaulting party is required to pay monies that would otherwise have been exchanged were the contract honoured, or an Equitable remedy such as Specific Performance, in which the person who entered into the contract is required to carry out the specific action they have reneged upon...........Wikipedia. (2010). Contract. Retrieved July 8, 2010, from the Author's Web site: http://en.wikipedia.org/wiki/Contract

Management in all business areas and organizational activities are the acts of getting people together to accomplish desired goals and objectives. Management comprises planning, organizing, staffing, leading or directing, and controlling an organization (a group of one or more people or entities) or effort for the purpose of accomplishing a goal. Resourcing encompasses the deployment and manipulation of human resources, financial resources, technological resources, and natural resources.

Because organizations can be viewed as systems, management can also be defined as human action, including design, to facilitate the production of useful outcomes from a system. This view opens the opportunity to 'manage' oneself, a pre-requisite to attempting to manage others

Management can also refer to the person or people who perform the act(s) of management..........Wikipedia. (2010). Management. Retrieved July 8, 2010, from the Author's Web site: http://en.wikipedia.org/wiki/Management

Contract management or contract administration is the management of contracts made with customers, vendors, partners, or employees. Contract management includes negotiating the terms and conditions in contracts and ensuring compliance with the terms and conditions, as well as documenting and agreeing on any changes that may arise during its implementation or execution. It can be summarized as the process of systematically and efficiently managing contract creation, execution, and analysis for the purpose of maximizing financial and operational performance and minimizing risk..........Wikipedia. (2010). Contract Management. Retrieved July 3, 2010, from the Author's Web site: http://en.wikipedia.org/wiki/Contract_management

Contract management is the process that enables both parties to a contract to
meet their obligations in order to deliver the objectives required from the contract.

It also involves building a good working relationship between customer and
provider. It continues throughout the life of a contract and involves managing
proactively to anticipate future needs as well as reacting to situations that arise.
The central aim of contract management is to obtain the services as agreed in the
contract and achieve value for money.This means optimising the efficiency,
effectiveness and economy of the service or relationship described by the contract,
balancing costs against risks and actively managing the customer–provider
relationship. Contract management may also involve aiming for continuous
improvement in performance over the life of the contract..........Office of Government Commerce. (2002). Contract management guidelines [Brochure]. Retrieved July 3, 2010, from the Author's Web site: http://www.ogc.gov.uk/documents/Contract_Management.pdf

Administrative activities associated with handling of contracts, such as
(1) invitation to bid,
(2) bid evaluation,
(3) award of contract,
(4) contract implementation,
(5) measurement of work completed, and
(6) computation of payments.

It also includes monitoring contract relationship, addressing related problems, incorporating necessary changes or modifications in the contract, ensuring both parties meet or exceed each other's expectations, and actively interacting with the contractor to achieve the contract's objective(s). Also called contract administration..........BusinessDictionary.com. (2010). contract management. Retrieved July 8, 2010, from the Author's Web site: http://www.businessdictionary.com/definition/contract-management.html

http://www.facebook.com/notes/cost-and-contracts-management/what-is-contracts-management/116570938389761

What are the attributes of a good Quantity Surveyor (QS)?
In short are the ability to describe clearly, fully and precisely the requirements of the designers. The end result is a Bill of Quantities which could be priced quickly, easily and accurately.

The above can be achieved by having the following competencies:

Sound knowledge of building materials and construction and of customs/norms/practices in the industry.

Knowledge in Contract (i.e. Law of Contract).

Able to visualise drawings and details.

Careful and accurate in calculations.

Familiar with current market prices, costing of Contractor's price, experience of construction process and economic trend.

Systematic and orderly mind.


I am sure the lists above are not conclusive and can be expanded further. However, these I believe are some of the generic attributes..........Ezani Rais bin Shaiks Salim (June 2010).

http://www.facebook.com/notes/cost-and-contracts-management/what-are-the-attributes-of-a-good-quantity-surveyor-qs/117506248296230

The Characteristics of the Construction Industry

Quoted from Willis, C.J., Ashworth, A. & Willis, J.A (1994). Practice and Procedure for the Quantity Surveyor (10th ed.). United Kingdom: Blackwell Science. pp. 2.

The physical nature of the product.

The product is normally manufactured on the client's premises, (that is, the construction site).

Many of its projects are one-off designs in the absence of a prototype model.

The traditional arrangement separates design from manufacture.

It is subject to wider swings of activity than most other industries.

Its activities are affected by the vagaries of the weather.

Its processes include a complex mixture of different materials, skills and trades.

Typically, throughout the world, it includes a small number of relatively large construction firms and a very large number of small firms.

The smaller firms tend to concentrate on repair and maintenance.

http://www.facebook.com/pages/Cost-and-Contracts-Management/115650185147785

Five Pillars of Contract Management

Many practitioners in the Construction Industry are unable to differentiate between Types of Contracts, Forms of Procurement, Types of Tendering, Forms of Contract or the different types of Bill of Quantities.

As a result, confusions arise and the contracting strategy selected may not be the most appropriate method selected for that particular tender or project.

The following bullet points hopefully are able to differentiate on the distinct features for each of the above-mentioned categories.

Ezani Rais bin Shaiks Salim (2010) has renamed those categories as the Five Pillars of Contract Management as follows:

Types of Construction Contracts
Lump Sum Contract
Unit Price Contract / Remeasurement Contract
Cost-Plus Contract / Prime Cost Contract / Cost Reimbursable Contract
Incentive Contract / Target Contract
Percentage of Construction Fee Contract

Conventional Routes of Procurement
Traditional Contracting (Design-Bid-Build)
Management Contracting
Design and Build
Partnering
Public-Private Partnership

Types of Tendering
Open Tendering
Selective Tendering
Negotiated Tendering

Types of Bill of Quantities
Trade Bill of Quantities
Elemental Bill of Quantities
Provisional Bill of Quantities
Specification and Schedule of Rates
Specified Bill of Quantities
Builder’s Bill
Operational Bill of Quantities

Examples of Standard Form of Contract (only publisher quoted)
The Joint Contracts Tribunal Limited (JCT)
Federation Internationale des Ingenieurs-Conseils Conditions of Contract (FIDIC)
The New Engineering Contract (NEC)
JKR Standard Form of Contract
PAM Contract

http://www.facebook.com/pages/Cost-and-Contracts-Management/115650185147785
Thank to Ezani Rais bin Shaiks Salim (2010).